Sunday, May 17, 2015

1MDB: Kenapa penyiaat sebenar membukam seribu bahasa ?

Kini ramai penganalisa berlumba-lumba menjadi penyiasat pensendirian bagi isu 1MDB. jika dikutip dan dikumpul penulis rasaakan jika pihak penyiasat sebenaar mahu urai kes ini, amat mudah , jalan dan perjalanan cerita ke mana dan siapa yang terlibat...

Pembongkaran hendaklah dimulakan oleh orang yang ada kuasa.itulah pentingnya NILAI KUASA. 

Persoalannyaadakah rakyat Malaysia reda degan apa yang berlaku ? Mungkin ada sesetegah pihak yang reda dan pihak yang lain amatlah tidak senanghati.

Namun, begitu ada juga pihak yang menyamar sebagai tokoh akademik..yang viral kan isu ini..tiada kan tetapi dalam isuTabung Haaji ada diviralkan..nanti kita akan kongsi bersama..sama


Soalan penyiasat 1MDB wajib tanya – A Kadir Jasin


Saya minta izin nak cerita panjang sikit berkenaan 1MBD kali ini. Mungkin lebih panjang dan lebih terperinci daripada sebelum ini.Saya tujukan rencana ini khusus kepada para penyiasat Pejabat Ketua Juruaudit Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen (PAC) yang sedang dan akan memulakan siasatan ke atas 1MDB.

Saya mohon ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan memulakan sesi baru Isnin ini turut memberi perhatian rapi terhadap perkembangan isu 1MDB. Saya akan cuba mudahkan bahasa korporat dan beri penjelasan.

Untuk mudahkan cerita, saya mulakan dengan membuat kesimpulan berikut:

Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat.

Masalahnya sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di“bailout” (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan. Berikut adalah antara soalan yang wajib ditanya para penyiasat dan penjelasan mengenainya:


1. Apakah peranan wang royalti minyak/gas negeri Terengganu dalam urus niaga Terengganu Investment Authority (TIA) apabila ia ditubuhkan pada 2008?

2. Adakah benar sejumlah besar wang royalti minyak/gas Terengganu (berjumlah berbilion ringgit) dimasukkan ke dalam sebuah bank tempatan sebagai persediaan menggerakkan TIA?

[Soalan ini wajib dikemukakan kepada Tan Sri Azlan Zainol, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP/EPF, Tan Sri Mohd Bakke Salleh Presiden/CEO Sime Darby, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB dan CEO LTAT dan(Tan Sri Ismee Ismail (CEO Tabung Haji) yang berupa pengarah pengasas (founding directors) TIA. Menurut bekas MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said wang Negeri Terengganu tidak digunakan 1MDB dan Terengganu dapat balik modal berbayar (paid-up capital) TIA/1MDB sebanyak RM1 juta.]

4. Adakah benar Bakke menarik diri atau digugurkan daripada Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak bersetuju dengan urus niaga yang membabitkan PetroSaudi?

[Wajib tanya Bakke dan ahli Lembaga Pengarah lain, iaitu Lodin dan Ismee mengenai kemunculan Jho Low sebagai ejen 1MDB. Azlan tidak sertai lembaga 1MDB.]

5. Adakah berasas andaian, kalau 1MDB tidak menjual saham anak syarikatnya, Edra Global Energy Sdn Berhad melalui tawaran awam permulaan (IPO), 1MDB akan mengalami masalah aliran tunai (cashflow) yang kronik sehingga tidak dapat menguruskan (service) hutang serta membiayai perniagaan menjelang September ini?

6. Adakah betul T. Ananda Krishnan (AK) memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MBD bagi membayar balik hutang kepada Maybank dan RHB Capital?

7. Atau adakah nama beliau diguna untuk menyembunyikan hakikat sebenar, wang RM2 bilion itu datangnya daripada Perbendaharaan atau sumber-sumber kerajaan yang lain?

[Wajib siasat pembabitan AK dalam penjualan penjana elektrik bebas (IPP) miliknya  kepada Edra Global Energy, anak syarikat milik penuh 1MDB. Daripada maklumat terbaru yang saya peroleh, andaian AK mendahulukan RM2 bilion kepada 1MDB mungkin songsang. AK terlalu licik dan pintar untuk mengambil risiko sebesar itu. Ini ada kena mengena dengan penilaian (valuation) harta Edra yang dikatakan sangat berbeza]

8. Adakah benar atas desakan AK penilaian dibuat ke atas aset Edra pada bulan November/Disember tahun lalu kumpulan perbankan Macquarie yang meletakkan nilainya pada kadar RM5 bilion?

9. Kalau ini benar, bagaimana pula Goldman Sachs yang mengatur penjualan bon-bon 1MBD pada 2012/13 meletakkan nilainya pada kadar RM8.5 bilion?

10. Mengapakah dalam masa yang singkat nilai aset Edra jatuh sebanyak RM3.5 bilion?

11. Adakah ini berpunca daripada perubahan kaedah perakaunan atau, seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, berbilion-bilion hutang 1MDB tidak dapat dikesan penggunaannya?

[Beliau meletakkan angka itu sebanyak RM27 bilion daripada RM42 bilion hutang 1MDB.]

12. Tidakkah peranan Datuk Yusof Annuar Yaacob dalam urusan pinjaman 1MDB berupa “conflict of interest” (percanggahan kepentingan) yang serius?

[Apabila Goldman Sachs mengatur penjualan AS$4.75 bilion (kira-kira RM17.1bilion pada nilai sekarang) bon 1MDB dalam dua “tranche” pada 2012/13, Yusof Annuar adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia. Mengikut agensi berita ekonomi Bloomberg, Goldman Sachs mendapat komisen AS$500 juta (kira-kira RM1.8 bilion). 1MDB membayar yuran ASS$196.2 juta bagi bon bernilai ASS$1.75 bilion yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 dan AS$283.2 juta bagi bon bernilai AS$3 bilion  pada bulan Mac 2013].

13. Mengapakah yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs begitu lumayan?

[Bandingkan dengan fakta berikut: Tahun lalu, National Commercial Bank, Saudi Arabia melakukan (IPO) AS$6 bilion (RM21.6 bilion) yang diatur HSBC dan tujuh ejen lain. Menurut laporan akhbar New Straits Times, (yang amat akur kepada Datuk Seri Najib Razak), mereka hanya dibayar komisen AS$6.7 juta (RM24.1 juta) atau 0.1 peratus nilai IPO. Bagi IPO Alibaba, juga tahun lalu, yang bernilai AS$25 bilion (RM90 bilion), Credit Suisse dan Morgan Stanley hanya dibayar yuran AS$300 juta (RM1.08 bilion). IPO Alibaba dari Negeri China adalah  IPO terbesar dalam sejarah.

Sekarang Yusof Annuar adalah ketua pegawai Negeri Deustche Bank bagi Malaysia dan Deutsche Bank sedang menuntut agar 1MDB bayar lebih awal hutang bernilai AS$975 juta (RM3.5 bilion) yang diaturnya tahun lalu.]

Perlu disebutkan juga iaitu (1) antara ahli konsortium Deustche Bank yang beri pinjaman kepada 1MDB adalah Aabar Investment PJS di mana Arul Kanda Kandasamy bekerja sebelum dilantik pengarah Eksekutif Kumpulan dan presiden 1MDB awal tahun ini dan (2) salah seorang ahli lembaga pengarah Deustche Bank Malaysia adalah (Datuk) Ahmad Johari Abdul Razak, adik Najib].

14. Adakah Deutsche Bank di bawah Yusof Annuar cuba menggunakan alasan “force majeure” untuk paksa 1MDB bayar balik hutang lebih awal kerana keadaaan berubah yang menjadikan pinjaman kepada 1MDB lebih berisiko?

15. Wajib soal siasat AK untuk mengetahui adakah benar khabar-khabar angin yang mengatakan satu jumlah yang sangat besar - melebihi RM600 juta - yang dibayar 1MDB bagi membeli IPP dari Tanjung Energy PLC milik beliau, dibayar kepada pihak ketiga?

16. Apakah kedudukan undang-undang (legal status) Yayasan 1MDB Rakyat dan siapakah pemegang amanahnya?

17. Adakah benar Jho Low dan “carpet trader” Deepak Jaikishan kenal mengenali dan saling bantu-membantu?

[Kedua-duanya diketahui rapat dengan Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Sekarang Deepak tidak rapat lagi.]

18. Apakah pertalian Jho Low dengan Felda?

[Penyiasat perlu kaji perhubungan sumbang muhrim (incestuous relationship) yang membabitkan 1MDB, TH dan Felda serta peranan Pemandu dalam tiga entiti ini.]

19. Apakah peranan dan pendirian Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dalam hal-hal yang melibatkan hutang dan pergerakan wang 1MDB yang sudah pun menyebabkan nilai ringgit jatuh?

20. Apakah betul ada individu yang menyimpan RM200 juta hingga RM300 juta dalam sebuah institusi kewangan bukan bank yang tidak dikawal Bank Negara?

Soalan-soalan di atas dan banyak lagi soalan lain yang berkaitan dengan 1MDB dan pihak yang berkuasa ke atasnya wajib ditanya para penyiasat.

Lebih ramai orang yang berkaitan 1MDB wajib dijejaki bagi mengetahui bagaimana krisis kewangan serta ketidaktelusan 1MDB boleh berlaku di depan mata kita dan hanya baru-baru ini saja terbongkar.

Unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah adalah antara isu yang wajib dirungkaikan para penyiasat supaya yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan duit serta aset negara yang digunakan ke atas 1MDB diperoleh semula.

Kesan sistemik skandal 1MDB wajib disekat dan dihadkan demi melindungi ekonomi negara.

Kita mohon petunjuk dan perlindungan Allah Maha Esa.Wallahuaklam. – kadirjasin.blogspot.com, 17 Mei, 2015.


No comments: