Sunday, March 15, 2015

Kerajaan KITA pembohong KELAS PERTAMA ?

Sehari ke sehari kerajaan sentiasa tidak pernah berubah. Masalah rakyat , kesejahteraan rakyat dikesampingkan. Kerajaan akan merancang, bertindak mengikut kehendak mereka. Mereka adalah pembela, perancang kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Itulah minda yang disetkan dalam benak mereka.

masalahnya, terlalu ramai penyokong, pengampu yang menyokong dan menyebelehi mereka. walaupun dan biarpun kaum, bangsa serta rakyat ditindas.

Dalam hal ini, kerajaan masih tidak sedar sedar diri lagi. Mereka masih dalam kepompong Mat jenin. Kini pendidikan negara digadaikan ? PISSA dan TISSA memaparkan rangking pendidikan negara yang tercorot di dunia.

Mana dia minda kelas pertama ? Kini, pelajar IPTA dimangsakan bawah dasar Dasar Pendidikan Negara. Bawah Gelombang dan Tranformasi najib 1Malaysia.



CGPA bukan lagi berdasarkan pencapaian akademik, kata Idris

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan CGPA pelajar kini akan mengambil kira bukan sahaja akademik tetapi juga penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti sukarelawan dan kemahiran serta kepimpinan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015.Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan CGPA pelajar kini akan mengambil kira bukan sahaja akademik tetapi juga penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti sukarelawan dan kemahiran serta kepimpinan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015.Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).
Sebaliknya, kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA dalam PPPM-PT akan mengambil kira penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, kemahiran dan kepimpinan.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu akan dilaksanakan di bawah lonjakan pertama PPPM-PT bagi melahirkan graduan keusahawanan, holistik dan seimbang.
"Sekarang pelajar cemerlang dalam akademik yang memperoleh semua A akan mendapat CPGA 4.0 tetapi melalui kaedah baharu ini, pelajar perlu cemerlang secara keseluruhan sebelum mendapat CGPA 4.0," katanya.
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat PPPM-PT bersama pengarang kanan media cetak dan elektronik, baru-baru ini.
Sesi taklimat tersebut pada Khamis lepas itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sesi itu diadakan menjelang pelancaran pelan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 7 April ini.
Idris menjelaskan pelaksanaan kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu mungkin mengambil masa yang lama kerana perbincangan mengenai perkara itu sedang di peringkat universiti awam.
Di bawah PPPM-PT, Program Pendidikan, Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) akan diperkasa dengan menjadikan bidang tersebut dipacu pihak industri serta menjadi pilihan 'premier' untuk pelajar.
Beliau berkata inisiatif Program TVET dapat memberikan kepelbagaian dalam akses pendidikan yang dilaksanakan melalui kolej vokasional, politeknik dan kolej komuniti serta 4 universiti teknikal.
"Hasrat jadikan TVET sebagai pilihan bermula sejak pelancaran transformasi pendidikan vokasional pada 2012 dan akan terus diperkasa apatah lagi bila masyarakat sudah mula menerima TVET.
"TVET dilihat dapat menghasilkan graduan baik dengan hanya kelulusan sijil dan diploma mereka boleh mendapat gaji yang tinggi," katanya.
PPPM-PT merupakan kesinambungan daripada PPPM-Sektor Sekolah dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
Pelan baharu itu merangkumi 10 lonjakan iaitu graduan keusahawanan, holistik dan seimbang; kecemerlangan bakat pendidikan tinggi; masyarakat yang belajar sepanjang hayat; dan kualiti graduan TVET.
Enam lonjakan lain ialah kelestarian kewangan; pemerkasaan tadbir urus; pemerkasaan ekosistem inovasi; sistem tersohor peringkat global; pembelajaran dalam talian secara global; dan penyampaian pendidikan tinggi yang ditransformasikan.
PPPM-PT ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013–2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).
PPPM-PT akan diterjemahkan dalam bentuk 100 inisiatif menerusi tiga gelombang iaitu gelombang pertama untuk tempoh 2013-2015, kedua 2016-2020 dan gelombang ketiga 2021-2025. – Bernama, 14 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cgpa-bukan-lagi-berdasarkan-pencapaian-akademik-kata-idris#sthash.gnJgDrj8.dpuf

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<