Friday, December 05, 2014

Anwar lucut Dato Sri

Anwar dilucut gelaran Datuk Seri

GAMBAR fail menunjukkan Anwar (dua dari kiri) berjalan keluar bersama Wan Azizah (kanan) dari Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya berhubung rayun kes liwatnya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 7 November lalu.


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melucutkan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 3 November lalu.
Setiausaha Sulit Sultan Se­langor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam berkata, penarikan balik darjah kebesaran itu diperkenan oleh Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.
Menurut Mohamad Munir, penarikan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013.
Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu didapati mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu dan hal-hal yang berkaitan dengan isu agama Islam.
“Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Anwar adalah ditarik balik berkuat kuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Selangor serta kuasa untuk menurunkan darjah kebesaran seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3L1cj30sU 
Hakcipta terpelihara 

No comments: