Wednesday, December 31, 2014

TEMERLOH Dalam Banjir ...31 Disember 2014

TEMERLOH HAMPIR JADI KOTA TENGGELAM




Gambar-gambar yang disiarkan ini dimat naik di laman Facebook Temerloh (Klik) kira-kira sejam lalu semasa berita ini ditulus.

Gambar-gambar yang dimuatkan adalah diambil sekitar bandar Temerloh dan Mentakab yang terkesan teruk oleh kanaikan paras air di Sungai Pahang dan Sungai Semantan.

Untuk rujukan, Sungai Pahang menerima limpahan air yang lebih banyak yang turun dari Sungai Jelai danj Sungai Tembeling, dalam masa sama Sungai Semantan yang mengalir dari Bentong dan Bukit Tinggi juga mencurah dan memenuhi bandar Temerloh dan Mentakab.

Perhubungan terputus dari semua arah, termasuk ke Kuala Lumpur, Kuantan, Bera serta Jerantut. Dalam perkembangan sama, Kuantan yang cerah cuacanya semalam sudah berubah mendung pada pagi tadi makanala sejak petang tadi hujan renyai kadangkala lebat mulai turun.

Kuantan tidak akan terkesan oleh limpahan air Sungai Pahang secara langsung kerana tiada sungai di Kuantan yang mengalik ke Sungai Pahang, namun jika hujan terus turun di Sg Lembing pasti penduduk Kuantan perlu bersiap sedia.



Lurah Semantan

Lurah Semantan...
Restoran Sheikh Sebelah Restoran Nasi Arab


Bandar Baru Temerloh Stesen Bas
Jalan Utama Dalam Bandar Temerloh
KWSP tenggelam...dalam bandar
- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com/2014/12/temerloh-hampir-jadi-kota-tenggelam.html#sthash.HPkOdYp7.dpuf

Monday, December 29, 2014

Banjir Besar di Temerloh

aS SALAM . Penulis baru tiba daripada kampung ke bumi perjuang Temerloh. Banjir besar melanda rumah penulis sekarang mencari pusat pemindahan sendiri.

Saturday, December 20, 2014

KENAPA THAILAND MENANG PIALA AFF SUZUKI 2014 ...

RAHSIA BOLASEPAK THAILAND TERBAIK DI ASEAN TERBONGKAR !!!


Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Mungkin kita kurang tahu tentang kemajuan bolasepak di Thailand, mungkin dalam media kita cuma lapor Minyak petrol yang mahal disana, walaupun begitu barang-barang di Thailand tetap murah walaupun minyak mahal, apakah mereka sentiasa berdayasaing dalam segala hal.....

Berita pasai bolasepak mereka jarang dilaporkan di media kita, tup-tup tahap kemajuan team mereka tiba-tiba melonjak tentu ada sebabnya kan.......baca dibawah sebabnya admin ambik berita dari web indo jadi faham-faham le bahasanya......


Liga Sepakbola Thailand  yang Profesional - Thailand Premier League

Liga terbaik di Asia Tenggara saat ini adalah Thailand Premier League berdiri sejak 1996, namun baru "berkembang" tahun 2007.. Kiblat sepakbola di Thailand adalah Liga Inggris, klub2 seperti Buriram United, Muangthong United, Chonburi FC mendominasi TPL. 

Pemain2 dari BPL pernah merasakan euforia TPL seperti Robbie Fowler & Jay Bothroyd (Muangthong United), Jay Simpson (Buriram United). Mantan pelatih Timnas Inggris, Sven Goran Erikson pernah menjadi direktur teknik klub asal Thailand BEC Tero Sasana FC.

5 Hal Yang Membuat Liga Thailand Kian Maju

Sepak bola Thailand memang sejak lama kelasnya lebih tinggi dari Indonesia. Meski begitu mereka terus berbenah untuk bisa seperti liga-liga besar seperti J-League dan Liga Eropa.

Berikut ini faktor-faktor yang meningkatkan kualitas liga sepak bola Thailand yang memang lebih teratur dari Liga Indonesia:

1. Cheerthai Power Group, organisasi suporter yang mempromosikan kembalinya sepak bola Thailand sejak 2004 menanamkan motto "Ball Nork Kae Sa Jai, Ball Thai Eu Nai Sai Leod" yang artinya, ’sepak bola internasional hanya untuk kesenangan, sepak bola Thailand ada dalam darah’.

2. Sejak 2008, klub-klub Thailand yang sebelumnya dikelola oleh asosiasi dan klub, sekarang menjadi badan usaha atau perusahaan. Di Thailand, petunjuk itu mendapatkan sambutan hangat dan ketika musim 2009 dimulai Asosiasi Sepakbola Thailand (FAT) telah membentuk Thailand Premier League Company Ltd (TPLC), bertindak sebagai badan penyelenggara di bawah FAT dengan menciptakan klub partisipan dituntut untuk berjalan sebagai perusahaan.

3. Munculnya klub-klub baru yang menggunakan cara manajemen klub Eropa, seperti Muang Thong United, Chonburi FC, dan Bangkok Glass FC. Kehadiran mereka mendapatkan sambutan hangat fans klub dan dapat berekspansi cepat dalam hal basis penggemar mereka. Perubahan tersebut menjadi awal eksplorasi potensi industri yang memberikan harapan tinggi penggemar agar liga lokal dapat menarik seperti halnya liga besar Eropa.

4. Thailand mengikuti pedoman AFC yang menyarankan bahwa sepak bola dijauhkan dari pengaruh politik untuk kepentingan pengembangan jangka panjang. Mereka memberi catatan bahwa keterlibatan politik dapat mempengaruhi sebuah tim atau klub menjadi kurang baik.

5. Dalam liga Thailand terdapat aturan bahwa bangku cadangan hanya untuk pemain pengganti, 3-4 staf pelatih, pelatih kepala dan manajer tim. Ketua atau presiden klub harus duduk di kotak VIP. Pada prinsipnya ini adalah mendorong mereka untuk fokus pada bisnis, tamu VIP mereka, sponsor, investor, dan rekan-rekan mereka, tetapi juga untuk mencegah mereka mempengaruhi tim mereka sendiri dan wasit.


INI HASILNYA JUARA PIALA AFF 2014......


Berikut penampakan klub-klub profesional di Thailand Premier League:

I-Mobile Stadium kandang Buriram United salah satu stadion TPL "beraroma" EPL



Begitu juga dgn SCG Stadium kandang Muangthong United yg menunjukkan Sepakbola Thailand merujuk pada Inggris


Beda lagi dengan LEO Stadium kandang Bangkok Glass yang menggunakan rumput sintetis standard AFC


Klub yang baru promosi PTT Rayong merenovasi total Stadion untuk TPL 2014, meski kecil namun modern

Perawatan rumput yang berkala di lakukan oleh stadion-stadion sepakbola di Thailand



Perawatan rumput sintetis di LEO Stadium milik Bangkok Glass Thailand


Pasai rumput neh mintak KJ belajar dari Thailand......

FAM NAKCARI BAKAT LAGI.....BAWAH 23 TAHUN

Mavam-macam perancangan bolasepak malaysia. Entah apa-apa je perancangan dia orang ni. Nk cari bakat jelajah, Kan bakat bersepah-sepah . Ada kt sekolah sukan seluruh Malaysia. Ada kat sekolah-sekolah, Nk cari apa lagi. Para pemain Frenz Malaysia A dan Frenz Malaysia B bwh 16 baru-baru ni kan hebat-hebat belaka. Nk cari gapo lagi...membazir duit dan masa sahaja...kerja pandir belako..


Kim Swee Mulakan Siri Jelajah Kesan Pemain Berpotensi

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 8:46 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bermula Januari ini, jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee akan melaksanakan misi jelajah mencari calon terbaik bagi membentuk pasukan negara untuk Sukan SEA 2015 di Singapura.
Sepanjang tempoh sebulan yang diberi itu, Kim Swee akan ke seluruh negara bagi melihat aksi pemain negeri sebelum memutuskan senarai calon untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemain berpotensi akan dikesan sebaik sahaja Liga Malaysia (Liga-M) bermula Januari 2015.
"Pasukan bawah 23 tahun itu dijangka memulakan latihan pusat bermula 1 Mei tahun depan kerana Sukan SEA dijadual berlangsung pada Jun.
"Kim Swee hanya ada sebulan untuk membentuk sebuah pasukan mantap," katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM kali kedua penggal 2014-2018, di sini, Jumaat.
Beliau juga menjelaskan pasukan bawah 22 tahun (Harimau Muda B) di bawah kendalian jurulatih, Razip Ismail diberi tugas dalam saingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun.
Afandi berkata, selepas beraksi dalam saingan kelayakan itu, pasukan Harimau Muda B akan meneruskan kempen dalam Liga Singapura.
"Jadi Kim Swee sudah tiada beban untuk membawa dua pasukan (Harimau Muda A dan Harimau Muda B) dan dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, beliau ada masa mencari bakat baharu untuk ke Sukan SEA.
"Tugas Kim Swee ini sama macam tugas Dollah Salleh untuk membentuk pasukan Harimau Malaya. Beliau (Kim Swee) perlu menjelajah ke seluruh negara untuk mencari pemain yang berpotensi," katanya. - Bernama

Tutup Niaga Waktu Solat Jumaat: Sokong Ganu

Terengganu Tetap Laksana Peraturan Tutup Premis Waktu Solat Jumaat

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 7:34 AM
Gambar Hiasan
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Disebalik protes beberapa pihak, kerajaan Terengganu tetap akan menguatkuasakan peraturan menutup kompleks membeli belah dan premis dalam bangunan berkenaan pada waktu solat Jumaat, bermula Januari ini.
Kerajaan negeri berkenaan mengumumkan perkara itu pada 9 Disember lalu untuk dipatuhi setiap majlis daerah.
Pihak berkuasa tempatan pula akan mengenakan denda mandatori RM1,000 terhadap pesalah kali pertama dan kegagalan menjelaskannya boleh mengakibatkan lesen perniagaan ditarik balik.
Menurut arahan itu, bengkel khas akan diadakan pada minggu ke dua bulan depan utnuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) untuk penguatkuasaan peraturan itu.
SOP yang akan diguna pakai pihak berkuasa tempatan juga akan dibincangkan pada bengkel berkenaan.
Pemangku Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, langkah itu dilaksanakan untuk mengelak belia Islam tidak menunaikan solat Jumaat.
"Ia membabitkan pasar raya besar dan premis di dalamnya, manakala kedai kecil di sekitar kawasan itu terkecuali.
"Kami juga akan mengeluarkan notis operasi perniagaan yang akan dikuatkuasakan dan dalam hal ini, pengusaha kedai makanan kecil-kecilan tidak perlu bimbang," katanya ketika dihubungi, Jumaat.
Ketua MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw menggesa kerajaan negeri itu supaya mempertimbangkan semula keputusan itu.
"Saya telah mengemukakan surat kepada menteri besar menyuarakan pandangan berhubung perkara ini, mewakili golongan bukan Islam.
"Lebih baik kerajaan negeri menyediakan bimbingan nasihatkepada komuniti perniagaan dan program kesedaran serta pendidikan kepada golongan belia Islam supaya mereka menunaikan solat Jumaat berbanding menguatkuasakan peraturan ini," katanya.
Chin Yaw berkata, keputusan itu akan memberi kesan kepada sektor pelancongan kerana Terengganu menjadi destinasi percutian pilihan umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia.
"Operasi perniagaan sepatutnya dibenarkan selagi ia tidak mengganggu keperluan agama di kalangan kakitangan, malahan komuniti perniagaan sentiasa membenarkan pekerja Islam mereka menunaikan ibadat pada setiap Jumaat," katanya.
Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Terengganu, Alex Lee turut prihatin terhadap isu ini terutama jika ia turut membabitkan premis kecil.
Bagaimanapun, Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Mohd Nasir Kushairi berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri itu kerana kebanyakan perniagaan milik umat Islam ditutup semasa solat Jumaat.
"Ada sedikit kekeliruan berhubung peraturan ini, bagaimanapun ia tidak akan memberi impak yang besar terhadap industri pelancongan negeri," katanya.

Friday, December 12, 2014

Malaysia tidak dipercayai sampai ke dalam padang bola ?

Episod yang mengejutkan dan memalangkan Malaysia ? Sampai begitu sekali orang tidak percaya dengan malaysia ? Vietnam yang baru merdeka dan baru membangun selepas Perang Vietnam pun tidak percaya dengan apa yang kita buat dan capai ?



PRESIDEN VFF ( PERSATUAN BOLA SEPAK VIETNAM) SYAK ADA SESUATU YANG BERLAKU.


Dalam sesi temuramah selepas Vietnam tewas kepad Malaysia 2-4, Le Hung Dung, Presiden VFF ( Persatuan Bola Sepak Vietnam) ingin meminta pihak berkuasa Vietnam untuk melakukan siasatan ke atas pemain Vietnam terutamannya di bahagian pertahanan. 

Dung dalam temuramahnya berkata, beliau seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, malah beliau melihat permainan pemain Vietnam sangat tidak baik dan tidak berada pada prestasi sebenar. Beliau melihat corak permainan sangat-sangat berbeza jika dibandingkan dengan ketika  menang mengatasi Malaysia 2-1 di Stadium Shah Alam.

"Sebenarnya saya tidak faham apa yang sedang berlaku di atas padang. Saya pasti Miura (jurulatih Vietnam) juga tidak mengerti apa yang sedang berlaku sebenarnya."


"4 gol yang terhasil, kesemuanya disebabkan kesilapan pertahanan. Benarkah pemain Vietnam bermain sangat teruk jika hendak dibandingkan dengan ketika Vietnam menang di Malaysia tempoh hari?"

" Apabila kejadian sebegini terjadi, saya syak ada sesuatu yang telah berlaku. Jadi, saya akan meminta pihak berkuasa untuk menjalani siasatan ke atas kejadian ini."

Dalam masa yang sama, jurulatih Vietnam, Miura merasakan perlawanan ini merupakan perlawanan terburuk pasukan Vietnam, malah beliau juga akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas prestasi dan kekalahan pasukan Vietnam


Follow us: http://www.stylosport.com/2014/12/presiden-vff-persatuan-bola-sepak.html#ixzz3LfkFZlY2
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives


Friday, December 05, 2014

Anwar lucut Dato Sri

Anwar dilucut gelaran Datuk Seri

GAMBAR fail menunjukkan Anwar (dua dari kiri) berjalan keluar bersama Wan Azizah (kanan) dari Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya berhubung rayun kes liwatnya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 7 November lalu.


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melucutkan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 3 November lalu.
Setiausaha Sulit Sultan Se­langor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam berkata, penarikan balik darjah kebesaran itu diperkenan oleh Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.
Menurut Mohamad Munir, penarikan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013.
Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu didapati mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu dan hal-hal yang berkaitan dengan isu agama Islam.
“Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Anwar adalah ditarik balik berkuat kuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Selangor serta kuasa untuk menurunkan darjah kebesaran seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3L1cj30sU 
Hakcipta terpelihara