Monday, November 17, 2014

UMNO berubah bila terlepas Putrajaya, PR berubah bila nak dapat Putrajaya ?

Bercakap kepada Umno, macamlah juga bercakap dan beritahu sama juga kepada PR. Umno Bn kerajaan rakyat sudah hilang kepercayaan dan keyakinan. serta kehebatan kerana strategi yang masih mengena dan menjadi Umno kekal lagi sebagai kerajaan.

Malah, sebaliknya kegagalan dan kesilapan PR. Mengagalkan impian mereka dan harapan rakyat untuk mengambil alih Putrajaya. Bermula kesilapan strategi yang gagal dan kurang menjadi. Rakyat tidak berapa yakin terhadap PR sendiri.

Kekelahan PR bukanlah 100% kelemahan +PENIPUAN Bn, tetapi adalah kelemahan banyak pihak PR. hakikat inilah yang pemimpin PR enggan terima

Sebaliknya pecakatan pergeseran perselisihan Bn berjaya diredakan dan disenyapkan serta tidak dipublikkan, tetapi pergeseraan penrcanggah dan tidak sehaluan serta perebutan kerusi sesama PR berjaya media ketengahkan. Dengan ini menkecundangkan mereka serta menawarkan hati rakyat untuk memilih mereka.

Masa sekarang adalah masa terbaik jalinan kerjasama PR diperkukuhkan. Namun, dalam komponen PR terutama PAS kini masih bercelaru dan krisis dilihat rakyat nampak besar. PAS mungkin dan nampak terbelah dan berbelah-belah jadinya.Dan paling buruk imej Islam yang di bawa PAS tercemar dan hampir punah


Putrajaya sekali, sebelum dapat diubah

Amin Iskandar

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi, terdengar kembali seruan agar parti Melayu yang memerintah negara sejak Merdeka itu perlu berubah supaya tidak terus kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mampukah Umno berubah? Kita sudah mendengar begitu banyak retorik sebegini akan tetapi Umno masih tidak berubah dan berada semakin jauh daripada masyarakat terutamanya di bandar.
Terbaru gesaan ini datang daripada Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin baru-baru ini yang mengatakan parti itu perlu melakukan transformasi segera supaya terus kekal relevan.
Berucap di Konvensyen Umno Johor 2014 Khaled berkata, orang Melayu kini sedang melakukan penolakan terhadap parti itu secara terbuka dan dapat dilihat dalam dua pilihan raya umum lalu.
“Benar kita punyai tiga juta ahli tetapi adalah juga benar yang kebanyakan ahli kita adalah hanya pada keahlian.
“Dan ramai yang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan tetapi sebagai instrumen politik untuk pengaruh, kuasa, prestij dan kekayaan,” katanya seperti dilaporkan portal Suara TV.
Menurut menteri besar Johor itu, ahli-ahli Umno perlu bersama secara kolektif untuk merancang dan mengurus perubahan parti itu.
 “Jika ini pilihan kita, maka jalannya ialah pengislahan dan memodenkan Umno.
“Kita mesti akur Umno termasuk Umno Johor memerlukan suatu transformasi dan bukannya perubahan kosmetik yang bersifat luaran semata-mata,” katanya dalam konvensyen yang bertemakan “Di Sini Lahirnya Umno” yang dihadiri 850 perwakilan dari seluruh Johor.
Apa yang dikatakan Khaled itu mungkin lahir daripada kesedarannya melihat bagaimana parti pembangkang mula mendapat tempat di seluruh negara dan negeri Johor itu sendiri.
Siapa sangka tempat lahirnya Umno di Batu Pahat kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR)?
Siapa sangka musuh ketat Umno seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kini merupakan seorang ahli Parlimen Gelang Patah selepas mengalahkan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman?
Siapa sangka sekutu rapat Umno seperti MCA hilang kerusi Parlimen Kluang, Kulai dan Bakri di tangan DAP?
Ketika suara menuntut Umno berubah daripada pimpinan dan bekas pemimpinnya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, parti Melayu itu terus menerus bergerak ke belakang.
Selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berjanji kepada rakyat Malaysia atas kapasitinya sebagai perdana menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 warisan penjajah British, ahli-ahli partinya sendiri yang menikamnya dari belakang mahu akta itu dikekalkan.
Ketika gesaan dibuat agar Umno perlu bersikap lebih inklusif agar dapat memenangi kembali hati rakyat Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi merangkap pengerusi Biro Agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom bakal mengusulkan dalam Perhimpunan Agung akan datang agar parti itu hanya mengiktiraf Islam jenis Sunni.
Jadi perubahan bagaimana yang dapat dilakukan Umno untuk menjadi kembali relevan sedangkan masyarakat Malaysia kini sudah pelbagai termasuk Melayu dan Islam itu sendiri.
Masalah utama kebanyakan pemimpin dan ahli Umno adalah mereka merasakan parti itu akan terus memerintah Malaysia sehingga bumi ini hancur.
Sebab itu majoriti pemimpin dan ahli Umno tidak merasakan perubahan itu satu keperluan yang mendesak.
Walaupun pernah kehilangan beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu, pemimpin dan ahli Umno tidak mempunyai pengalaman kehilangan Putrajaya.
Dan ini yang perlu berlaku sebelum perubahan benar-benar dapat dilakukan terhadap Umno.
Umno perlu kehilangan Putrajaya sekali untuk membersihkan parti itu sesuci-sucinya. Selepas kehilangan Putrajaya barulah Umno akan tahu siapa yang sebenar-benarnya setia dengan mereka.
Pada ketika itu sudah tiada lagi kontrak kerajaan, jawatan dan kemewahan dapat dijanjikan dan perubahan yang sebenar-benarnya dapat dilakukan.
Beranikah Umno?  – 16 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/amin-iskandar/article/umno-perlu-kehilangan-putrajaya-sekali-sebelum-dapat-diubah#sthash.jTCAvAVQ.dpuf

No comments: