Wednesday, March 12, 2014

Miskin Disebalik Pemimpin ?


Harap-harap misi menyelamat dan menacri MH370 dijumpai segera. Ramai pemimpin dalam negara kita rata-rata datang berlatar belakangkan golongan mereka yang hidup senang. Dan mereka naik menjadi pemimpin majoriti kerana sokongan latar belakang penddiikan yang hebat yang mereka perolehi

Jarang sangatlah pemimpin negara kita naik di kalangan rakyat marhein. Jika ada pun terlalu kecil. Begitu juga para pegawai kanan yang menerajui agensi serta jabatan-jabatan perkhidamatan awam negara semua berlatarbelakangkan dari kalangan yang senang dan berada.

Mereka, ini tiada dalam kamus hidup mengenal, memahami, menjiwa perihal hal orang-orang miskin. Jika adapun ia terlaku kecil dan sedikit.

Hasilnya, kita lihat kekayaan negara, pembelaaan kepada rakyat teramai dengan beban kehidupan tidak pernah surut. Kita ingat semakin negara dan dunia maju. Rakyat akan nikmati kesenangan , tetaapi hampeh 

Justeru, lahir pemikiran sosialis dan isme-isme yang lain berjuang dan memperjuangkan hal perihal hidup dan kehidupan rakyat terbanyak.

 




KAJANG: Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak faham erti kezaliman, kata calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu yang menyifatkan beliau sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Khairy adalah orang yang berpendidikan tinggi, dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, dekat sini hari ini.

Semalam Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian mendakwa Azizah hanyalah boneka dalam politik.

Wan Azizah juga menegaskan, tindakan beliau bertanding di Kajang adalah untuk membela nasib Anwar dan menentang kezaliman.

"Bagi orang Islam, menentang kezaliman itu satu jihad," katanya.

Beliau menggantikan Anwar sebagai calon Kajang selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat 2.

No comments: