Wednesday, February 26, 2014

Kes Saman RM2 juta Presiden PAS: Selesaikan cara baik ?

Inilah jalan terbaik, syabas Husam Mu. Semua ahli dan penyokong PR mahukan satu jalan penyelesian terbaik, kes ini akan menjadi iktibar dan mematangkan semua pihak yang terlibat dan melibatkan diri. 

Beginilah, sifat sebagai seorang manusia yang bergelar insan. Carilah jalan penyelesian terbaik. 




 33

Kes calon PKR-vs-Haji Hadi: Husam tawar diri jadi orang tengah

 | February 25, 2014
"Kalau tidak ada orang lain nak mainkan peranan tu saya nak tawarkan diri.
UPDATED
shamsul hj Hadi Husam MusaKUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menawarkan diri menjadi orang tengah menyelesaikan isu saman RM2juta antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin luar mahkamah.
“Saya boleh faham kedua-dua situasi di mana seseorang rasa terluka hati dan saya berharap rakan kita yang buat saman itu mungkin dia nak pengiktirafan terhadap maruah beliau dan saya juga yakin Presiden (Hadi) sedia buat rundingan.
“Kalau tidak ada orang lain nak mainkan peranan tu saya nak tawarkan diri.
“Saya tak kenal calon (PKR) tersebut tetapi saya nak tawarkan diri supaya ada penyelesaian luar mahkamah terhadap kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Husam berkata, menjadi tanggungjawab ahli mempertahankan pemimpinnya dan yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Saya tak tahu apa sebab dari segi teknikal sampai berlakunya perkara ini…selaku Naib Presiden saya kena jaga (kedudukan) Presiden,” katanya.
Ditanya sama ada Hadi perlu mengemukakan permohonan maaf, bekas Exco Kelantan itu berkata ada beberapa jalan lain lagi yang boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut itu.
“Kedudukan kedua-dua pihak kena fahami. Mungkin yang menyaman itu dia bukan nak sangat wang…Hadi pula saya yakin dia buat kenyataan itu bukan nak jatuhkan maruah mana-mana pihak,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad lalu memerintahkan Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta selepas gagal memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul kerana menuduhnya menjual pil kuda.
Dalam penghakiman ingkar itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu menjadi panas ekoran perebutan perletakan calon antara PAS-PKR sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Hadi dalam ucapannya semasa ceramah di Marang dipetik berkata, pihaknya mendapat maklumat ada antara calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda serta mengagungkan pemimpin Komunis.
Mohd Shamsul kemudiannya mendesak Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataan calon PKR menjual pil kuda kerana masyarakat menganggap beliau yang didakwa.
Katanya, dakwaan Hadi itu juga menyebabkan beliau kalah bertanding DUN Bukit Besi pada Mei tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Asmuni Awi ketika dihubungi FMT mengesahkan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman itu selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Dalam perkembangan sama, PKR Pusat membuat pendirian kes saman ini tidak perlu diteruskan.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, PKR memutuskan parti itu akan mengambil tindakan untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan secara baik.
“Pemimpin PKR telah mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan.
“Namun Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13.
“PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan kesepakatan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
sa anda bersikap proaktif


No comments: