Bolehkah Umno dipercayai lagi ? Umno sinonim, sering dan boleh dikaitkan dengan penipu. Saban kali penipuan yang dikaitkan dengan Umno oleh pembangkang. Ia segera dileraikan . Maka akan ada individu yang serta merta membuat penafian segera, termasuklah para cendikiawan yang memandirkan diri mereka. untuk menidakkan Umno bukanlah kaki tipu dan menipu perjuangannya.
Justeru, bukti kelicikan penipuan Umno selama 56 tahun terbenam dengan aksi-aksi lakonan sebelumnya para pemimpin disokong pula media arus perdana mewajahkan perilaku pemimpin Umno sebagai pemimpin masa depan. Lebih diperkuatkan lagi dengan pelbagai agenda yang muluk, murni dan visi suci atas nama gagasan tranformasi, integiri, wawasan itu dan wawasan ini. Yang mana semuanya melunakkan pemikiran rakyat teramai.
Kini, terserlah terang lagi bersuluh, penipuan Umno sudah sampai tahap kemuncaknya. Kali ini penipuan terhebat adalah sesama mereka (Umno-Umno) dalam memilih kepimpinan peringkat pertengahan dan akar umbi yang berantakan, kecoh, maki hamun, tidak puashati dan pelbagai gelagat dan aksi yang sampai tahap memualkan. Sehinggakan media milik mereka sendiri tidak tersorok dek gelagat dan perilaku keterlaluan.
Sebelum ini, dengan bongkak , Umno mendakwa DAP tidak teus dan lakukan penipuan dalam pemiliahan CEC mereka tempoh hari. Sehinggakan DAP terpaksa membuat sekali lagi AGM bagi memenuhi tuntutan ROS yang didalangi Umno, bagi memalukan DAP.
Kerja mencucuk dan mengadu domba Umno laksanakan dengan membeli beberapa orang mantan pemimpin DAP untuk menyerang DAP.
Kini pusingan, keaiban beralih dan terpalit ke muka nya sendiri (Umno). Tetapi macam biasalah Umno sudah tidak berperasaan dan ada perasaan. Semua pemimpinnya ibarat macam lembu kenyang. Itukan sebab Isa Samad, menyamakan pemimpin Umno macam pilih durian loggok sahaja.
Buatlah macam mana, katalah sampai mana Umno tetap Umno, mangli dan lali dan tiada perasaan. Cuma yang ada adalah menantinya untuk reput sahaja.
AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan
Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang dalam pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan tersebut.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan berkenaan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya dalam sidang berita hari ini yang turut dihadiri kesemua 14 ahli jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
Sementara itu, bekas Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samat yang turut hadir dalam majlis itu berkata pihaknya telah menghantar laporan bantahan ke ibupejabat Umno pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Umno memberi keputusan secepat mungkin.
"Jika boleh, sebelum 19 Oktober ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," kata Hamisa.
Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.
Wanita Kalabakan, katanya, mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lepas.
"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan telah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.
"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.
Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan Umno pusat kelak setelah menghantar bantahan, meminta anggota Wanita Umno Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti.
- Bernama

1 comment:
Itu pun SPR tidak percaya lagi apa yang selama dipertikaikan NGO tentang undi Bantu tu.
Post a Comment