Macam mana Isa Samad menghina dan memperlekehkan semua pemimpin Umno dengan menyamatarfkan peimpin Umno macam buah durian. Itulah nilaian tahap tertinggi Isa dengan para pemimpin Umno.
Dalam hal ini yang terkecuali dan lega adalah PM dan TPM kerana mereka sudah dipilih pun, kedua-dua atasan Umno itu buah spesis lebih baik sikit daripada buah durian yang dilonggok nanti.
Hebat juga perbandingan Isa. Beliau bukanlah menghina sangat tetapi beliau maksudkan buah durian bukankah diiktiraf dalam negara ini sebagai jolokannya Raja Segala Buah. Buah tersohor dan digemari oleh semua orang. Jadi rakyat (ahli Umno) pilih lah raja buah yang cirinya berbau dan goncang sikit buah berkenaan. Bila mahu pilih. Lazimnya buah ini bermusim
Dan yang paling seronoknya buah ini semuanya dijual secara longgok. Maknanya banyak tidak terhingga buahnya sampai dilonggokkkan sahaja. Maka yang hebat antara buah longgok tadi adalah pejual dan penanam (peladang) yang memiliki buah itulah. Siapa lah agaknya...Jika D24 atau musang king atau jenama-jenama baik , penanam adalah Yap Ah Loy dan seangkatannya dengannya. Malah orang tengahnya pun daripada keluarga Kapitan ini jugalah datangnya...
SEREMBAN: Pilih pemimpin Umno dengan teliti seperti mana anda memilih durian - memilih yang terbaik dan paling harum dalam timbunan buah yang banyak.
Itulah nasihat calon naib presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang meminta akar umbi parti tidak 'termakan' percubaan calon-calon untuk bertanding sebagai satu pasukan.
"Apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita masih perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Kita mesti memilih hanya yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin," katanya.
Pemimpin senior parti ini berkata seorang pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan dan keupayaan untuk berkhidmat.
"Akar umbi boleh membuat keputusan untuk mengekalkan penyandang, menggabungkan muka lama dan baru atau membentuk satu pasukan pemimpin yang benar-benar baharu. Tetapi saya tidak bersetuju apabila pasukan (pemimpin) dibentuk," katanya.
Isa mula menjadi mangsa pemimpin bertanding sebagai " pasukan" pada tahun 1993 apabila beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli "Team Wawasan " untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.
Pengerusi Felda berusia 64 tahun ini berharap ahli-ahli Umno akan memberi satu lagi peluang untuk beliau menjadi naib presiden parti dan dapat memberikan perkhidmatan dalam kapasiti itu.
Beliau menang jawatan dalam pemilihan Umno 2004 dengan jumlah tertinggi undi tetapi terpaksa melepaskannya dan juga meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setahun kemudian selepas didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti.
"Saya menawarkan perkhidmatan saya kerana saya percaya saya boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya untuk berkhidmat. Saya mahu berbakti kepada parti ini yang telah memberikan begitu banyak jasa kepada saya.
"Saya rasa peluang saya adalah baik. Itulah sebabnya saya menawarkan diri untuk bertanding," kata Isa, yang menyertai Umno pada tahun 1972 dan memulakan perjalanan aktif politik beliau enam tahun kemudian apabila beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Linggi di Negeri Sembilan.
Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari tahun 1982 hingga 2004.
Isa berkata, dalam Umno terdapat tempat untuk semua - tua dan muda, menunjukkan bahawa peremajaan parti tidak bermakna yang tua harus diketepikan.
"Untuk memulihkan Umno bermakna kita tidak menghalang orang-orang muda turut serta bertanding.
"Tetapi mereka juga mesti bersedia untuk kalah. Jika mereka gagal (mendapatkan jawatan), mereka yang masih baru tidak boleh merajuk dan berputus asa. Mereka perlu melalui proses seperti orang lain," katanya.
No comments:
Post a Comment