Sunday, October 27, 2013

GST: Kerajaan Bermewah atau Rakyat Mahu Dimewahkan ?

GST (goverment servis tax) akan dilaksanakan mulai April 2015. GST diperkenalkan bagi menggantikan dua cukai yang sudahpun dikenakan iaitu Cukai Jualan (10 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (6 peratus).

Bila disifirkan secara angka nampak rakyat beruntung sangat. Kerana kini kerajaan hanya kenakan SATU cukai sahaja GST hanya 6 peratus sahaja, berbanding kini rakyat bayar 16 peratus. GST nampak macam MEMURAHKAN barangan dan perkhidmatan sahaja nanti. Benarkah begitu ?

Ramai penganalisa ekonomi belum lagi membahaskan   buruk baik serta impak positif negatif secara detail lagi.

Rata-rata bersetuju percukaian ini adalah satu bentuk percukaian yang agresif. Dan kita jangkakan kerajaan tidak akan memansuhkan cukai-cukai lain, seerti contoh Cukai Pendapatan sahaja menyumbangkan 47.9% punca pendapatan negara pada 2014 mengikut unjuran Bajet baru-baru ini. Manakala Cukai Langsung lain pula bakal menyumbangkan 2.9 %. Sementara Cukai Tidak Langsung lain pula 14.8 % daripada pendapatan negara sejumlah RM262,151 juta.

Justeru itu, jangan seronok sangat GST bukanlah CUKAI tunggal yang bakal kerajaan kenakan. Dan kita nantikan adakah pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmataan yangs sedia ada dapat mempertingkat taraf kehidupan rakyat menjadi lebih mewah dan selesa.





  • Pelaksanaan GST siapa untung?Barangan makanan asas terselamat daripada GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015. -Foto Bernama.
 1 / 1 
KHABAR yang bertiup kencang beberapa bulan lalu bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh terdekat, ternyata menjadi kenyataan, kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat kelmarin telah mengumumkan GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015.

Pengumuman itu dibuat saat pemimpin pembangkang lantang berhujah bahawa GST hanya akan membebankan rakyat dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Malah, di luar Parlimen kelmarin turut berlangsung demonstrasi bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan.

Namun, pemimpin utama negara itu tetap tenang mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan cukai baharu yang diberi nama GST bermula April 2015.

Najib berhujah, kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memutuskan bahawa 2015 adalah masa paling sesuai untuk GST dilaksanakan di negara ini.

Katanya, pelaksanaannya didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian.

Pelaksanaan GST bagaimanapun katanya, tidak akan melibatkan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu.

Malah, Najib berkata, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan sokongan itu termasuk pertama, pembayaran sekali RM300 kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kedua adalah kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan.

Ketiga, katanya, struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula bagi menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat negara.

GST ini akan menggantikan cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (enam peratus) yang bermula masing-masing pada tahun 1972 dan 1975 lagi.

Berbeza dengan BN, PR yang membentangkan Bajet Alternatifnya sehari sebelumnya pula berpendirian, GST perlu ditangguhkan sehingga tiba masa yang sesuai kelak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut.

Anwar juga berkata, pelepasan cukai juga perlu diberikan kepada golongan menengah bagi mengelakkan golongan tersebut membayar cukai lebih tinggi.

Selain itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, selagi penguatkuasaan undang-undang mengenai perkara tersebut tidak adil dan saksama, GST tidak boleh dilaksanakan.

Katanya, ia tidak akan membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi, tetapi sebaliknya hanya memperkayakan golongan tertentu.

Malah, PR menyifatkannya sebagai cukai yang regresif, di samping usaha yang akan meningkatkan beban cukai daripada 15 peratus kepada 85 peratus.

Apa pun hujahnya, kedua-duanya BN-PR dilihat bersetuju dengan pelaksanaan GST dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara.

Cuma, yang membezakan adalah dari segi masa, iaitu bila ia sesuai untuk dilaksanakan, manakala bagi rakyat pula, yang mereka persoalkan ialah, jika GST dilaksanakan, apa keuntungan yang bakal mereka nikmati nanti?


Friday, October 25, 2013

Bajet 2014: Pendapatan RM224.1 bilion & Belanja RM264.2billion

Projek RM264.2b dalam Bajet 2014
2:41PM Okt 25 2013 
Apa yang ada dalam Belanjawan 2014? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkannya di Parlimen pada jam 4 petang ini.

Beliau pagi ini mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk membentangkannya.

Belanjawan pertama selepas pilihan raya umum ke-13 ini mendapat perhatian pelbagai pihak, antaranya ekoran spekulasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditentang hebat pembangkang, akan diperkenal.

Malaysiakini akan melaporkan secara langsung intipati pembentangan dari masa ke semasa. 

Sebagai alternatif, pembaca juga boleh mengikuti perkembangan yang sama di laman Twitter kami, @mkini_bm atau di Facebook.

Siaran langsung pembentangan belanjawan bertemakan 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' di Parlimen dan analisisnya juga boleh ditonton di www.kinitv.com/live.
4.54pm: Peruntukan untuk projek juga melibatkan menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta. 

Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf. 

Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps. 

Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
    
Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk. 

Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
4.48pm: Bajet 2014 akan peruntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek:
  • Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. 
  • Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013. 
  • Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014. 
  • Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
  • Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
  • Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer. 
  • Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
  • Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi. 
  • Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak. 
  • Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
  • Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
  • Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
  • Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

Tuesday, October 22, 2013

Audit 2012: Tangkap Kambing Hitam dan Hukum juga Hantu Jembalang .atau Puaka.....

Heret segera penjawat awam yang melakukan penyelewengan dengan kadar segera. Jangan ditangguhkan tindakan. Rakyat mahu semua pesalah yang pecah amanah ini dihukum. Penjawat awam seumpama ini, janganlah disimpan kerana menjadi barah dalam institusi atau organisasi.

Apa yang kita bimbangi, takut-takut penjawat awam yang menyeleweng itu sebagai kambing hitam. Kerana dalangnya dalah HANTU JEMBALANG yang memakan semua muntah yang telah dimuntahkan oleh kambing hitam tadi.





Tindakan Tegas Ke Atas Penjawat Awam Terlibat Salah Guna Kuasa, Urus Tadbir
 
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir sehingga menyebabkan kerugian kewangan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata secara umumnya, terdapat tiga langkah yang akan diambil oleh kerajaan mahupun swasta setiap kali laporan audit dikeluarkan bagi memastikan pengurusan aset dan kewangan yang baik secara berterusan.
"Kesalahan paling serius seperti penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir dalam proses dan prosedur dan menyebabkan kerajaan rugi, akan dikenakan tindakan yang lebih keras," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel pada sesi Simposium Pasaran Modal Dunia di sini, Selasa.
Terdahulu, pada sesi panel Abdul Wahid berkata pengurusan dan prosedur yang lemah boleh dibetulkan segera dengan menambah baik proses dan melatih pegawai bagi memastikan mereka mengetahui proses dan prosedur di jabatan masing-masing.
Bagi kesalahan yang tidak membabitkan kehilangan wang atau kerugian yang teruk, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin selepas siasatan dijalankan.
Namun bagi kesalahan yang melibatkan kerugian kewangan kerajaan, tindakan serius boleh diambil, bergantung kepada keputusan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Secara konsepnya, apa yang dilaksanakan oleh pihak swasta boleh dilaksanakan pihak kerajaan. Bagi swasta, sekiranya kesalahan serius, ada panel inkuiri dalaman yang akan melihat sama ada terdapat kesalahan yang serius, tahap kesalahan dan hukuman yang sesuai.
Jadi terpulang kepada Ketua Setiausaha Negara untuk melihat (bagaimana ia boleh dilaksanakan)," katanya.
Satu jawatankuasa khas untuk mengkaji dan meneliti Laporan Ketua Audit 2012 telah ditubuhkan, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai SPRM, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.
Jawatankuasa ini dijangka mengambil tindakan susulan termasuk tindakan tegas ke atas penjawat awam yang didapati terbabit dalam sebarang penyelewengan dan salah laku dalam sistem tadbir urus kewangan di pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
SPRM kini menyiasat 15 kes berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Wahid juga berkata dalam konteks kerajaan mahu berbelanja secara berhemah untuk menghadapi cabaran masa depan, ia juga perlu memastikan semua perbelanjaan dilakukan secara bertanggungjawab.-BERNAMA

Sunday, October 20, 2013

Jangan Heret Isu Korban Di sekolah Sebagai Isu Sensitif Keagamaan & Kaum

Melakukan ibadah dalam Islam adalah satu pekerjaan mulia serta dituntut dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Atas tesis demikianlah, ia semua orang berlumba-lumba berbuat demikian, maka ia boleh dizahirkan melalui perbuatan, tindakan dan niatnya. Dalam ajaran Islam , agama besar dunia ini. Semua segmen kehidupan manusia, diiktiraf atau diperakui ianya dikira sebagai ibadah. Begitulah juga dengan ibadah ia kena lalui proses pendidikan, atas tesis demikian Semua penganut Islam dan bukan Islam menyetujui hakikatnya. Proses mengajar agama ianya dilakukan dan berlaku sepanjang hidup dan kehidupan. Tidak ada titik noktahnya.

Terkini, dihebohkan tindakan sebuah sekolah rendah di negara ini dan juga mungkin banyak sekolah-sekolah lain, menganjurkan ibdah korban mereka, gunakan premis kawasan sekolah. Atas faktor proses mendidik itulah mereka anjurkan ibadah ini dalam kawasan sekolah. Selain itu, oleh kerana hari Raya Korban tahun ini, cuti yang diberikan adalah terlalu singkat dan pendek, hari tasyrik jatuh pada hari-hari bekerja. Mungkin ibadah ini terpaksa dan dilakukan serta dikerjakan dalam tempoh berkenaan.Atas persetujuan ramai pihak yang dilibatkan oleh sekolah ini.

Kemudian, mungkin juga inilah dijadikan sandaran alasan sekolah berkenaan menganjurkan korban diwaktu sekolah dalam premis sekolah dengan menjemput semua ibubapa dan pelajar. Wajar dan kewajaran pihak sekolah berbuat demikian dan pekeliling membenarkan itu adalah atas pertimbangan pihak sekolah. Niat mereka bukan meremehkan perasaan atau tidak sensitif dengan kaum lain.

Jika semua tidakan sekolah, digantungkan dengan pemakaian surat pekeliling , kita boleh bangkitkan sentimen-sentimen lain selain daripada agama, bahasa rasmi, waktu sekolah, keterlibatan guru yang menjangkau waktu bekerja mereka. Maka inilah antaranya perlu dipertimbangkan selain daripada melihat korban lembu dalam kawasan atau premis sekolah.

Mempertikaikan wajar atau tidak wajar adalah satu polimek yang tidak berkesudahan, kerana masing=masing ada tafsiran dan pertimbangan tersendiri.

Begitu juga dengan Saravanan yang dikatakan berada diluar negara. Sikap ambil berat terhadap kaum nya adalah satu sikap yang terpuji dan patut dipuji. Jangan dilihat kelompok India dis sekolah berkenaan. Saravanan kena berjalan dan menjelajah ke Buloh Akar, estet di Parit Perak sebagai contoh. Ladang Bee Yong Lanchang Pahang. Bantui insan sebangsa beliau di sana.



Cara fikir Ketua Pejawat awam Malaysia: Kos Sara Hidup Di atasi

Inilah cara fikir  ketua kepada segala Penjawat Awam Malaysia. Mungkin ini adalah salah satu bentuk hukuman kerana Laporan Audit 2013. Banyak ketirisan, salah urus, salah laku, kelaku kurang molek, gelapkan wang rakyat, pungli (pungutan liar) dilakukan oleh para penjawat bertaraf 'jerung'/

Persoalannya, kenapa yang menerima padah adalah pejawat awam bilis sahaja. Apa tindakan atau surcaaj yang pihak-pihak tertentu lakukan dan laksanakan. adakah laporan Audit 2012 dan kita kini pula sudah masuk sukuk ke 4 2013, tidak nampak apa-apa tidakan.

Jadi KSN, jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Minta KSN bakar nyamuk dan bakar kelambu sekali. 

Jangan biarkan negara kita karam dan tenggelam......


Kos sara hidup penjawat awam diatasi

INGAPURA 19 Okt. - Kerajaan akan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi impak kenaikan kos sara hidup penjawat awam di luar negara.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kenaikan kos sara hidup dilapor dialami di beberapa negara dan membebankan petugas awam yang bertugas di luar negara.

Ali berkata, perkara itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan.

“Dalam sesi perjumpaan saya dengan penjawat awam dari sektor luar negara termasuk Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, kami telah berbincang isu berkaitan perkhidmatan mereka.

“Ada juga yang membangkitkan mengenai elaun luar negeri dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, semalam.
Beliau mengulas sesi interaksi dengan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sempena lawatan kerja ke republik itu mulai Khamis.
- BERNAMA


Wednesday, October 16, 2013

Umno Tipu Umno: Pemilihan Pemimpin Umno Bukti Serlahkan Umno Kaki Tipu

Bolehkah Umno dipercayai lagi ? Umno sinonim, sering dan boleh dikaitkan dengan penipu. Saban kali penipuan yang dikaitkan dengan Umno oleh pembangkang. Ia segera dileraikan . Maka akan ada individu yang serta merta membuat penafian segera, termasuklah para cendikiawan yang memandirkan diri mereka. untuk menidakkan Umno bukanlah kaki tipu dan menipu perjuangannya.

Justeru, bukti kelicikan penipuan Umno selama 56 tahun terbenam dengan aksi-aksi lakonan sebelumnya para pemimpin disokong pula media arus perdana mewajahkan perilaku pemimpin Umno sebagai pemimpin masa depan. Lebih diperkuatkan lagi dengan pelbagai agenda yang muluk, murni dan visi suci atas nama gagasan tranformasi, integiri, wawasan itu dan wawasan ini. Yang mana semuanya melunakkan pemikiran rakyat teramai.

Kini, terserlah terang lagi bersuluh, penipuan Umno sudah sampai tahap kemuncaknya. Kali ini penipuan terhebat adalah sesama mereka (Umno-Umno) dalam memilih kepimpinan peringkat pertengahan dan akar umbi yang berantakan, kecoh, maki hamun, tidak puashati dan pelbagai gelagat dan aksi yang sampai tahap memualkan. Sehinggakan media milik mereka sendiri  tidak tersorok dek gelagat dan perilaku keterlaluan.

Sebelum ini, dengan bongkak , Umno mendakwa DAP tidak teus dan lakukan penipuan dalam pemiliahan CEC mereka tempoh hari. Sehinggakan DAP terpaksa membuat sekali lagi AGM bagi memenuhi tuntutan ROS yang didalangi Umno, bagi memalukan DAP.

Kerja mencucuk dan mengadu domba Umno laksanakan dengan membeli beberapa orang mantan pemimpin DAP untuk menyerang DAP.

Kini pusingan, keaiban beralih dan terpalit ke muka nya sendiri (Umno). Tetapi macam biasalah Umno sudah tidak berperasaan dan ada perasaan. Semua pemimpinnya ibarat macam lembu kenyang. Itukan sebab Isa Samad, menyamakan pemimpin Umno macam pilih durian loggok sahaja.

Buatlah macam mana, katalah sampai mana Umno tetap Umno, mangli dan lali dan tiada perasaan. Cuma yang ada adalah menantinya untuk reput sahaja.

 
AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan


Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang dalam pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan tersebut. 

Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan berkenaan.

"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya dalam sidang berita hari ini yang turut dihadiri kesemua 14 ahli jawatankuasa bahagian itu.

Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samat yang turut hadir dalam majlis itu berkata pihaknya telah menghantar laporan bantahan ke ibupejabat Umno pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Umno memberi keputusan secepat mungkin.

"Jika boleh, sebelum 19 Oktober ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," kata Hamisa.

Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.

Wanita Kalabakan, katanya, mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lepas. 

"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan telah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya. 

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.

"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.

Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan Umno pusat kelak setelah menghantar bantahan, meminta anggota Wanita Umno Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti.

- Bernama

Bantulah PAS Pahang Siapkan Kompleksnya


Mercu tanda baru PAS Pahang

Basiron Abdul Wahab,16 Okt 2013


TEMERLOH: PAS Pahang maju setapak lagi dengan rancangan pembinaan Kompleks Al Makmur yang bakal menjadi mercu tanda baharu PAS negeri.

Sehubungan itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pendokong parti tidak melepaskan peluang untuk turut memberi sumbangan bagi menjayakan projek berkenaan.

Katanya, majlis pecah tanah pembinaan kompleks itu akan disempurnakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 26 Oktober  ini bertempat di tapak cadangan kompleks itu di Kerdau.

“Jika ke Kelantan kita berbangga dengan Putik, jika ke Kedah kita berbangga dengan Kompleks PAS Kedah, sudah sampai masanya bagi PAS Pahang mempunyai kompleknya sendiri,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini PAS Pahang mempunyai dua dewan iaitu Kias di Jerantut dan Darul Amin, di Temerloh.

Kompleks Al Makmur apabila siap nanti akan menjadi dewan terbesar milik PAS Pahang yang mampu menampung lebih dua ribu hadirin dalam satu masa.

PAS Kawasan Kuala Krau dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini telah meluluskan usul meminta setiap ahli menyumbang RM100 bagi menampung kos pembinaan Kompleks Al Makmur.

Beliau berkata, kesemua 14 kawasan PAS  di Pahang dan Majlis Tindakan Pilihan Raya Dun (MTD) mempunyai pejabat operasi masing-masing begitu juga dengan perhubungan negeri namun kewujudan Komplek Al Makmur akan menjadi mercu tanda baru PAS Pahang.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaunMaybank Islamik 5560 5750 4469 atas nama PEMBANGUNAN KOMPLEKS AL MAKMUR.

Caj Klinik Swasta Naik : Jangan Salahkan Kerajaan ?

Nasib tidak menyebelahi rakyat lagi kali ini. Kini, giliran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendesak pula kerajaan menaikkan caj yuran perubatan  di klinik-klinik swasta sebanyak 14 peratus. Alasannya, caj klinik swasta statik lama walaupun kenaikan caj - caj perkhidmatan lain naik bertaliarus seperti mana dicontohkan kenaikkan mendadak dalam perkhidmatan makanan, ketukangan dan perkhidmatan gunting rambut dan sebagainya.Dan kenapa tidak pandang langsung terhadap caj perkhidmatan klinik yang lama tidak dinaikkan.

Semua sektor, termasuk rakyat tidaklah perlu dihampakan. Ini adalah realiti hidup dan kehidupan. Sekarang caj gunting rambut lelaki adalah RM8 sekepala. Naik berganda sejak 5 tahun belakangan ini. Tidakkah kita rasa marah kepada MMA pula dalam isu ini ?

Keadaan ini adalah salah rakyat, kerana mereka memilih mengekalkan kerajaan yang tua, kerajaan yang memerintah sudah 56 tahun. Kerajaan yang tidak pernah dijatuhkan, kerajaan yang rakyat takuti. Justeru, janganlah marah dengan apa yang dihadapkan oleh rakyat pada masa depan

Namun, harapan baru masih ada, rakyat boleh menceraikan kerajaan yang ada ini, bila mana genap 5 tahun iaitu pada tahun 2018. Tetapi bagi yang sudah masuk usia emas, mungkin tidak kesampaian. Justeru usaha diteruskan, jangan berputus asa.






Yuran klinik naik lagi?

 1 / 1 
PADA Ogos tahun ini, golongan doktor klinik swasta dan hospital yang diwakili Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr N K S Tharmaseelan meminta yuran khidmat rundingan dinaikkan sebanyak 30 peratus. Langkah rayuan MMA ini berikutan langkah kerajaan yang hanya mencadangkan peningkatan 14 peratus pada tahun lepas.

Beliau tidak berpuas hati kerana orang ramai sanggup membayar khidmat menggunting rambut atau makan yang lebih tinggi daripada kos rawatan perubatan. Beliau juga membandingkan kos pemeriksaan tukang paip yang mengenakan caj antara RM50 hingga RM100 untuk setiap pemeriksaan yang didakwa melebihi caj pemeriksaan doktor ke atas pesakit.

Pada pandangan penulis, bukan semua orang pergi ke salon semata-mata untuk membayar kos menggunting rambut yang mahal. Jadi, menyatakan caj menggunting rambut adalah lebih mahal daripada yuran perkhidmatan perundingan (termasuk kos ubat-ubatan) pengamal perubatan am (general practitioner) adalah perbandingan yang tidak sesuai kerana ia adalah bentuk generalisasi (mengumumkan semua perkara). Realiti tidak begitu.


Nasib gulung tikar

Begitu juga apabila presiden MMA menyatakan caj harga makanan yang lebih mahal daripada caj perkhidmatan perundingan pegamal perubatan umum. Seperti pembaca sedia maklum, bukan semua orang mampu membayar lebih RM50 untuk seorang sekali makan.

Penulis tiada kena mengena dengan MMA. Namun penulis adalah antara pengguna yang peka dengan perkembangan ekonomi semasa. Penulis bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Persatuan Pentadbir Tuntutan Perubatan Pihak Ketiga Malaysia (TPA), Paul Cheok iaitu jumlah pesakit semakin bertambah.

Beliau menjelaskan realiti tersebut atas dasar ketidaksetujuannya terhadap permintaan presiden MMA untuk menaikkan caj pembedahan. Pertambahan bilangan pesakit berkunjung sama ada ke hospital/klinik awam atau swasta dipercayai bertambah secara berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk negara.

Jadi, pada hemat penulis kenaikan caj perkhidmatan perundingan dicadangkan Kementerian Kesihatan sebanyak 14.5 peratus adalah wajar.

Mereka yang mampu membayar caj menggunting rambut atau makan RM50 untuk setiap jenis perkhidmatan tersebut boleh memilih sama ada untuk pergi mendapatkan khidmat pengamal perubatan am atau pengamal perubatan pakar. Untuk mendapatkan perkhidmatan kelas pertama dan selesa, sudah tentu mereka memilih perkhidmatan hospital atau klinik pakar.

Menyentuh mengenai sesetengah doktor gulung tikar pula, pada pandangan penulis ia adalah adat orang berniaga. Buka klinik dan hospital dengan mengadakan khidmat perundingan (biasanya hanya beberapa minit) disertai menjual ubat-ubatan adalah sejenis bisnes.

Sebahagian daripada mereka yang gulung tikar mungkin bukan berpunca daripada kenaikan kos operasi bulanan tetapi berpunca daripada faktor lain seperti mutu perkhidmatan yang rendah, membuka klinik di kawasan yang memang kurang pesakit untuk mengunjunginya dan faktor pengurusan yang kurang cekap.

Mungkin dalam sedikit masa lagi, presiden MMA akan mengajukan permintaan sama iaitu menaikkan yuran perkhidmatan perundingan 30 peratus dengan alasan kos operasi bulanan meningkat akibat kenaikan harga petrol/diesel baru-baru ini.

Jika Kementerian bersetuju menaikkan lagi yuran perkhidmatan perundingan dalam setahun dua ini seperti yang disuarakan  presiden MMA ini, maka yang membayar kos perubatan yang meningkat nanti ialah pengguna.


Jejaskan pelanggan

Sebelum ini memang ada suara dari MMA pada 2010 yang menyatakan perniagaan klinik swasta merosot. Punca kemerosotan bilangan pesakit yang menggunakan khidmat klinik swasta tidak dinyatakan.

Pada pendapat penulis, mungkin semakin ramai penduduk Malaysia yang semakin sihat. Sedia maklum Klinik1 Malaysia yang mengenakan caj perkhidmatan yang amat berpatutan. Ia mungkin menjadi pilihan baru kepada golongan yang kurang mampu dan golongan yang mengamalkan sikap jimat-cermat.

Rencana pengarang MMA itu juga dipetik sebagai berkata pesakit yang mampu membayar rawatan kesihatan perlu mempunyai akses ke pusat rawatan kesihatan swasta pada kos yang berpatutan. Pada pandangan penulis kenaikan caj perkhidmatan perundingan sebanyak 30 peratus yang diajukan presiden MMA bukanlah kos yang berpatutan.

Sebagai sebuah persatuan menjaga kepentingan ahlinya yang terdiri daripada golongan doktor, sudah tentu MMA cuba sedaya-upaya mengetengahkan cadangan demi cadangan yang mendatangkan faedah kepada ahli yang berdaftar dengannya. Namun caj perkhidmatan dicadangkan kerajaan pada tahun lepas sepatutnya disambut baik.

Mungkin ramai pesakit akan berfikir berkali-kali untuk mendapatkan khidmat perundingan di klinik swasta apabila yuran perkhidmatan perundingan dinaikkan sebanyak 30 peratus? Apatah lagi dalam situasi sekarang kebanyakan harga barangan bukan kawalan dan perkhidmatan dikesan sudah meningkat berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol/diesel?

Hospital dan klinik panel mungkin tidak terjejas namun klinik swasta hidup bergantung kepada pesakit yang datang keluar duit poket sendiri akan mengalami bahana tersebut (kekurangan kunjungan pesakit).

Jika ini benar-benar berlaku, walaupun ketika caj perkhidmatan hanya dinaikkan 14 peratus seperti dicadangkan kerajaan janganlah pula MMA memberi alasan yang terus-menerus boleh dijadikan bahan tertawa. Alasan dilihat bijak MMA, namun dilihat sebagai alasan untuk kepentingan ekonomi kalangan ahli MMA oleh golongan pemerhati.

Presiden MMA menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan doktor adalah kaya dan tamak. Realitinya menurut beliau ramai doktor bergelut dengan peningkatan kos utiliti, sewa dan gaji. Ada juga yang gulung tikar.  Hakikat sama ada doktor tamak atau tidak tiada siapa yang mengetahui kecuali ALLAH dan tuan punya diri. Kalau dikatakan tujuan menjadikan profesion doktor terutama doktor pakar di hospital swasta dan tuan punya klinik untuk mudah menjadi kaya ia adalah realiti.

Penulis tidak bermaksud untuk mengira duit orang iaitu pendapatan doktor terutama yang berkhidmat di hospital/klinik swasta. Namun seperti dinyatakan presiden MMA, caj RM100 ribu untuk perkhidmatan perubatan tertentu bukan perkara pelik. Jadi, tidak hairan jika terdapat doktor pakar sektor swasta yang mengambil gaji berpuluh ribu sebulan. Sudah tentu dengan duit sebanyak itu mereka mampu membeli dan menyelenggarakan kereta mewah seperti Mercedes sport yang berharga lebih dari RM200 ribu!

Kepada pengguna, penulis cadangkan puliharalah kesihatan agar ia sentiasa cemerlang. Kesihatan cemerlang tidak memerlukan ubat-ubatan doktor swasta atau Klinik 1 Malaysia. Jalanilah hidup secara sihat dan holistik.

Antara cara mudah menjaga kesihatan adalah buka fikiran dengan menimba ilmu baharu dalam bidang ilmu perubatan moden, nutrisi atau perubatan alternatif. Ia akan membantu  anda membuat perbandingan, pertimbangan dan pilihan bijak bagi mengurus kesihatan diri sendiri.

Sunday, October 13, 2013

Pemimpin Umno imun dengan undang-undang

Pemimpin Umno semakin imun dengan moral, tanggungjawab, integriti dan hilang terus jatidiri sebagai muslim mukmin. Ini kerana para perwakilan terus mengekalkan Ketua Wanita yang didapati bersalah atas kes rasuah RM250 juta berhubung lembu fedlot tempoh hari.

Situasi ini adalah amat malang, pemimpin Umno dan Umno semakin mereput, kerana perjuangan mereka sudah tidak dapat membedakan lagi mana salah dan mana tidak salah.vPara perwakilan mengiakan tindakan dan perilaku sebegini.

Dengan sikap yang sambil lewa , tindakan kabur dan tiada apa-apa tindakan yang diambil maka jelaslah, mereka mempersetankan undang-undang. Malah undang-undang negara sendiri amat imun dengan pemimpin Umno. Pemimpin Umno mengatasi kedudukan undang-undang. Ini sebabnya mereka jadi kebal dan imun dengan tindakan mana-mana dn apa-apa undang-undang negara ini.

Kita sungguh rasa malu dengan tindakan pemimpin dan Umno sendiri. Bangsakan diperlekehkan, Islam yang kita bawa makin dijauhi , apatah lagi bangsa-bangsa lain mahu dekatinya. Kerana suri tauladan kita (pemimpin Umno) yang memberi persepsi paling buruk tentang imej Islam dalam negara ini.

 
Umno Youth and Wanita leaders remain unchanged, new Puteri chief


Monday, October 07, 2013

Pemilihan Umno: Pilih pemimpin bukan macam pilih ratu cantik -KJ

Pemimpin masa hadapan Umno, adalah Khairy Jamaluddin. Cara beliau menjawap dan membuat peniain terhadap pemilihan PAU Umno ke 56 akan datang cukup menyakinkan. Dan inilah pemimpin Umno muda yang ada kelas tersendiri. Matang berwawasan ada krisma dan berpandangan jauh.Anggap pilih pemimpin bukan macam pilih ratu cantik dalam pertandingan oi.

Macam nilah pandainya boleh ditumpang orang. Jadi Umno kenalah sandarkan harapan kepada orang semacam ini. Ini seorang calon Naib Presiden Umno yang mencalonkan diri ke jawatan penting itu, menyamakan pemilihan pimpinan Umno macam pilih durian longgok sahaja. Pilih yang ada bau sahaja dan goncang sikit

Pemimpin macam mangkuk cawan yang rosakkan dirinya luar dan dalam masih lagi ada tempat dalam umno. Beliau habis hina dan rendahkan intelektual cerdikpandai yang ada dalam Umno dengan menggambarkan mereka yang tawar diri bertanding dalam PAU Umno adalah macam durian longgok sahaja/

Kita bukannya na menyibuk sangat, tetapi dah pmimpin Umno sendiri yang agak penting bermindakan minda kelas pertama. Macam mana mahu lahirkan masyarakat madani, masyarakat minda kelas pertama seperti wawasan PM. Takkan dah lupa. Dah la tu , PM sibuk-sibuk nak buat tranformasi ke atas rakyat, tetapi pimpinan kerajaan dan parti kerajaan sendiri macam tranfomers sahaja.

Bercakap muluk-muluk soal wawasan negara, tetapi habuk pun tarak. Macam tin kosong. Parti macam Umno tuan-tuan kekal dan sokong memanglah masa depan negara akan mudarat. Kini menuju KEHANCURAN dan KEBOBROKAN.



KJ: Ini bukan pertandingan ratu cantik
  • Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin
 1 / 1 
IPOH - Pemilihan Umno bukan pertandingan ratu cantik untuk mencari populariti, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

 Katanya, perwakilan perlu bijak memilih calon bukan kerana nafsu tetapi pilih mereka yang layak untuk menerajui parti.

 “Ini bukan pertandingan ratu cantik atau mencari populariti, sebaliknya pilihlah pemimpin parti yang boleh memimpin sehingga ke PRU14 nanti. Kita perlu memilih pemimpin yang boleh bertanggungjawab memegang jawatan serta mempunyai rekod pencapaian baik sepanjang berada bersama parti.

 “Sudah pasti kita mahu lihat perubahan dalam Umno, tetapi perubahan itu mestilah datang dengan keyakinan bahawa siapa yang kita pilih boleh melaksanakan perubahan, " katanya ketika berucap sewaktu menghadiri Himpunan Generasi Muda Perak bersama Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, hari ini.

 Khairy berkata, setiap calon boleh bercakap dan menjanjikan sesuatu tetapi sejauh mana ia mampu dilaksanakan perlu dilihat kepada rekod pencapaian mereka.

 “Saya yakin di peringkat pemuda kita akan jalankan pemilihan ini dengan sihat serta memilih pemimpin yang mampu kuatkan lagi jentera BN,” katanya pada sidang media di sini.

 Hadir sama, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno Negeri, Khairul Azwan Harun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

 Mengulas mengenai peraturan berkempen, Khairy berkata, sesi pengenalan calon berjalan seperti biasa tetapi tidak bermaksud calon-calon tidak boleh berjumpa dengan perwakilan di majlis yang lain.

 “Sebagai contoh majlis hari ini. Saya dan Hishammuddin, kita datang hari ini (semalam) adalah perjumpaan orang muda di negeri Perak.

 “Kita jemput semua pemimpin belia dan orang muda di negeri Perak hadir, tetapi ramai juga yang datang adalah ahli Umno. Kita tak boleh halang mereka nak datang kerana mereka juga pemimpin muda.

 “Dalam masa sama, kita tak boleh nak menghalang calon berjumpa dengan perwakilan seperti di majlis parti, majlis kerajaan malah di mana-mana saja.

 “Jika saya jumpa mereka di kedai makan, takkan saya tak jumpa mereka semata-mata kerana larangan kempen,” jelasnya.

Sunday, October 06, 2013

Pilih Pemimpin Umno : Macam Durian Longgok - Isa Samad

Macam mana Isa Samad menghina dan memperlekehkan semua pemimpin Umno dengan menyamatarfkan peimpin Umno macam buah durian. Itulah nilaian tahap tertinggi Isa dengan para pemimpin Umno. 

Dalam hal ini yang terkecuali dan lega adalah PM dan TPM kerana mereka sudah dipilih pun, kedua-dua atasan Umno itu buah spesis lebih baik sikit daripada buah durian yang dilonggok nanti.

Hebat juga perbandingan Isa. Beliau bukanlah menghina sangat tetapi beliau maksudkan buah durian bukankah diiktiraf dalam negara ini sebagai jolokannya Raja Segala Buah. Buah tersohor dan digemari oleh semua orang. Jadi rakyat (ahli Umno) pilih lah raja buah yang cirinya berbau dan goncang sikit buah berkenaan. Bila mahu pilih. Lazimnya buah ini bermusim

Dan yang paling seronoknya buah ini semuanya dijual secara longgok. Maknanya banyak tidak terhingga buahnya sampai dilonggokkkan sahaja. Maka yang hebat antara buah longgok tadi adalah pejual dan penanam (peladang) yang memiliki buah itulah. Siapa lah agaknya...Jika D24 atau musang king atau jenama-jenama baik , penanam adalah Yap Ah Loy dan seangkatannya dengannya. Malah orang tengahnya pun daripada keluarga Kapitan ini jugalah datangnya...





Pilih Pemimpin Seperti Pilih Durian - Isa Samad

SEREMBAN: Pilih pemimpin Umno dengan teliti seperti mana anda memilih durian - memilih yang terbaik dan paling harum dalam timbunan buah yang banyak.
Itulah nasihat calon naib presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang meminta akar umbi parti tidak 'termakan' percubaan calon-calon untuk bertanding sebagai satu pasukan.
"Apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita masih perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Kita mesti memilih hanya yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin," katanya.
Pemimpin senior parti ini berkata seorang pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan dan keupayaan untuk berkhidmat.
"Akar umbi boleh membuat keputusan untuk mengekalkan penyandang, menggabungkan muka lama dan baru atau membentuk satu pasukan pemimpin yang benar-benar baharu. Tetapi saya tidak bersetuju apabila pasukan (pemimpin) dibentuk," katanya.
Isa mula menjadi mangsa pemimpin bertanding sebagai " pasukan" pada tahun 1993 apabila beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli "Team Wawasan " untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.
Pengerusi Felda berusia 64 tahun ini berharap ahli-ahli Umno akan memberi satu lagi peluang untuk beliau menjadi naib presiden parti dan dapat memberikan perkhidmatan dalam kapasiti itu.
Beliau menang jawatan dalam pemilihan Umno 2004 dengan jumlah tertinggi undi tetapi terpaksa melepaskannya dan juga meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setahun kemudian selepas didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti.
"Saya menawarkan perkhidmatan saya kerana saya percaya saya boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya untuk berkhidmat. Saya mahu berbakti kepada parti ini yang telah memberikan begitu banyak jasa kepada saya.
"Saya rasa peluang saya adalah baik. Itulah sebabnya saya menawarkan diri untuk bertanding," kata Isa, yang menyertai Umno pada tahun 1972 dan memulakan perjalanan aktif politik beliau enam tahun kemudian apabila beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Linggi di Negeri Sembilan.
Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari tahun 1982 hingga 2004.
Isa berkata, dalam Umno terdapat tempat untuk semua - tua dan muda, menunjukkan bahawa peremajaan parti tidak bermakna yang tua harus diketepikan.
"Untuk memulihkan Umno bermakna kita tidak menghalang orang-orang muda turut serta bertanding.
"Tetapi mereka juga mesti bersedia untuk kalah. Jika mereka gagal (mendapatkan jawatan), mereka yang masih baru tidak boleh merajuk dan berputus asa. Mereka perlu melalui proses seperti orang lain," katanya.

Peringatan Rakyat: Menjelang Muktamar Pemilihan

Perhimpunan Agong Umno (PAU) dan Muktamar Agong PAS Pusat nampak kali ini musim pemilihan kepimpinan. Kedua-dua kelompok parti dominan Melayu ini mendapat tempat tersendiri di media massa. Pemilihan kali ini nampak berjalan sama hebat dan sama panas.Masing-masing ada perebutaan dan ada persainagan kelompok dan kumpulan.

Bagi PAS,  persaingan ulama dan bukan ulama, atau ulama bersaingan profesinal atau kata Dr Mujahid persaingan antara kumpulan konservatif dan reformis. Permulaan menjadi jelas bilamana ulama secara halus dan berhemah berkempen dengaan menganjurkan himpunan ata nama Multaqa Ulama di Kedah. Dengan mengeluarkan resolusi 8 perkara yang antara nya Timbalan Presiden PAS mestilah kalangan ulama. Banyaklah kembimbangan atas kebimbangan atas Presiden yanng bakal digantikan oleh Timbalan.

Situasi ini melihatkan gayung mula bersambut, bilamana kumpulan ulama telah memulakannya. Golongan profesinal dalam PAS setia bersikap pro dan depensif sahaja.

Sebenarkan trend untuk mengulamakan PAS sejak 1980an telahpun bermula. Malah sbeleum PRU13 pun. Rata-rata kepimpianan PAS seleruh negara peringkat kawasan, negeri dan Pusat sendiri rata-ratanya 80 peratus dikuasai ulama termasuklah diperingkat sayap PAS pemuda dan muslimat.

Justeru, kenapakah perkara ini dibangkitkan dan disemarakkan. Penulis teringat dengan kata-kata Mohd Sabu. Slogan PAS Ganti Umno akan memakan diri ke atas PAS sendiri. Dan nampak kini kebimbangan itu mula terserlah dan diserlahkan.

Kami golongan bawahan sentiasa mendokong kepimpinan yang ada. Kami mahukan gandingan mantap ulama dan bukan ulama (pro). Tolong jangan membawa resapan resapan lain dalam parti kita.

Anak-anak muda sedang memerhatikan kita, kita adalah cerminan masyarakat. Jangan lupa disamping kita berpolitik, prinsip dan pegangaan kita jangan dilarikan , nawaaitu kita hendaklah dakwah dan politik sekaligus menjadi penyelamat ummah dunia akhirat.

Tolong jangan khinati sahabat kita, biarlah orang khianati kita dulu. Ianya akan lebih dikenangi berbanding dengan kita tahu , kita mendahului untuk khianati sahabat kita.


Gandingan ulama, profesional sejak zaman khilafah

Aslani M,05 Okt 2013
MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu  pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.

“Islam sejak awal lagi satukan ulama  dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.

“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.

“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional.  Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.

Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.

Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.

Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad.

Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan  Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.

Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang  muktamar November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS.


Wednesday, October 02, 2013

Audit: Apa peranan AGEN PERUBAHAN

Dedah  dan Dedah.. laporan demi laporan setahun ke setahun. Adakah kita mahukan ianya berlalu begitu sahaja ?  Ibarat burung kedidi duduk saksi dan lihat atas batang balak yang menghulu ke hilir sungai sahaja. Dengan aliran air evolusi di pemukannya tetapi revolusi didasarnya?

Tidak nampak langsung perubahan belanja kerajaan melalui Kementerian diperbetulkan. Di mana silap dan salahnya, kepada siapa silap salah itu harus dipertanggungjawapkan. Adakah kerja-kerjaan cuma rutin kumpulan kakitangan audit sekadar mahu dilapor dan dipaparkan sahaja. SIAPAKAH KUASA TERBESAR BAGI MEMPERBETULKAN KEADAAN INI.

Jawapannya ada ditangan anda semua. Kita (rakyat) adalah AGEN PERUBAHAN. Jangan minta pemimpin di atas berubah, kerana mereka tidak sedar, kerana dengan kuasa yang ada merea selesa dan sedap sahaja.

Orang kampung jangan dipersalahkan 100 peratus, kita kena persalahkan diri kita. Kerana AGEN perubahan ini (kita) lambat dan lembab bertindak. Tiada strategi, tiada pelan perancangan

Ini kerana agen masing=masing tengah memperkemaskan diri atau kedudukan masing-masing dalam jentera. Koreksi diri masning-masing wahai agen

Pendedahan Ketua Audit

   6
Pendedahan Ketua Audit
Laporan menemui kelemahan di 15 kementerian, Jabatan Persekutuan dan pengurusan 4 syarikat kerajaan

Kuala Lumpur: Laporan Ketua Audit Negara 2012 menemui pelbagai kelemahan dalam pelbagai bidang membabitkan 15 kementerian, Jabatan Persekutuan dan pengurusan empat syarikat kerajaan. 
Antara kelemahan yang dikesan ialah pembayaran tidak teratur, kerja, bekalan tidak mengikut spesifikasi, tidak berkualiti dan tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset kerajaan.


Khairy: Ya, kementerian bayar K-Pop RM1.6 juta
5:53PM Okt 2 2013 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

NONE"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang.

'Saya mesti jawab & bertindak'
Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporanBernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop - U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet - dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

NONEMenurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.

"Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

"Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibilitybermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya.

Menteri belia dan sukan sewaktu sambutan itu berlangsung adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.