Monday, September 30, 2013

Masjid Runtuh Oh Masjid Runtuh - Ganukite

Bumbung masjid runtuh lagi. Di mana kah salahnya ? Apa silapnya ? Lazimnya rumusan mudah , ini adalah takdir ALlah.Selepas itu barulah diletakkan kesalahan kepada kontraktor yang membuatnya. Bahan tidak mencukupi dan tidak ikut 'spek' .

Hari ini penulis bertemu dengan seorang orang alim lah juga tarafnya, bila berbicara bab masjid runtuhnya, menyebabkan belaiu mengeluarkan nada yang tinggi. Katanya, ini adalah balasan kepada orang tertentu di Terengganu, jika tidak bertaubat dan mohon maaf selagi itulah perkara ini tidak akan selesai. Mana-mana orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Masjid Bujal tempoh hari minta bertaubat dan mesti dihukum dengan berat orang yang berkenaan.

Selagi perkara ini tidak dibuat,, mka perkara ini tidak akan selesai




Nasib baik tiada jemaah dalam masjid

ORANG ramai melihat runtuhan siling dan bumbung masjid Kampung Tebauk di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kejadian runtuhan bumbung masjid terus berlaku di negeri ini dan terbaharu, bumbung ruang solat kedua masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini pula roboh awal pagi semalam.
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bahagian bumbung masjid bernilai kira-kira RM6 juta yang digunakan sejak dua tahun lalu roboh dan tidak boleh digunakan.
Kejadian runtuhan di masjid berkenaan merupakan yang ketiga berlaku di Terengganu sejak 3 Oktober 2009. Masjid berkenaan terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bumbungnya turut runtuh pada 2 Jun 2009.
Bilal masjid tersebut, Man Mat, 61, memberitahu, dia merupakan orang pertama pergi ke masjid itu pagi semalam iaitu kira-kira pukul 5 pagi dan terkejut mendapati sebahagian bumbung masjid berkenaan runtuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2gNIUlN3E 
Hakcipta terpelihara

No comments: