Daripada wang habis entah ke mana-mana. Lebih baiklah FAM gajikan pengurus daripada luar yang bakal dan mampu menyuntik wajah dan mutu bolasepak kita peringkat antarabangsa.
Polimek mahal murah bukannya masanya. Sebab kita adalah negara kaya yang mensasarkan menjelang 2020 pendapatan rakyat negara adalah berpendapatan tinggi belaka. Malulah kita jika berkira sangat , macam mana dengan negara Afrika termasuk Burkino Faso mampu membayar gaji kepada pengurus bolasepak kelahiran Perancis ini.
Mentaliti KJ sama juga macam mantan PM Dr M dan menteri kanannya Samy Tol. Jika kita mahu yang terbaik, kita mestilah kena BAYAR. Mana ada dalam dunia ini percuma.
Justeru, kalau mahukan mutu blasepak dan pasukan bolasepak kebangsaan kita mantap, maka janganlah sayang dan berkira sangat dengan duit.
Bayar saja FAM!
Khairy syor badan induk melabur banyak jika mahu jurulatih berkualiti
Kuala Lumpur: "Jika mahukan yang terbaik, anda harus membayar untuk dapat yang terbaik, walau berapa pun jumlahnya," demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam.
Beliau mengulas demikian mengenai spekulasi tuntutan gaji yang diminta jurulatih Perancis, Philippe Troussier sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahukan khidmatnya membimbing skuad kebangsaan menggantikan Datuk K Rajagobal, hujung tahun ini.
Troussier yang pernah membimbing Jepun dari 1998 hingga 2002 selain menjadi jurulatih Nigeria (1997), Burkina Faso (1997-1998), Afrika Selatan (1998), Qatar (2003-2004) dan Maghribi (2005) dikatakan menuntut gaji RM146,000 sebulan atau RM5 juta setahun.
FAM ada wang
Bercakap lanjut selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan bertanding dalam Kejohanan Sukan Perpaduan Islam di Palembang, Khairy bagaimanapun yakin FAM tiada masalah memenuhi tuntutan gaji itu kerana badan induk itu mempunyai dana yang besar.
“Amat penting untuk skuad kebangsaan dibimbing jurulatih terbaik kalau sekiranya kontrak Rajagobal tidak dilanjutkan tidak kira ia datang dari Malaysia atau pun dari luar negara.
“Lagi pun, saya rasa tidak perlu disensasikan gaji jurulatih atau pengurus pasukan sekiranya dia datang dengan latar belakang dan resume yang cukup baik.
Saya melihat kita kadang kala jika membesarkan isu gaji, akhirnya kita tidak dapat yang terbaik disebabkan ada orang cemburu atau ada orang yang dengki.
“Kalau sekiranya dia memang baik, kita beri dia petunjuk prestasi utama (KPI), jika dia tidak mencapai KPI, kita tamatkan kontrak dia.”
Khairy bagaimanapun berharap FAM membuat pilihan tepat dalam menentukan jurulatih yang membimbing Harimau Malaya.
“Bila kita bercakap mengenai jurulatih seperti Troussier, jurulatih bertaraf dunia, inilah harga pasaran yang ada. Jika kamu mahu yang terbaik, itulah harga yang diperlukan.
“Apa pun, saya harap FAM dapat buat pilihan yang tepat kerana mereka persatuan yang mempunyai sumber kewangan yang besar dan saya harap ia bukan jadi kekangan buat mereka.”
Selain Troussier, beberapa jurulatih ternama dikatakan turut berminat untuk mengendalikan skuad kebangsaan namun FAM belum mengadakan perbincangan rasmi dengan mereka.

No comments:
Post a Comment