Seronok tengok rakyat Malaysia ambil bahagian segenap peringkat umur dan latarbelakang, cakna dan perihatin dengan soal bolasepak. Banyak cadangan , banyak juga pandangan mahupun kritikan pedas dan tidak pedas dilontarkan. Dan yang paling berani adalah minta Presiden FAM undur diri, jurulatih negara dipecat.
Kritikan ini amat berbaloilah bagi kita, kerana pelaburan negara dalam sukan ini bukannya sedikit. Jika MB Kedah Bn Dato Mukriz Mahathir menyatakan 'pelaburan dalam pendidikan tidak menguntungkan'. Maka samalah bagi rakyat teramai perbelanjaan negara terhadap sukan bolasepak tidak berbaloi. Semua setuju, cuma tak adalah yang buat perbandingan dengan belanja urus bolasepak maka bandingannya berapa buah rumah PPRT dapat dibuat seluruh negeri tertentu.
Bagi kita, sukan adalah perlu dan janganlah melampau dan terlampau. Belanjanya hendaklah patut padan. Utamakan hak-hak yang perlu diutamakan. Jika sekadar kejar imej, gah dan sebagainya pada pandangan orang baik hentikan. Pujian sahaja tidak dapat memajukan negara.
Jika kita bertanya negara di dunia mana yang terbina dan maju atas pujian dan sanjungan. Jepun atau Korea, mereka maju kerana sikap, komitmen dan komited dengan tugasan dan kerja Amanahnya mereka, integriti mereka, sentiasa amalkan minda kelas pertama cara fikir. Maka atas ciri-ciri inilah mereka menjadi bangsa yang maju dan disegani
Nanti banyaklah alasan dan hujah yang kita berikan, tapi tahap kita tetap tdak ke mana ?
'Misi Jepun tak berbaloi'
Kuala Lumpur: "Kalau dengan kelab divisyen dua Jepun pun kalah 5-0, macam mana keputusannya apabila skuad Harimau Malaya bertemu Barcelona, 10 hari lagi.”
Itu sindiran pedas bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Hassan selepas skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal menamatkan siri latihan dan aksi persahabatan di Tokyo, Jepun dengan kekalahan memalukan 5-0 kepada pasukan tangga ke-11 liga divisyen dua negara itu, Tokyo Verdy, semalam.
No comments:
Post a Comment