Penyokong tegar dan pengkagum Bn macam biasalah. Datangnya secara bermusim dan menyokongnya pun secara bermusim. Pendeka kata, kata orang sekarang dalam dunia politik 'ada kepentingan belaka' cakapnya, kerja buatnya dan macam-macam lagi waktu ini/
Jadi kita jangan pelik sangat kelaur macam macam prof itu dan ini, tokoh itu dan ini, ahli itu dan ini.Kerana ini adalah waktu berpolitik. Tapi masih ada lagi orang yang boleh percaya. Itulah yang menghairankan kita.
Kempen media macam biasalah, tetapi tidaklah sehebat musim-musim bukan bulan ramadhan. Ada adablah kata kan. Nampak jaga sungguh Bn dengan adab-adab ni
Penganalisis: Senario 16-16 rugikan rakyat
KUALA TERENGGANU - Keputusan seimbang 16-16 antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut akan merugikan rakyat kerana tumpuan kerajaan akan lebih menjurus kepada percaturan politik yang tidak berkesudahan, kata Profesor Datuk Dr Aziz Deraman.
Profesor Kanan Jabatan Sains Komputer, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata kedudukan kerusi seimbang akan menyebabkan segala isu yang dibawa kerajaan ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), ditentang habis-habisan oleh pembangkang.
Pembangkang di Malaysia ini, walaupun banyak perkara baik yang kerajaan buat untuk rakyat, dia tetap membangkang kerana ingin mencari populariti.
"Contohnya, masalah air di Selangor, tetapi selepas dua, tiga tahun Menteri Besar Selangor dikatakan mengaku bahawa air itu penting. "Seperti juga di Terengganu, kalau ramai pembangkang, menyebabkan keadaan jadi tidak tenang kerana apabila kerajaan nak melaksanakan kerja pembangunan dia akan bangkit menentang," ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
"Kita bukan tidak mahu langsung pembangkang, tetapi dalam kes Kuala Besut kalau pembangkang menang dan kedudukan menjadi 16-16, mereka (pembangkang) tidak akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan," katanya. Justeru, beliau mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen '16-16 Terengganu Baru' yang dilaungkan pembangkang kerana situasi itu hanya akan memberi kesan buruk kepada kestabilan politik di Terengganu. "Seharusnya, semua orang dah faham perkara ini...selepas pilihan raya umum (PRU) lalu sepatutnya kerja-kerja ke arah memenuhi manifesto, janji dan sebagainya oleh kerajaan yang telah dipilih walaupun dengan majoriti yang kecil," katanya.
Aziz, yang juga Pembantu Khas Naib Canselor UMT, berkata rakyat seharusnya merebut peluang yang ada dengan mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) agar kesinambungan kerja kerajaan negeri dan pusat dapat diteruskan.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dan calon Pas Endot@Azlan Yusof, 48.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru, pada 26 Jun lepas. - Bernama
No comments:
Post a Comment