Oleh kerana mereka berkuasa ke atas apa yang diamanahkan. Maka tidaklah menjadi masalah bagi mereka untuk mengadakan bila-bila sahaja hari pengundian.
Sudah lama rakyat diugut dengan pelbagai ugutan dan yang terakhir adalah kerajaan tidak jamin proses pengundian akan berjalan dalam keadaan aman. Penegasan ini dibuat oleh menteri yang berkenaan berhubung soal keselamatan semasa hari pengundian.
Kini, SPR ugut rakyat dengan 'cubaan' menyusahkan lagi rakyat , iaitu bakal adakan proses pengundian pada hari bekerja.
Apa, pun inilah satu lagi agenda menyusahkan rakyat.. Justeru sampai bila rakyat harus diutamakan atau didahulukan ....
Sekarang sapa yang susahkan sapa ?
PRU-13: Pengundian Boleh Diadakan Pada Hari Bekerja – Pengerusi SPR
PUTRAJAYA: Hari pengundian untuk pilihan raya umum tidak akan terikat dengan trend sebelum ini dan boleh diadakan pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
“Hari pengundian boleh jatuh pada hari bekerja tetapi SPR perlu mempertimbangkan banyak faktor.
“Kami tidak mahu ia berkebetulan dengan mana-mana hari keagamaan atau kebudayaan, atau mana-mana acara utama politik. Kami juga perlu periksa dengan jabatan meteorologi mengenai ramalan cuaca.
“Cuti sekolah atau sama ada ia adalah hari bekerja bukan pertimbangan yang penting.
“Kami tidak semestinya perlu mengikut trend yang lepas,” katanya pada sidang media selepas memberi taklimat kepada diplomat asing mengenai pilihan raya umum.
No comments:
Post a Comment