Wednesday, April 17, 2013

Siapa sabotaj siapa : PKR atau UmnoBn ?

Umno Bn silap dan salah ramal bahawa yang mensabotaj PKR bukanlah ahlinya, tetapi Umno sendiri akan hadapinya.

Umno lupa dakwaanya dahulu, katanya pembangkang bukannya kuat sangat tetapi kerana 'kita' lemah maka mereka boleh menang. Umno memang mudah lupa dengan apa yang depa kata. macamlah seraangan psaikologi mereka kepada kerajaan kelantan 22 tahun lalu.

Apa kata umno ? kerajaan PAS Kelantan hanya mampu 6 bulan, selepas itu tidak mampulah bayar gaji. Jadi siapa yang sabotaj siapa. Walaupun kemenangan PAS di Kelantan adalah pilihanan atau kehendak rakyat tetapi Umno Pusat (kerajaan Pusat) menafikan hak  atau roh Federalisme di amalkan dalam negara ini. 

Walaupun demokrasi itulah yang menjadi 'iman' mereka. Laungan mereka, sebutan mereka dan [pujaan mereka. Tetapi semua palsu belaka ?


PRU-13: Pembangkang dijangka hadapi sabotaj besar-besaran

KUALA LUMPUR 17 April - Pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan menghadapi tindakan sabotaj secara besar-besaran oleh ahli-ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, hal ini berlaku kerana banyak kalangan ahli parti tidak berpuas hati dengan pemilihan calon pada pilihan raya umum kali ini, yang didakwa ditentukan sepenuhnya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, sumber-sumber rapat beliau memberitahu bahawa Anwar langsung tidak berbincang mengenai pemilihan calon di peringkat bahagian sebelum menetapkan nama-nama calon yang bertanding.
Sebaliknya, Anwar didakwa memilih calon yang digemarinya sendiri atau mereka yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu.
"Banyak ahli tidak berpuas hati terhadap perkara itu dan mereka merancang untuk sabotaj pakatan pembangkang pada PRU-13," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Lum Yong, beliau menjangkakan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Perak dan Pahang yang membabitkan Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang dan Bebas.
Katanya, sehingga semalam pembangkang masih belum dapat memuktamadkan calon-calon mereka iaitu di Pahang dan Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE


No comments: