Friday, March 01, 2013

Bangkang Dari Longkang Menjadi asas BUDAYA KERJA CEMERLANG

Depa buat video, Bangkang Tepi Longkang. Video ini amat laku, semua blogger pro PR membelasah dan mengecam dua orang pelawak yang buat lawak sedemikian. Macam-macam depa kata, terakhir sampai Salih Yaakob mahu bersara lah... betul ka ?

Dengan video berkenaan kemarahan kumpulan pro PR semakin memuncak, golongan atas pagar ada yang turut bersimpati. Penyokong tegar Umno turut segar. 

Jelas dengan ada video berkenaan, kita dapat mengenalpasti dengan sejelas-jelasnya siapa Salih dan siapa Nabil. Maka watak-watak pengampu, pengipas, pembodek dalam semua segmen dan wakil masyarakat ada. Biarpun, negara berada dalam keadaan tenat dan kritikal dengan krisis gejala kebobrokan salah urus salah tadbir dan penyelewengaan amanah rakyat peringkat tertinggi.

Kumpulan macam ini ada sepanjang hayat. Inilah namanya perjuangan, bagaimana mahu menyedarkan mereka.

Bangkang dari Longkang menjadi MODAL besar dalam kursus BTN atau digunakan oleh penceramah atau pencacai BTN dalam majlis-majlis ilmu bawah BUDAYA KERJA CEMERLANG













Pas: Langkah Isma hanya untuk pecah undi Melayu
NUR FARHANA ABDUL MANAN
28 Februari 2013
Pas: Langkah Isma hanya untuk pecah undi Melayu

Rosharizan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang OKU.
PUCHONG - Langkah pertubuhan bukan kerajaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu bertanding di 20 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) atas tiket Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilihat hanya untuk memecah undi orang Melayu.
Ketua Pemuda Pas Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Rozlan berkata, sekiranya benar pertubuhan itu berniat membawa kesejahteraan ummah, mereka sepatutnya bersama-sama Pakatan Rakyat (PR), yang di dalamnya ada Pas.
Menurutnya, beliau melihat cadangan bertanding itu sebagai helah yang sengaja untuk memecah undi pengundi Melayu Islam yang bakal memilih PR di peringkat Parlimen pada PRU13.
Jelasnya, tindakan itu tidak akan berhasil lebih-lebih lagi dengan kebangkitan rakyat yang melihat PR sebagai alternatif menggantikan kerajaan pada hari ini.
Seperti yang disiarkan media arus perdana, wakil NGO itu, katanya, memaklumkan akan meletakkan calon berkaliber dalam kalangan orang Islam di beberapa kerusi Parlimen dan Dun dan antaranya  di Puchong.
Kata Rosharizan, pihak itu memberi alasan untuk memperjuangkan ummah dan orang Melayu sedangkan niatnya lebih cenderung ke arah lain.
“Saya lihat kawasan dicadang mereka untuk bertanding adalah yang mempunyai polariti kaum 50/50 antara kaum Melayu dan kaum lain.
“Saya tidak katakan mereka cenderung kepada mana-mana parti tetapi jika bertanding ia akan lebih memanfaatkan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui pada program meraikan ibu tunggal di sini.

No comments: