Monday, October 15, 2012

Kerajaan DAP Pulau Pinang jahat ?

Berita syiling hempap pekerja di LTPP. Mestilah hari esok semuanya 'angkara dan tidak cekap kerajaan PR khas DAP di Pulau Pinang. 

Mestilah, berita malam ini akan 'spin' habis habisan memberi gambaran buruk bahawa ini kerja-kerja jahat kerajaan PP bawah DAP.

Nantikan laporannya

Wanita cedera ditimpa siling runtuh di LTAPP

GEORGETOWN 15 Okt. - Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera hari ini.
Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Arif Jaafar berkata, ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.
"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh.
Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat. - BERNAMA


1 comment:

IbnAbdHalim said...

LTAPP dibawah Kerajaan Persekutuan, jadi kita tak hairan kalau ia runtuh. Soalan-soalan yang harus dijawab. Siapa kontraktor yang membinanya? Berapa kosnya yang sebenar? Berapa kos yang dibayar?