Ada 5 fakta yang menakutkan, SPR sebagai agensi pelaksana kerajaan kena selesaikan permasalahan ini. Jangan rakyat hilang kerajaan terhadapnya.
Perkara itu jelasnya;
1. Terdapat 64,100 pengundi pos yang namanya dimasukan dalam daftar undi pos dalam tempoh satu hari di mana proses ini tidak menerusi proses semakan dan bantahan.
2. Sebanyak 77,246 nama pemilih yang tidak terdapat dalam PRU 12 tetapi tiba-tiba muncul dalam daftar pemilih baru untuk PRU 13. Nama-nama ini sudah lebih lima tahun memohon sebelum ini tetapi baru dimasukkan, keadaan ini memelikkan.
3. Sebanyak 304,136 pemilih yang tarikh permohonan mereka diragui atau tidak ada langsung tetapi terdapat dalam daftar pemilih yang disahkan untuk dipakai dalam pilihan raya akan datang.
4.Sebanyak 252,000 nama pengundi polis dan tentera yang tidak disertakan dengan lokaliti. Lokaliti pula sekarang ini dikurangkan menjadikan pengundi disesuatu lokaliti itu besar menyebabkan sukar untuk membuat semakan dan pemantauan.
5. Terdapat 4.3 juga pengundi yang tidak beralamat atau tiada nombor rumah. 1.99 juta boleh diperbaiki segera tetapi tidak dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment