Saturday, September 29, 2012

Masa depan PR dibumi Tok Gajah Selepas Bajet "Santa Clus'

Misi dan keasyikan Umno kini adalah ingin semata-mata mempertahankan Putrajaya dan mahu merampas semula Selangor daripada PR. Negeri-negeri lain terabai dan diabaikan  terus daripada sisi pandang, dengan meletakkan kebijaksanaan semua urusan selain itu ditangan MB dan KM masing-masing dalam mengatur susun strategi bagi mempertahankan atau menyekat kemaraan PR negeri masing-masing.Pendekata perahu sendiri mak kayuhlah sendiri. Bekalan telahpun diberikan terutama oleh SPR yang menjadi sinegri kekuatan UBN.

Bagi, penulis masa depan serta medan perjuangan rakyat dibumi Pahang iaitu bumi Tok Gajah sendiri dan masa depan UBN sendiri nampak selesa, adalah gerhana bagi PR, tiada isu-isu besar yang dapat dibawa bagi mengoncangkan kedudukan UBN Pahang. Walaupun Lynas, sianda Bkt Koman Raub, masalah tanah, Felda, masalah air domestik di tanah-tanah rancangan, pembangunan lereng serius di C Highlands, gagal membakar  hati para pengundi bagi mewarni persada politik negeri Tok Gajah ini.

Namun, cita-cita PR sendiri adalah amat tinggi untuk menawan Wisma Sri Pahang. Cita itu tiada salahnya dan sememangnya wajar dan sepatutnya begitu. DAP sahaja berikrar atau menjanjikan bahawa 7 Dun yang ditandingi bakal mengulingkan UBN. Sementara bagi PKR pula turut menjanjikan beberapa kerusi kejutan. Dan PAS sendiri berjanji untuk  melengkapkan kemenangan pusingan dengan bergaya kali ini bagi menawan Wisma Sri Pahang.

Dalam semua orang bergelut kita bimbangi dengan anugerah Bajet Santa Clus yang menyasarkan membeli undi melayu. Adalah menjadi kegusaran bagi kita, semua rakan PR akan dapat memberi saham dalam menjatuhkan UBN Pahang tetapi PAS sendiri gagal mengagahi bagi menyertai sama 'quartet rali' berkenaan sekadar berada di pinggiran sahaja, bukan pemian utama atau yang mendominasinya. Justeru, slogan PAS ganti UMNO gagal direalisasikan. Ini adalah kebimbangan kita. Harap tidak terjadi begitu.

Rancangan, program tindakan serta diskusi sudah diatur sejak 2008 lagi. Dengan menyasarkan kerusi-kerusi potensi untuk dimasukkan dalam list sasaran kerja mereka. Umno amat peka dan berjaya menghidu setiap geraksusun PAS.

Gugatan Umno sendiri adalah datang daripada PKR kerana parti ini sudah masak serta lali dengan sepak terajang dalaman Umno. Dan mereka sendiri adalah bekas sebahagian aktivis Umno dulu.




No comments: