Friday, March 16, 2012

SPR khianati rakyat tunggu 'pembalasan' dari rakyat, tunggu rakyat kasi pelajaran

Antara agensi yang bertungkus lumus dan nampak bersungguh-sungguh mempertahankan Umno Bn adalah SPR. Banyak pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pembangkang 'salah laku' SPR. 


Khianat terhadap amanah adalah satu daripada perlakuan yang cukup keterlauan dan sudah sampai ke peringkat sudah hilang kepercayaan. Rakyat harus diyakinkan dengan hal ini.

Kini rakyat semakin ramai yang cerdik. Dengan sokongan perkembangan teknologi medium terkini. Berita dan penyebaran salah laku SPR bagi menjadi 'pengadil yang baik' dalam perlawanan kerajaan dan pembangkang seperti yang diamanahkan melalui piagam pelanggan mereka gagal dipatuhi dan berjaya dilondehkan.

Pendedahan terbaru tindakan Ketua Pemuda Umno Bahagian yang ingin 'memerangkap' MB Selangor dalam isu perpindahan pengundi memakan diri. Ini menunjukkan ketua pemuda umno ini dangkal tidak pro langsung dlm kerja-kerja teknikal begini.


Dengan pendedahan 'tidak sengaja' itu pihak PR perlu ucapkan tahniah dan syabas kerana mungkin ramai pimpinan PR akan mengalami nasib sama seperti MB Selangor

Dengan peraturan yang ada dan pengakuan MB Selangor sendiri menyerlahkan lagi 'kerja-kerja jahat SPR' bersama dengan 'dalang strategi umnoApco.

Kerja-kerja ini adalah kerja derih jusoh dan pasukan sahaja. Ketua pemuda Umno selama hari ini depa mana tahu selok belok dengan kerja-kerja teknikal ini. ini kerja SPR dan pasukan upahannya sahaja yang tahu.

Pendedahan ini membuktikan Umno ibarat anai-anai yang semakin membarah dan parah. hanya menunggu masa sahaja mahu rebah dan direbahkan.



No comments: