Friday, March 23, 2012

Pm 1Malaysia 'kencing' rakyat Pahang kot

Jawapan PM adalah sama mudah dengan jawapan SPR berikan kepada rakyat.PM 1Malaysia Najib Razak secara santai hanya mampu membuat 'kejutan-demi- kejutan' dengan hanya walk about, turun ke medan bola bersama anak-anak muda, bertemu rakyat

Dan hari ini ke stesen radio pula. iaitu beliau menemui rakyat Pahang dengan dasar tidak berkompromi dengan apa sahaja hal keselamatan dan jaminan masa depan selamat oleh Pm.

Ya ke begitu. .SPR semua orang sedia maklumkan kendalikan pilihanraya di Msia secara adil telus dan terbuka. ikut piagam pelanggan dialah. Amalannya tidak begitu.

Begitu juga Najib 1Malaysia. dah dia tahu gas nadir bumi ini bahaya. Dia izinkan , taklah projek sebersar ini nak kata terlepas pandang atau kes-kes terpencil kot . mesyuaratMB-Mb dan KM pada setiap bulan apa kerja selaras depa, entahlah

Maka sokmo-sokmonya rakyat dikencingkan, macam juga menghina mahkamah oleh imam Roslan dengan mahkamah yang hina tulah di Malaysia..



Tutup Lynas jika mudarat –Najib


NAJIB menjawab soalan daripada DJ stesen radio 988 FM pada program 988 Street VIP di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ia memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
“Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.
“Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi,” katanya pada temu bual dengan stesen radio 988 FM di sini semalam.
Beliau ditemu bual oleh DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui pada program 988 Street VIP selama satu jam.
Najib berkata, dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas itu digunakan untuk tujuan politik.


No comments: