Saturday, March 17, 2012

Najib jual 'tai minyak' di Beruas Perak

PM kata jangan pakai cerita pembangkang, Bn sahaja yang mampu bawa kesejahteraan rakyat. Najib lupa kesejahteraan bukannya Bn yang buat tetapi tuan punya bumi dan alam semesta ini.

Najib kata jangan pakai cerita pembangkang. Bukan suruh rakyat pakai tapi suruh rakyat tahu duduk perkara sebenar. 

Negara ini ada kumpulan yang perlu lakukan timbag tara. Tak kan lupa kot dengan lambang depa sendiri. pasai apa dia pakai DACING.

Macam lah kita menimbang barang jangan sebelah kanan sahaja berat. Tentu dacing senget kan ? 

Jadi rakyat kena dengar dua belah pihak. Dalam tak mampu tu 5 negeri dah jatuh. Kelantan masuk 20 tahun tu....


Mengapa Najib pilih Beruas (bandar mati) sebegai destinasi. Kawasan ini baru sahaja didatangai oleh pimpinan tertinggi PR termasuk DSAI. Tu dia pi nak basuh orang Beruas.


Kedua, Beruas adalah dimenangi oleh DAP yang calonnya berjaya alahkan mantan Presiden Gerakan Lim Khim Yik.


Ketiga projek Lebuh raya pantai yang melalui kawasan Beruas , banyak kawasan tanah-tanah orang kampung Melayu bakal diambil. habis lah tanah-tahan melayu (kalu nak cerita pasal melayu)


Inilah kerja pembangkang, adakah tak boleh pakai cerita tu....






Najib: 'Tidak boleh pakai cerita pembangkang'

17 Mac 2012BERUAS - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.   

Perdana Menteri berkata BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.   

"Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang.

Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri," katanya ketika berucap pada program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di sini, hari ini.   

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata kerajaan juga telah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.   

"Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, 
menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat," katanya. - Bernama 

No comments: