Saturday, March 31, 2012

Islam kekal masih belum merdeka di negara kita

Alangkah malangnya, betapa malunya kita, selepas 54 tahun merdeka Islam dimaktubkan tertera dilembagakan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara. Agama yang dilindungi, banyak institusi sokongan, dokongan dana oleh kerajaan dan bermacam-macam lagi disediakan sejak dahulu dan kini, tetapi agama ini masih terancam di mana dan apakah silapnya ?

Umat masih lagi bertelagah soal kemurtadan umat islam dengan terus menerus menyatakan salahnya serangan agama lain atau kristianisasi khas cukup kuat. Wal hal lah agama ini ada bukan agama yang dilindungi oleh perlembagaan negara. Tiada dana yang membiayainya, malah tiada instutusi khas yang kerajaan tubuhkan bawah perlembagaan bagi dia dikembangkan, tetapi masih menjadi ancaman.

Kenapa dan mengapa umah Islam lemah, mengapa mereka gagal membendung umat islam dari dipengaruhi oleh agama selian Islam, tentulah adaa silapnya dan salahnya. kenapa umat Islam sendiri meelihat agama yang dianuti tidak istimewa daripada agama kristian.

Cari gali akar kesalahan sudah dijumpai, semua institusi atas nama Islam lemah selemah bermula dengan pembangunan sumber manusia sampai ke tahap pengurusan apa sahaja atas nama Islam.

Justeru islam tidak nampak kuat, inilah cabara getir kepada ummah


Ancaman Kristianisasi’ bukan propaganda

KUALA LUMPUR 30 Mac – ‘Ancaman Kristianisasi’ yang merupakan antara tajuk asal seminar anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor bukan satu propaganda sebaliknya ia peringatan Allah dalam al-Quran kepada umat Islam.


Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ancaman itu satu perkara nyata dan tidak perlu diselindung seperti yang didesak oleh pihak yang mahu melihat masyarakat mengambil sikap lepas tangan.


‘‘Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur seminar dengan menggugurkan ‘Ancaman Kristianisasi’ daripada tajuk asal hanya kerana desakan pihak yang tidak bertanggungjawab.


‘‘Walhal, Allah dalam firmannya menyebut, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan penganjur seminar mengenai ancaman murtad yang dijadual berlangsung di Johor Bahru, esok yang mengubah temanya kepada Liberalisme, Pluralisme dan Gejala Murtad: Apa Peranan Guru Di Dalam Mempertahankan Akidah kerana mendapat tentangan beberapa pihak berhubung penggunaan ‘Ancaman Kristianisasi’ pada tema asal.

No comments: