Kini pencuri juga dimaklumtkan dan cukup maklumat. Para pencuri pro dan semi pro kini menfokuskan sasaran operasi mereka ke sasaran yang tepat dan cepat.
Oleh kerana rata-rata pimpinan naungan bawah Umno dikira amat kaya dan raya. Para pencuri kini menyasarkan rumah-rumah seumpama gedung untuk disasarkan sebagai kwasan tumpuan aktiviti pencurian mereka.
Apa pun kita amat bersimpati dengan keselamatan para keluarga wakil-wakil dan saudara mara mereka. Pihak berkuasa PDRM kita minta memberi fokus sama menjaga rumah-rumah YB daripada mengganggu kawasan ceramah PR buat masa ini.
Atau adakah aktiviti pencurian ini sebagai hukuman karma Allah turunkan bala kepada kumpulan yang mengondolkan dan menfaraidkan harta-harta rakyat.
atau adakah para pencuri ini adalah sebahagian Robin Hood moden yang amat di takuti oleh nazri aziz (antara sebab depa tak mahu isytihar harta)
Keluarga wakil rakyat trauma
|
TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.
Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.
“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.
“Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment