Wednesday, March 14, 2012

Hilang Pasir Sepadang Bola nampak, lesap hilang RM250 juta buta c

Curi pasir nampak sebesar padang bola. Curi 'duit rakyat' sebanyak RM250 juta hanya dengan khaborkan saya sudah letak jawatan. Marahnya kepada seorang imam membaling selipar ke arah hakim dipenjara setahun.

Ini adalah senario hukum dan kaedah perundangan diurustadbir bawah kerajaan Pakatan Rakyat Umno bn.

Rakyat disuruh jangan mempercayainya, dan PM sendiri memohon maaf atas semua kegagalan-kegagalan penyelewengan, pinjaman PTPTN, perumahan mampu milik, peyenaraian FGHV  BSKL

Dan sedikit undur SSM Baru mans SBPA kepada kakitangan awam. Adalah warna warni politik negara Malaysia.

Terbaru seramai 242 ribu undi awal akan laksanakan tanggungjawab pada PRU 13 akan datang.

Ramalan Daim lain-lain negeri Umno Bn rampas semula kecuali Kelantan dan P Pinang sahaja.

Pengundi Melayu kabur dan tiada keyakinan langsung dengan pembangkang. Katanya pembangkang kuat berbalah sesama dia. Umno Bn pandai urus perbalahan dan tidak nampak kpada rakyat.

Bagi kita dalam Bn , tentulah Umno kuat dn dominan parti lain mana dapat nak kongsi dan beri pendapatan. Layanan Umno kepada MCA dan MIC ibarat budak suruhan. MCA dan MIC adalah pelengkap sahaja bagi Umno.

Dalam Pakatan lain, semua sama-sama kuat dan sama-sama setanding. Tiada antara satu sama lain lebih antara yang lain. Tiada yang boleh anggap aku adalah ketua, kebebasan dn kedudukan inilah yang rakyat belum jelas dan faham.









Tapak Curi Pasir Bersaiz Tiga Padang Bola Sepak Ditemui Di Selangor
RAWANG: Kecurian pasir di Selangor menjadi bertambah buruk dengan penemuan terbaru satu lagi kawasan perlombongan pasir bersaiz tiga buah padang bola sepak.
Ianya dipercayai menjadi aktiviti perlombongan pasir haram terbesar di negeri ini yang dikesan oleh pihak berkuasa setakat ini.
Pejabat Tanah Hulu Selangor menemui aktiviti ini berhampiran SKC Kampung Timah di Bukit Beruntung semasa penguatkuasa mengadakan serbuan terhadap pencuri pasir minggu lepas.
Mereka yang melakukan kesalahan melarikan diri semasa serbuan itu, meninggalkan jengkaut dan lori.
Penolong Pegawai Daerah Mohd Rohib Misnan berkata aktiviti haram ini telah berlaku dalam tempoh enam bulan lalu, sambil mengakui bagaimanapun adalah sukar untuk menangkap pencuri.
"Kami telah menempatkan pegawai-pegawai kami untuk memerhatikan situasi yang berlaku ini," katanya.
Ketika serbuan, pegawai menemui platform terapung dengan pam penyedut di tengah Sungai Selangor untuk mengasingkan pasir dari dasar sungai.
Terdapat juga bukti yang menunjukkan pasir diletakkan di tepi sungai untuk dibasuh. Dua tempat pembersihan pasir telah dikesan.
Dipercayai pencuri menggunakan tiga mesin pengorek untuk mengaut pasir yang telah dibersihkan dan memasukkannya ke dalam lori.
Sumber dari pejabat tanah berkata kenderaan berat dilihat kerap berada di kawasan ini pada waktu petang atau awal pagi untuk mengelak dari pemerhatian.

No comments: