Tuesday, January 10, 2012

Tahniah Dato Hassan Ali, teruskan perjuangan Melayu Mu ?

UMNO adalah 'orang' yang paling gembira dengan pemecatan Hassan Ali. Umno mulai dan boleh tersenyum. Hassan Ali kini memasuki 'perangkap' Umno. Walaupun kita tahu Hassan Ali adalah manusia cerdik, tetapi secerdik mana manusia pun ada masa akan terperangkap dan masuk perangkap. 

Kejayaan utama Umno adalah mengkucar-kacirkan musuhnya iaitu PAS. Bentesan Umno merebahkan Hassan Ali adalah strategik Umno. Umno dilihat Hassan Ali lebih ikhlas untuk memperjuangkan Melayu, islam, raja Melayu dan lain-lain berbentuk Melayu.

Kekaguman luarbiasa Hassan Ali, atas nama Melayu tidak mudah dikendurkan atau dikecutkan. Hassan nampak bersungguh-sungguh dan kesungguhannya bagi memperjuangkan Melayu dan keMelayuaanya.

Kita ucapkan tahniah Hassan Ali , samada terus langsung bersama Umno ataupun masuk ke dalam kumpulan NGO Melayu yang diketuai oleh dato Ibrahim Ali yang kuat juga Melayunya.

Jika tidak kita minta Dato Hassan menubuhkan parti Melayu Baru atau Ngo Melayu Baru. Kerana Hassan tidak boleh dipimpin kerana dia adalah pemimpin.






No comments: