Inilah radar pemikiran seorang menteri Umno. beliau terlalu amat membimbangi manusia Malaysia khasnya generasi muda yang kini semakin hilang minat terhadap jurusan sains.
Hakikat ini semakin benar bilamana sekolah harian biasa yang menawarkan aliran sains hanya satu kelas sahaja berbanding dengan prasarana makmal dan lain-lain kelengkapan dan peruntukan tahunan oleh pihak kerajaan adalah amat tinggi.
Maka berlaku lah lambakan bajet peruntukan, dan mengundang kerja-kerja merapu bagi pentadbir sekolah membelanjakan ke bahagian lain yang nyata kecil dan tidak mencukupi.ni
Situasi ini kita akui dan kita sedari. Situasi ini adalah tidaklah sampai ke peringkat yang mencemaskan atau melemaskan kita (sebagai kumpulan perancang).
Sepatutnya menteri kena bimbang kerana nilai-nilai murni kita semakin hilang. Generasi sekolah kita sehingga ke IPT mereka sudah tidak kenal dan bedakan apa itu malu dan kemaluan. kawin dan perkahwinan, pahala dosa, seksaan neraka dan balasan. Perbuatan baik balasan, rahmat dan seumpamanya.. kemana mereka mahu cari jika bukan di asuh mulai di sekolah...
Dari sisi yang lain kebimbangan yang parah adalah nilai-nilai kerohanian dan keagamaan serta nilai murni kalangan pelajar kini jauh mengerunkan serta mengerikan.
Sebagai bukti pendedahan Azli Paat seorang tokoh IT negera yang mendedahkan dalam laman you tube sahaja sudah terdapat lebih 20,000 klip video lucah, separuh lucah, aksi galak kalangan remaja melayu yang bersekolah dan masih muda belia.
Keparahan sosial akhlak dan nilai yang rosak dan teracun ini bakal mengerhanakan masa depan keharmonian sosial serta kesejahteraan hidup manusia dan masyarakat negara ini pada masa depan.
Kesannya bakal dilihati hasil antara 10 ke 20 tahun mendatang. Generasi yang hari ini dan semalam serta esoknya adalah sentiasa dalam keburukan. Ini lah yang kita sugulkan dan musykilkan
Kemerosotan Minat Pelajar Terhadap Jurusan Sains Membimbangkan:Khaled Nordin
PUTRAJAYA: Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi," katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Khamis.
Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.
"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti," katanya.
Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya yang sukar dan membosankan.
"Pelajar seharusnya membayangkan kerjaya yang menarik dan menguntungkan selepas tamat pengajian dan bergelar ahli sains," katanya.
Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar.
"Pelajar cemerlang perlu diterapkan rasa keghairahan untuk mempelajari sains dan dapat merasakan kursus sains adalah suatu yang menyeronokkan serta penuh cabaran minda dan penerokaan baru. Lebih penting ialah kerjaya sains menjanjikan pengiktirafan dan pulangan yang lumayan," katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohamed Khaled berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi akan menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc yang bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPTA.
Beliau juga mahukan IPTA membangunkan institusi penyelidikan sama ada dalam bentuk institut, pusat atau makmal dengan memperkenalkan jawatan baru bergelar Akademik Penyelidik sebagai keperluan asas untuk mengekalkan bakat.
Universiti juga perlu memberi perhatian kepada perancangan dan kemajuan yang berlaku di persekitaran khususnya pembangunan wilayah agar hasrat universiti menjadi pemacu pembangunan tempatan akan tercapai selain sebagai satu cara menambah sumber pendapatan, kata Mohamed Khaled.
Beliau juga mencadangkan agar semua IPTA mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi memastikan usaha pembudayaan dan kecemerlangan penyelidikan serta kesinambungan semua program yang direncanakan, dilaksanakan dengan sempurna.
Sementara itu, Mohamed Khaled juga berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan dikuatkuasakan nanti, bukan tiket kebebasan mutlak bagi pelajar IPT sehingga mengganggu keselamatan awam.
"Saya tidak pernah menghalang mahasiswa bersikap kritikal tetapi biarlah sikap itu disalurkan melalui pendekatan yang berhemah lagi beradab. Mahasiswa juga merupakan rakyat dan warganegara yang mempunyai tanggungjawab kepada negara sama seperti pihak lain dalam masyarakat," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment