Monday, January 30, 2012

Melayu yang bagaimana rasa terhina dan dihina -- jawapan untuk Umno Bera

Kelmarin  PAS Kawasan Bera telah mengadakan Program Sambutan 60 Tahun , peringkat Bera. Program 2 hari 2 malam pihak PAS Kawasan berkenaan menampilkan pengisian ceramah dengan tujuan memaklumatkan masyarakat tentang apa itu perjuangan PAS dan PR . Mesej ini disampaikan dalam cara gaya masing-masing.

Kehadiran Tuan Guru Presiden ke Bera, membawakan presiden PAS dengan masyarakat Cina di Triang. Di kesempatan yang sama ramai juak-juak Umno yang hadir sama mencuri-curi pandangan dan kedengaran ke telinga mereka.

Sosek-sosek risik Umno sampai ke telinga penulis bahawa daripada orang Umno yang 'turut hadir' rasa kesal dan terkilan. Katanya kerana mahu meraih undi Cina tuan Guru sanggup 'menghina orang Melayu'

Apa bentuk penghinaan atau kata-kata hinaan oleh Tuan Guru kepada orang Melayu tidaklah pula sanggup dikhabarkan. tetapi orang yang menyampaikan kepada penulis dengan nada yang teramat kesal sangat.

Apa pun penghinaan tuan guru kepada bangsa sendiri. Adakah salah jika Melayu yang dihina itu adalah Melayu pelesap duit rakyat RM250 juta. Melayu yang menggadaikan tanah, Melayu yang menjual maruah, Melayu yang menipu dan penipu. Adakah hina sangat ?

Jika Melayu semacam ini, yang dipertahankan atau dihina adalah Melayu yang wajar dihina. 

Sunday, January 29, 2012

Adab dan akhlak dalam perjuangan dituntut dan diamalkan

Apabila bercakap soal adab, ia ada dimana-mana dalam segmen kehidupan manusia. Malah adab ini diajar di sekolah-sekolah sehingga kini sebagai subjek wajib ambil tetapi tidak wajib lulus. 


Adab juga dikenali dengan nama-nama lain yang pelbagai sebutan dalam setiap tamadun dunia. Inti dan pokoknya adalah adab atau akhlak.

Adab atau akhlak bagi orang Islam, sesuatu yang sangat penting. Bagi bangsa Melayu dikenali juga sebagai tatasusila, tertiban . Ia jadi ukuran cerminan bagus tidak bangsa atau individu. Malah karya-karya sastera Melayu, tulisan zaman nenek moyang mengangkat adab akhlak sebagai sesuatu elemen yang amat penting dalam pengkaryaan mereka. Hampir semua karya paparkan akhlak pemimpin baik maka rakyat turut dilimpahi kebaikan itu  serta diagungkan mahupun dibanggai rakyat.




Begitulah pentingnya adab dan  akhlak dalam aktiviti harian rakyat . Ia hampir hadir dalam semua kehidupan dan pergerakan manusiawi ini.


Pendekata adab ini adalah sebagai batasan tindakan manusia dalam seluruh segmen hidup dan kehidupannya. Tindakan itu sesuatu perkara dalam hidup adalah cerminan akhlak seseorang individu.


Jelasnya akhlak ini diperhatikan dan dinilai manusia. Ia sebagai kayu ukur penilaian manusia terhadap aktiviti bagi mereka.


Samalah juga bilamana kita berbicara soal politik dan kegiatan politik dalam negara kita ini. Adab atau akhlak itu sering diperhatikan dan dituntut sama, walaupun tidak disyaratkan secara bertulis.

Dalam hal ini, rakyat sepatut kena berlaku adil kerana adab atau akhlak berpolitik terpakai kepada semua parti politik. Yang peliknya ia tidak begitu, kepada parti yang berteraskan nama bukan islam adab tidak diambilkira. Seolah mereka rakyat izin dan lepaskan tidak diambilkira sebagai tiada dalam radar perkiraan akhlak berpolitik itu.


Umpama contohnya musuh politik mahu dijatuhkan adalah dengan cara beradab. Bukannya dengan melakukan serangan fitnah peribadi dan sebagainya.


Contoh terbaik dalam negara kita Lee Liam Thye pernah duduk dalam DAP. Jawatannya cukup besar, tetapi bila ia tidak sealiran dengan Lim Kit Siang dan karpal maka keluarlah ia dari DAP.


Selepas ia keluar, maka dia berbaik-baik dengan kerajaan,Dia dapat apa yang dia mahu, tetapi dia tidaklah pula burukkan DAP. Tidaklah dicerca Lim kit Siang dan DAP yang hilang arah perjuangan.


Inilah bedanya antara DAP dan kita (yang mengakui berjuang Islam) tetapi memburukkan partinya dan perjuangan partinya.






Politik beradab demi kemaslahatan rakyat


Orang ramai perlu bijak menilai apabila mendengar ceramah politik. - Gambar Hiasan





IMAM al-Ghazali (450 - 505H/1058-1111M) yang terkenal dalam bidang tasawuf dan psikologi pendidikan Islam turut memberikan sumbangan besar kepada falsafah politik dengan melahirkan beberapa karya penting sama ada dalam bentuk surat-surat kumpulan nasihat kepada pemerintah atau tanggungjawab menguruskan negara.
Dalam usaha menguruskan negara, al-Ghazali menjelaskan falsafah politik hendaklah berteraskan kepada membentuk perpaduan dan memacu kemajuan bagi membolehkan rakyat hidup selesa dan tenteram.

Berkonsepkan kepada itulah al-Ghazali mendefinisikan politik atau siasah ialah menambah baik urusan manusia dengan memacu jalan yang lurus bagi meneruskan kehidupan selaras dengan prinsip menegakkan kebenaran dan menghapus kemungkaran.

Dengan menggunakan rangka falsafah politik itu, sekurang-kurangnya dapatlah kita menilai apakah realiti politik yang berlaku di Malaysia setelah beberapa kaedah dilaksanakan oleh parti politik semakin menipis dengan peraturan adab dan nilai-nilai moral.

Bentuk politik beradab ialah kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki hendaklah digunakan untuk melakukan kebajikan kepada rakyat dan bukannya mengheret rakyat dalam kancah sengketa ataupun huru-hara.
Sebuah parti politik yang mendakwa perjuangannya adalah untuk membentuk masyarakat dan negara berdasarkan Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafur, atau negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun tidak dapat ditemui apakah sesungguhnya perjuangan mereka. Yang jelas ialah setiap tindak-tanduknya telah menghasilkan perilaku politik yang amat tidak beretika.
Apabila memperlihatkan bingkai ubudiyah, yakni pengabdian manusia seruannya lebih menumpukan kepada rasa ketaatan yang lebih besar kepada pemimpin sehingga membentuk situasi bahawa pemimpin itu adalah penentu segala-galanya, rakyat tidak perlu mempersoalkan apakah yang dilakukan itu benar-benar bercirikan kehendak Islam atau di sebaliknya.
Resah rakyat tidak dipedulikan. Keinginan rakyat tidak diberikan perhatian yang serius bahkan bagi 'menyuntik sedikit kelegaan' elit politik menggunakan pautan sejarah dan petikan ayat-ayat al-Quran bagi menggambarkan bahawa retorik politiknya menurut jalan yang lurus dan tepat. Realitinya tidak sedemikian, kerana rentetan sejarah dan petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis tidak dikembangkan dalam kerangka tindakan yang komprehensif.
Sejak kemunculannya lagi belum terangkum dengan jelas apakah kaedah yang dilakukan demi meningkatkan kehidupan rakyat manakala setiap masa menyatakan bahawa pendekatan yang dibawa telah menghasilkan persekitaran kehidupan yang baik dan penuh keimanan. Apakah muslihatnya bila membuat dakwaan sedemikian, sedangkan secara drastiknya tidak ada kemajuan dan petunjuk positif boleh dibanggakan.
Mungkin sebahagian daripada kita boleh meneliti apakah benar kesejahteraan hidup rakyat telah berjaya ditingkatkan sedangkan kadar pengangguran semakin meningkat, jumlah penghidap HIV/AIDS kian bertambah manakala lain-lain jenayah (curi, pecah rumah, menipu, merogol, mengugut dan pergaduhan) tidak juga berkurangan. Tetapi, pemimpin yang mendakwa dirinya telah mampu menyuburkan semangat keislaman dan keimanan semakin sehari semakin membusung dengan nilai-nilai kehidupan yang terkeluar daripada peraturan adab.
Untuk membuktikan dirinya berintegriti, pemimpin tersebut masih berdolak-dalik. Untuk membuktikan dirinya bersih daripada sebarang prasangka mementingkan kekayaan, pemimpin itu masih berdiam diri daripada mengisytiharkan aset yang dimilikinya sama ada atas nama dirinya atau pun ahli keluarganya.
Sebagai ulama fiqh, Iman al-Ghazali memberikan ketegasan bahawa kekuasaan dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang pemimpin hendaklah digunakan bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tetapi apa yang berlaku ialah pemimpin yang mendabik sebagai orang yang beriman dan sentiasa bertakwa kepada Allah SWT itu tidak pernah memikirkan dengan tepat dan jelas bagaimana rakyat yang memberikan harapan dan kuasa kepadanya, maka dia perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya secara lebih berkesan.
Sebaliknya, rakyat diajak dan didorong untuk bertindak keterlaluan sehingga masalah peribadi dihubungkaitkan sebagai persoalan memastikan peluang dan memusnahkan masa depan dalam politik. Maka, dalam menimbuskan jurang kredibiliti dan melonjakkan imej, pemimpin tersebut sanggup melancarkan kempen mengajak rakyat mencetuskan kekecohan sehingga menampakkan bahawa yang bersalah ialah pihak yang berusaha menguatkuasakan peraturan dan mengawal situasi.
Mereka yang gigih berusaha mengekang tindakan liar dilihat sebagai zalim dan keterlaluan, sedangkan secara lojik, penganjurnya harus dipersalahkan akibat membelakangkan peraturan dan tidak menerima ketetapan. Atas kegelisahan takut dijatuhkan hukuman bersalah, rakyat diberitahu secara sinisnya bahawa memang peraturan itu sengaja digunakan untuk menafikan kebebasan dan hak setiap orang.
Bukankah kebebasan seluas-luasnya telah diberikan? Bukankah peluang tersebut telah digunakan secara maksimum sehingga menggelorakan pemikiran rakyat seolah-olah setiap hari adalah hari penentuan? Setiap hari perlu diperkuatkan azam bahawa pihak yang memerintah perlu disingkirkan kerana pemerintah dianggap gagal dan melakukan kezaliman? Apakah kaitannya persoalan peribadi dengan tindakan kerajaan apabila mempertahankan kewajaran undang-undang bagi membuktikan terlaksananya proses mencari keadilan kepada pihak yang mendakwa dan didakwa?
Hal itulah yang menjadi bahan pemikiran politik al-Ghazali apabila beliau menggariskan asas berpolitik mestilah dilaksanakan secara terbuka dengan menolak keinginan mempertahankan peribadi seseorang. Mengekalkan keamanan negara menjadi prinsip perjuangan dan meletakkan tindakan memenuhi kebajikan rakyat sebagai praktis yang besar, bukannya hanya sekadar menabur janji dan menyalahkan orang lain, apabila gagal.
Sebarang usaha yang konkrit perlu didedahkan. Bukan sekadar mendakwa berjaya mengurangkan hutang hampir RM600 juta sedangkan usaha itu sebenarnya dilakukan oleh pihak lain. Yang menyumbangkan dana ialah orang lain, tetapi yang mendakwa kejayaan adalah elit politik yang gagal melaksanakan program membela nasib rakyat secara berkesan, hanya menempel atas kejayaan dan inisiatif pihak lain.
Pemimpin yang mengamalkan budaya "lembu punya susu tetapi sapi dapat nama" itulah dinilai sebagai politik tidak beradab oleh al-Ghazali.
Seseorang pemimpin mestilah mencapai tahap kualiti yang tinggi baik dari segi ilmu mahupun perilakunya kerana ia terdedah kepada pelbagai cabaran. Seseorang pemimpin mestilah bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawabnya menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya sekadar bermain dengan retorik, menyebarkan maklumat palsu dan menimbulkan suasana bermusuhan.
Perkembangan politik semasa, kerana tarikh pilihan raya umum semakin dekat, lebih banyak pendekatan propaganda digunakan sehingga menampakkan hanya pihak tertentu sahaja yang bersalah sedangkan orang yang melancarkan serangan itu tidak sedikit pun memperlihatkan kesungguhan melaksanakan prinsip membentuk kesejahteraan dan menganjurkan perpaduan.
Setiap apa yang ditawarkan membawa kepada penyelesaian berdarah, kerana falsafah politik yang dipeganginya itulah sahaja yang benar dan berjiwa Islam sedangkan seluruh tindakannya tidak pernah membuktikan budaya beradab dan berintegriti.

Friday, January 27, 2012

Mukhriz dan Umno kadarkan diri sendiri dulu ?

Kebangkitan khasnya sokongan kepada PAS dan amnya kepada PR mengecewa Umno serta sekutunya. Serangan satu persatu di atur bertali arus semuanya semata-mata mahu mengoncang keyakinan rakyat kepada PAS.

Selepas ditohmah dan dicanag PAS kuda tunggangan DAP. Kini risikan jahat Umno melalui Timb Ketua Pemuda umno membuat serkapan politik berniat jahat iaitu dengan menyatakan PAS akan memberi laluan kerusi majoriti Melayu yang ditandingi selama ini kepada DAP.

Episod yang tidak logik dan masuk akal. Hanyalah akal akalan Mukhriz sahaja. Tujuan adalah bagi mengusarkan pemikiran orang Melayu yang jumud dan bersikap kampungan.

Sekali difikirkan bahawa hebatnya PAS dan ketuanya PAS boleh menfaraid kerusi. Jelas PAS yang dikatakan kuda tuggangan kini sudah menjadi hero dalam PR. 

Dengan ini fitnah terhadap PAS sebagai kuda tunggangan adalah akal akalan politik Umnopro.

Yang Mukhriz tidak sedar adalah amalan Umno sendiri yang selama ini menggadai kerusi-kerusi kawasan majoriti Melayu kepada sekutunya MCA dan MIC sudah dilupai.











Pas dijangka beri kerusi kepada calon Melayu DAP di kawasan majoriti pengundi Melayu

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.
Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.
"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.
Beliau berkata, sebagai bukti meskipun pelbagai dasar telah diperkenalkan sebelum ini antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), nasib kaum lain masih tidak pernah dipinggirkan.
"Ini hakikat dan sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Manfaat DEB bukan sahaja dinikmati oleh orang Melayu malah manfaatnya turut dirasai kaum-kaum lain,'' ujarnya.
Ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi orang Melayu jika DAP memerintah, beliau berkata, rakyat semestinya dapat membuat penilaian berhubung perkara tersebut.
"Dalam era keterbukaan ini saya yakin rakyat dapat membuat penilaian yang lebih adil iaitu pihak manakah yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,'' ujarnya.

Thursday, January 26, 2012

Kegerhanaan masa depan generasi muda dan remaja negara kita ? Radar pemikiran menteri kita di mana nte

Inilah radar pemikiran seorang menteri Umno. beliau terlalu amat membimbangi manusia Malaysia khasnya generasi muda yang kini semakin hilang minat terhadap jurusan sains.

Hakikat ini semakin benar bilamana sekolah harian biasa yang menawarkan aliran sains hanya satu kelas sahaja berbanding dengan prasarana makmal dan lain-lain kelengkapan dan peruntukan tahunan oleh pihak kerajaan adalah amat tinggi.

Maka berlaku lah lambakan bajet peruntukan, dan mengundang kerja-kerja merapu bagi pentadbir sekolah membelanjakan ke bahagian lain yang nyata kecil dan tidak mencukupi.ni

Situasi ini kita akui dan kita sedari. Situasi ini adalah tidaklah sampai ke peringkat yang mencemaskan atau melemaskan kita (sebagai kumpulan perancang).


Sepatutnya menteri kena bimbang kerana nilai-nilai murni kita semakin hilang. Generasi sekolah kita sehingga ke IPT mereka sudah tidak kenal dan bedakan apa itu malu dan kemaluan. kawin dan perkahwinan, pahala dosa, seksaan neraka dan balasan. Perbuatan baik balasan, rahmat dan seumpamanya.. kemana mereka mahu cari jika bukan di asuh mulai di sekolah...



Dari sisi yang lain kebimbangan yang parah adalah nilai-nilai kerohanian dan keagamaan serta nilai murni kalangan pelajar kini jauh mengerunkan serta mengerikan.

Sebagai bukti pendedahan Azli Paat seorang tokoh IT negera yang mendedahkan dalam laman you tube sahaja sudah terdapat lebih 20,000 klip video lucah, separuh lucah, aksi galak kalangan remaja melayu yang bersekolah dan masih muda belia.

Keparahan sosial akhlak dan nilai yang rosak dan teracun ini bakal mengerhanakan masa depan keharmonian sosial serta kesejahteraan hidup manusia dan masyarakat negara ini pada masa depan.

Kesannya bakal dilihati hasil antara 10 ke 20 tahun mendatang. Generasi yang hari ini dan semalam serta esoknya adalah sentiasa dalam keburukan. Ini lah yang kita sugulkan dan musykilkan 









Kemerosotan Minat Pelajar Terhadap Jurusan Sains Membimbangkan:Khaled Nordin
PUTRAJAYA: Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi," katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Khamis.
Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.
"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti," katanya.
Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya yang sukar dan membosankan.
"Pelajar seharusnya membayangkan kerjaya yang menarik dan menguntungkan selepas tamat pengajian dan bergelar ahli sains," katanya.
Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar.
"Pelajar cemerlang perlu diterapkan rasa keghairahan untuk mempelajari sains dan dapat merasakan kursus sains adalah suatu yang menyeronokkan serta penuh cabaran minda dan penerokaan baru. Lebih penting ialah kerjaya sains menjanjikan pengiktirafan dan pulangan yang lumayan," katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohamed Khaled berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi akan menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc yang bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPTA.
Beliau juga mahukan IPTA membangunkan institusi penyelidikan sama ada dalam bentuk institut, pusat atau makmal dengan memperkenalkan jawatan baru bergelar Akademik Penyelidik sebagai keperluan asas untuk mengekalkan bakat.
Universiti juga perlu memberi perhatian kepada perancangan dan kemajuan yang berlaku di persekitaran khususnya pembangunan wilayah agar hasrat universiti menjadi pemacu pembangunan tempatan akan tercapai selain sebagai satu cara menambah sumber pendapatan, kata Mohamed Khaled.
Beliau juga mencadangkan agar semua IPTA mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi memastikan usaha pembudayaan dan kecemerlangan penyelidikan serta kesinambungan semua program yang direncanakan, dilaksanakan dengan sempurna.
Sementara itu, Mohamed Khaled juga berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan dikuatkuasakan nanti, bukan tiket kebebasan mutlak bagi pelajar IPT sehingga mengganggu keselamatan awam.
"Saya tidak pernah menghalang mahasiswa bersikap kritikal tetapi biarlah sikap itu disalurkan melalui pendekatan yang berhemah lagi beradab. Mahasiswa juga merupakan rakyat dan warganegara yang mempunyai tanggungjawab kepada negara sama seperti pihak lain dalam masyarakat," katanya. - BERNAMA

Wednesday, January 25, 2012

Apa kata kita ?

Tahukan anda, mereka ini di mana ? jawapannya mereka adalah rakyat Malaysia. Bayangkan kepayahan, kesususaha, kesengsaraan mereka (anak-anak) kita mengadai nyawa kerana apa, kerana mahu mengejar ilmu bagi merungkai belenggu kemisikinan yang dideritai mereka.

Dalam kepala mereka tidak ada NFC, tiada kisah BMF, entah apa PKFZ yang mahu mereka adalah selamat sampai ke sekolah ?


Ramai yang gila dan nampak gila kerana Anwar ?

Antara keinginan dan rasa hati orang politik adalah mahu menjadi hero di zamannya. Sesiapa sahaja yang merasakan merasakan diri mereka adalah orang yang penting dan ingin menjadi lebih penting.

Dalam negara kita ramai yang mahu mengaitkan diri mereka dengan Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang harus diakui semua pihak mempunyai aura dari segi watak dan kepimpinan atas batang tubuhnya.

Orang-orang yang merasa mereka itu sedar tidak sedar menumpang semangkuk dan tuah atas titian perjalananan berliku politik Anwar. Mereka lupa daripada mereka adatang dan asal usul mereka.

Nama-nama tokoh PKR yang sezaman Anwar yang melompat antara Ezam Mohd Nor, Zahid Md Arip, Nalakaruppan dan ramai lagi semua nama - nama itu 'naik' bawah populariti sisi Anwar. Rakyat menerima mereka kerana mereka bekas orang Anwar dalam PKR.

Hari ini kali ini kembang semangkuk itu minta Anwar menyaman mereka, untuk apa dan atas salah apa ?



‘Kenapa Anwar tak saman kami?’



KUALA LUMPUR 24 Jan. – Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.
“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.
Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.
SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.
Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,’’ katanya.
Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.



Bersediakah Kita DenganNya.. Amal Bggaimana ?


Bumi berdepan ribut solar terkuat


GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi

Tuesday, January 24, 2012

PR tawar pelepasan cukai mereka bependapatan RM5000 sebulan

Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang turut menawarkan kepada rakyat, jika PR dapat menawan Putrajaya, bagi mereka yang berpendapatan RM5000 ke bawah sebulan tidak dikenakan cukai pendapatan ke atas mereka seperti mana yang kerajaan Bn Umnopro yang kini mengenakan cukai kepada individu yang berpendapatan RM3000 sebulan.


Hal ini didedahkan oleh Husam Musa yang juga naib Presiden PAS serta merangkap exco kerajaan negeri Kelantan.



Berahim Ali Bengap, mahu rakyat ikut sama serupo dia


PKR: Ibrahim Ali cuba mengugut Ketua Audit

January 23, 2012
KUALA LUMPUR, 23 Jan  — Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.
"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.
"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."
Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail yang menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.
Tambah Ibrahim, pejabat ketua audit mungkin telah melakukan sedikit kesilapan kerana tidak kesemua kakitangan pejabat terbabit mendapat latihan secukupnya.
Rafizi turut mengkritik Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyatakan pemberi maklumat tersebut sebagai "bukan Melayu", dan menurut Rafizi, tindakan tersebut sebagai cubaan yang "rendah dan berbahaya" bagi memuaskan masyarakat Melayu.
"Ini adalah kes penyalahgunaan wang. Ia dilakukan oleh bukan sahaja bukan Melayu, malah Melayu sendiri, serupa sahaja, contohnya seperti kes Perwaja Eric Chia dan PKFZ (Port Klang Free Zone), yang mana PKR turut mengambil tindakan, tambahnya.
NFCorp seharusnya telus perbelanjaan dana kerajaan sekiranya mereka serius mahu membersihkan nama mereka, bukan bertindak berjumpa NGO seperti Perkasa, tambah Rafizi.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut mempersoalkan tindakan NFCorp berjumpa Perkasa, dan beliau melihatnya sebagai pergerakan Umno untuk mendapatkan sokongan bagi mempertahankan Salleh.
"Kenapa NFC berjumpa kumpulan kartun ini? Ini tindakan merepak. Semua itu adalah alasan lapuk," tambahnya.
Zuraida da Rafizi turut menafikan dakwaan PKR telah membuat pembayaran bagi mendapatkan buku tunai yang diserahkan oleh pemberi maklumat tersebut-seperti dakwaan Ibrahim-buku tersebut diserahkan kepada parti berkenaan selepas Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.
Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya "kecelaruan" terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.
Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.
Pembangkang turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.
Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.
NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.
Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.

Monday, January 23, 2012

Malaysia : Era Politik Wajah Baru Kini

Walaupun tindakan parti Gerakan sudah terlambat dan ketinggalan, namun akhirnya dia sedar bahawa wujud kemajmukkan dalam negara bangsa Malaysia kini.

Dilaporkan hari ini parti Gerakan sebuah komponen Bn mula berubah bagiu mengikut realiti dan perkembangan semasa. Parti tunggal beridentitikan penguasaan 1 kaum sahaja kini sudah tiodak diterima. Negara kita sudah dewasa sudah 50 tahun merdeka, rakyat ramai yang terpelajar. Mereka bersikap optimis, politik berteraskan kaum sudah mulai ditolak dengan Politik Baru Malaysia dewasa ini.



Gerakan akan tampil calon pelbagai kaum


2012/01/23

KUALA LUMPUR: Gerakan akan menampilkan calon pelbagai bangsa mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang. 

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata parti itu akan memastikan calon yang dipilih berpotensi untuk menang mengikut kawasan yang ditandingi.
"Calon pelbagai bangsa adalah antara usaha Gerakan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Kita akan memastikan calon yang dipilih itu mampu menang dan menjadi pilihan rakyat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti itu di sini hari ini.

Dr Koh berkata, parti itu juga akan secara berterusan memberikan khidmat cemerlang kepada rakyat pelbagai kaum.

Monday, January 16, 2012

SPRM terkial-kial soal isytihar harta kenapa ?

Di bawah era kepimpinan Dr M, soal pengisytiharan harta telah disyaratkan dan menjadikan rakyat terkagum dan kaku dengan kesungguhan politik Dr m yang mahu membina integriti, ketelusan serta kebertanggungjawaban dalam era kepimpinannya.

Tidak sedikit bual bicara forum seminar yang memuji-muji tindakan terkedepan berwawasan berhemah serta berjiwa besar kepimpinan negara.

Isu ini lama kelamaan basi kerana peraturan tetap itu ada, yang kena isytihar harta hanyalah kakitangan kerajaan 'cabuk' sahaja. Lain-lain habuk pun tarak.

Tetapi kini kembai hangat selepas kerajaan negeri PP satu-satunya kerajaan yang paling terkedepan dengan memaklumatkan kepada rakyat inilah barisan kepimpinannya dan sebeginilah jumlah harta mereka.

SPRM Tubuh Unit Petugas Khas Kenal Pasti Mekanisme Pengisytiharan Harta Hakim
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk sebuah Unit Petugas Khas bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk pelaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta para hakim seperti dicadangkan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.
Unit itu diketuai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Shaharudin Khalid, menurut SPRM dalam satu kenyataan pada Isnin. SPRM berkata ia menyambut baik cadangan Arifin dan penglibatan unit itu kelak adalah selaras dengan Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran 1993.
Arifin membuat cadangan itu ketika berucap merasmikan Persidangan Hakim-Hakim Malaysia di Putrajaya, Ahad.
Beliau turut memaklumkan bahawa Badan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam perkara itu.
"Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakim-hakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasa integriti institusi kehakiman di negara ini.
"SPRM dari semasa ke semasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan sistem dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah tertakluk kepada Undang-undang dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.
"Untuk makluman, semua penjawat awam diwajibkan mematuhi Peraturan 10 Perintah-Perintah Am Peraturan-peraturan Awam yang perlu mengisytiharkan secara bertulis kepada pihak berkuasa tatatertib melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya dan keluarga.
"Ketua Jabatan jika berpuas hati hendaklah merekodkan di dalam Buku Perkhidmatan bahawa pengisytiharan tersebut telah dibuat," kata kenyataan itu. - BERNAMA




Sampai bila rakyat mahu dibodohkan ?

Tanggungjawab dan amanah yang dikhianati adalah akses utama dan teras politik kepartian ala Umno Bn. Tindakan keji dan banjingan dengan penyelewengan dana awam amat menggerunkan serta menakutkan dengan masa depan negara ini. Umpama NFC

Tidak ada satu tindakan tegas bagi menangani kes ini yang diatur oleh kerajaan mahupun agensi penguatkuasaan negara ini. Biarpun laporan polis serta lain-lain prosedur bagi membolehkan kes ini disiasat gagal dibuktikan kepada rakyat ia terurus dan dicakna.

Dunia melihat dan mentertawakan kita, betapanya kita lemah, negara kaya rakyat lemah. Kita amat bersetuju dengan SUA PKR Saifudin Nasution rakyat bukan bodoh tetapi telah dibodohkan.

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC
Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.
Sementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi.

"Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai,” tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu.

"PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan.”



Sunday, January 15, 2012

Analisis Husam berkenaan SBPA


Pakatan Rakyat (PR) telah menawarkan satu skim perkhidmatan baru kepada kakitangan awam Malaysia jika diberi mandat oleh rakyat pada PRU13 nanti. Hal ini dijelaskan oleh Husam Musa semasa mengulas dan membandingkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang jelas dilaksanakan tanpa teliti serta menjadi tidak relevan kepada kakitangan bawahan yang semakin tertindas tanpa pembelaan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Jelas beliau dalam masa 60 hari jika Pakatan dapat memerintah Putrajaya beliau akan membentangkan skim baru ini berteraskan kepada kecemerlangan perkhidmatan awam dan akuantanbiliti perkhidmatan ini.


Pakatan mahu kenaikan gaji dan pangkat adil untuk guru, kakitangan awam

15 January 2012
ALOR SETAR, 15 JAN: Perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sangat ketara kerana guru DG44/DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji 0.07 peratus atau dua ringgit satu sen sahaja!


Ini bererti gaji guru tersebut naik daripada RM2,982.99 kepada RM2,985 selepas menukar daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA.


“Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6 sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94 peratus), iaitu daripada RM5,167.64 kepada RM7,025.00,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan telah membentangkan kertas kerja untuk memartabatkan perkhidmatan awam di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini semalam.


Katanya, kajian yang dibuat menunjukkan pengiraan SBPA akan menyebabkan berlakunya peningkatan gaji guru yang tidak adil.

Tambahan juga, menurutnya, terdapat guru dalam gred berbeza menikmati gaji yang sama.

“Contohnya, seorang guru P1T10 yang menikmati gaji bulanan RM2,509.90 dalam SSM, selepas menerima SBPA, gajinya sama dengan guru P1T9 sebanyak RM2,615 sebulan.

Husam menjelaskan bahawa sewaktu Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaik pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun kelapan dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4).

Tetapi, mengikut SBPA, pihak yang terlibat harus menunggu tahun kesembilan atau menggenapkan perkhidmatan selama lapan tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan lapan tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ ke DG1-4, jelas beliau lagi.

Selain itu, beliau berkata, di bawah SPBA yang dicadangkan, masih terdapat kakitangan awam yang menerima gaji di bawah RM900 sebulan seperti Gred N5-1 (SSM – N11) RM850 – RM2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80) dan Gred N4-1 (SSM – N17) RM955 – RM2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95).
Sebaliknya, tambah beliau, kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C dijangka menerima kenaikan hampir 45 peratus pada peringkat permulaan gaji berbanding SSM.

“Kumpulan Premier 1 mendapat kenaikan sehingga RM60,000 sedangkan gaji mereka sebelum ini hanya sekitar RM30,000. Sementara itu, kakitangan awam biasa hanya menerima kenaikan gaji 7-13 peratus selepas menerima SBPA.

“Pengumuman penangguhan SBPA oleh Perdana Menteri membuktikan terdapat begitu banyak kelemahan dalam skim ini. Soalnya, kenapa kabinet meluluskan pelaksanaannya tanpa benar-benar menelitinya?” soal beliau.

Menurut Husam, Pakatan Rakyat mencadangkan bukan sahaja SBPA ditangguhkan, malah satu tawaran alternatif berasaskan prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan perkhidmatan awam akan dibentangkan dalam tempoh 60 hari akan datang.

Katanya, dengan mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan melaksanakan usaha reformasi perkhidmatan awam dengan prinsip:

* Mendekatkan jurang pendapatan akan diguna pakai bagi tawaran alternatif PR kepada perkhidmatan awam negara;
* Mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang telah lama berkhidmat atau ‘seniority’ bagi memastikan kenaikan gaji golongan tersebut adalah sepadan;
* Menetapkan elaun khas profesional bagi kakitangan awam yang mempunyai pengiktirafan profesional seperti jurutera (Ir), juru arkitek (Ar), juruukur tanah (Sr) dan seumpamanya; dan
* Menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan mengguna pakai tenaga perunding antarabangsa yang penuh dengan pertikaian dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang, dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan. – Roketkini.com

Saturday, January 14, 2012

Kepimpinan Omar Abd Aziz oleh Lim Guan Eng

Kepercayaan rakyat di balas pimpinan. Itulah apa yang dilakukan oleh DAP. Barisan kepimpinan negeri pulau pinang yang rata-ratanya mewakili DAP sebagai kerajaan Pakatan Rakyat dibuat melalui pengisytiharan harta. 

Pengisytiharan harta adalah istilah bawa Bn, Selcat bawah PKR dan CAT bawah DAP , Hisbah bawah PAS. Maka dalam mendahuluinya adalah DAP, Mereka lebih berani telus dan ikhlas dengan apa yang mereka katakan dan kepercayaan rakyat di balas dengan kesungguhan mereka secara telus ini., 

Justru itu kita yakin tindakan Lim Guan Eng yang berani mahu mencontohi kepimpinan Omar abd Aziz bukanlah cakap kosong atau cakap politik. Tindakan beliau jauh terkedepan daripada rakan-rakan dalam Pakatan mahupun musuh tradisinya . Kita tabik dengan kerja buat dan ketegasan beliu.




Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG. 

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta. 

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund. 

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus. 

“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. 

“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam. 

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000. 

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000. 

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000. 

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan. 

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000. 

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000. 

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund. 

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000. 

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh. 

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000. 

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000. 

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC. 

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.