Tuesday, December 20, 2011

Lagi SPR ujudkan talian hayat untuk Umno Bn

SPR membuat kelakar dan benteng terakhir terhadap prosedur semasa hari penamaan calon, bagi menyediakan talian hayat atau perisai kepada calon-calon Umno Bn pada piliharaya yang akan datang.

Ini kerana PM mahukan calon BN adalah kalngan 'winabale candidate ' . Walhal mereka ini amat bermasalah atau penuh masalah yang bakal boleh dicabar dari segi teknikal.

Jika dibiarkan situasi ini seperti sebelumnya, ramai calon-calon Umno Bn akan tercicir . Dan BN bakal kecundang dengan sebab teknikal ini.

wahai SPR awak buatlah apa sahaja, awak fikirlah penambahbaikan semata mahu mengekalkan Umno Bn, tetapi awak tidak memikirkan soal rakyat terbanyak. 

Nantikan rakyat bakal menghukum anda. 

Masa bantahan dihapus

Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. Turut hadir Wan Ahmad Wan Omar.


PUTRAJAYA 19 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghapuskan masa bantahan selama sejam pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu bermakna pegawai pengurus pilihan raya akan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

''Ini bermakna calon lawan tidak lagi boleh membangkitkan soal-soal teknikal tetapi tugas tersebut akan dipikul sepenuhnya oleh pegawai pengurus.

''Kalau pihak tertentu ada bukti bahawa calon itu tidak layak bertanding dan ia tidak disedari pegawai pengurus, maka mereka boleh bawa petisyen ke mahkamah selepas pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Abdul Aziz turut mengumumkan calon yang telah dinamakan tidak lagi dibenarkan menarik diri pada saat-saat terakhir.

''Keadaan ini akan memudahkan SPR mencetak kertas undi lebih awal dan tidak perlu menunggu selama tiga hari untuk melihat sama ada terdapat calon yang mahu menarik diri," katanya.

Beliau berkata, SPR turut membenarkan pengundi golongan orang kelainan upaya (OKU) seperti orang buta atau cacat dibantu oleh orang yang dipercayainya untuk mengundi.

''Orang yang boleh dipercayai itu bagaimanapun mesti terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas," katanya.

SPR turut bersetuju untuk mempamerkan daftar pemilih baru selama 14 hari berbanding tujuh hari seperti sedia ada.
''SPR juga membersihkan daftar pemilih pada setiap hari dan kami meminta parti politik supaya tidak menghebohkan kepada media sekiranya terdapat satu atau dua kesilapan.

''Maklumkan kepada kita, SPR bersedia memperbetulkan mana-mana kesilapan yang tidak disengajakan," kata Abdul Aziz.

Tambah beliau, pihaknya telah bersetuju untuk mengubah tempat duduk wakil calon untuk memantau proses buang undi.




3 comments:

khairul nizam said...

BY THE WAY, SPR LEBIK BAIK DRPD PENGERUSI YG DAHULU TU... =)

khairul nizam said...

BY THE WAY, SPR LEBIK BAIK DRPD PENGERUSI YG DAHULU TU... =)

khairul nizam said...

BY THE WAY, SPR LEBIK BAIK DRPD PENGERUSI YG DAHULU TU... =)