Friday, December 16, 2011

Anwar Suntik Semangat Rakyat di Temerloh lagi

Anwar Ibrahim adalah ikon dan pemimpin yang menjiwai kehidupan rakyat marhein. Lawatan singkat beliau petang ini di Restoran Shakira Batu 1 Temerloh mengundang kehadiran ramai rakyat bagi melihat sendiri, menyentuh sendiri dan mendengar sendiri pidato beliau yang mengusik jiwa rakyat teramai.

Turut hadir semua pimpinan Pakatan Rakyat setempat. PAS, DAP dan PKR


Pendedahan demi pendedahan kepincangan pimpinan Umno yang 'melembukan' rakyat sudah tidak tertahan oleh beliau. Rakus dan bermaharajalela menfaraid khazanah kekayaan negara sudah keterlaluan dan melampau batas manusia dan kemanusiaan.

Usah bercakap soal agama dengan pimpinan Umno. Bercakap soal moral sahaja sudah tidak tersenarai banyaknya kepincangan dan kedurjanaan mereka.

Beliau mahu rakyat semua sedar dan abngkit serta celik. Kekayaan dan kemewahan harta negara kurniaan Allah adalah hak rakyat. dan beliau dalam hal ini tiak berganjak dan berpegang dengan prinsip keadilan dan kehaksamarataan dan merakyatkan kemewahan negara bagi semua dirasai oleh rakyat.

Belaiu mengualangi dalam masa 24 jam jika Pakatan Rakyat mendapat Putrajaya. Beliau berjanjikan akan menurunkan harga minyak petrol, akan menurunkan harga tarif elektrik, akan melaksanakan gaji minima mulai RM1100 kepada seluruh sektor segmen pekerja swasta dan awam dalam negara ini.

Beliau mencelikkan rakyat jangan terlalu mempertahankan Melayu dan kemelayuan. Jangan termakan dengan dakyah Umno. Pertahankan Melayu, walaupun Umno yang melayu itulah yang memporak perandakan negara kita.

Yang rasuah, yang makan jual tanah, yang seleweng yang jahanamkan. Semuanya adalah pemimpin Melayu, pegawai Melayu.

Sebagai contoh selepas Umno merampas monopoli pemilikian gula daripada Robert Kuok pengedar tunggal pemegang AP gula negara. Umno/Kerajaan mengurniakan kepada seorang taukeh Melayu. Ayas nama Melayu sahaja harga gula dinaikkan sebanyak 4 kali. Berbanding sebelum ini bawah Robert Kuok harga gula setabil dan tidak dinaikkan pun, ujar beliau.

Negara kita TNB untung RM400 juta setahun, apa yang rakyat dapat ? Anak-anak miskin yang hendak belajar dan dapat peluang belajar bawah Pakatan Rakyat nanti kita akan tolong dengan memberikan hak kepada anak-anak kita ini dengan bantuan biasiswa namanya, bukannya melalui tabung PTPTN seperti yang sedia ada, kita akan hapuskan PTPTN, sambil disambut dengan tepukan gemuruh rakyat.

Pemimpin negara buat pinjaman bank berjuta-juta , cajnya hanya 2 peratus. Tetapi kakitangan kerajaan yang meminjam dengan kerajaan dicaj sebanyak 4 peratus. Adil atau tidak ? tanya beliau kepada yang hadir.




1 comment:

Amiey Lee said...

Maaf DSAI saya datang dari 8 tahun akan datang.Nampaknya Melayu Bumiputera san Islam semakin terancam sejak pentadbiran kerajaan baru.