Saturday, November 05, 2011

UMNO: Semakin sesak dan pandak akal guna 3R

Umno suka mencari isu dan mencipta isu kepada pembangkang. Terbaru adalah petikan dan sedut kenyataan MP Johor Baru, Dato Shahrir Samad yang memetik kenyataan SU Publisiti DAP Tony Pua yang akan mengecilkan kakitangan kerajaan negeri , jika mana-mana kakitangan tidak efesien yang mahu diberhentikan.

Mengurus kerajaan bukanlah seperti mengurus gerai goreng pisang, yang mudah untuk dibuka dan mudahpula mahu ditutup operasinya.

Justeru, Umno janganlah cuba meraihkan simpati rasis dengan menyerang serta mencabar negeri-negeri yang dikuasai Pakatan untuk memecat kakitangan awam, diwaktu dan situasi begini.

Umno, kita minta bersama menjaga dan memelihara keamanan, ketenteraman awam. Jangan sampai kita berebut sesuatu hingga tergadai semua.

Berpolitiklah secara lelaki, bukan kahUmno selama ini hebat dan telalu hebat. Tidak kan kalah Umno dengan isu sekecil ini.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Timb Presiden PAS, Umno akan menggunakan senjata 3R - rasis, religion dan royal ( perkauman, keagamaan dan raja) dalam usahanya mengekalkan kuasa.

Minta kita semua cam dan pastikan, muktahir ini terlalu banyak strategi Umno menggunakan taktik 3 R ini.

UMNO JANGAN SESAK DAN PANDAK AKAL...


Pembangkang dicabar pecat kakitangan awam

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan pakatan pembangkang dicabar supaya memberhentikan terlebih dahulu separuh daripada kakitangan awam di negeri yang dikuasai mereka tanpa menunggu kerajaan sedia ada bertukar.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak sabar untuk melihat pakatan pembangkang melaksanakan rancangan itu dan melihat apa yang akan terjadi selepas itu.

"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah suatu langkah baik, laksanakan dahulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

"Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.

"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," katanya ketika dipetik dalam http://umno-online.com. hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Shahrir berkata, motif pakatan pembangkang itu hanyalah mahu menaikkan sentimen rasis dan bukannya berasaskan ekonomi kerana sekiranya mereka benar-benar mahu lakukan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka.

Ujarnya, apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kerana kononnya kerajaan yang ada sekarang besar. Begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) dikatakan kerajaan Melayu.

"Apa yang saya dapat lihat kenyataan itu hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ataupun kakitangan kerajaan sendiri.

''Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan setuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju," ujar beliau.

Shahrir dalam pada itu menambah, beliau yakin sekiranya langkah memberhentikan kakitangan kerajaan itu dilaksanakan, ia akan mendedahkan negara kepada masalah lain dan menyebabkan huru-hara serta menyusahkan rakyat.

No comments: