Akhir-akhir ini profesion perguruan kembali mendapat perhatian dan tumpuan. Selepas pengumuman Bajet 2012, guru bakal digula-gilakan dengan kenaikan pakej khidmat mereka semacam dihargi kerajaan.
Nampak macam jelas keperihatinan kerajaan terhadap nasib guru yang dikira antara sektor awam yang teramai daripada jumlah kakitangan awam negara ini.
Oleh kerana tugas guru ini adalah teramat mulia, Pakatan sendiri bawah Buku Jingga berjanji akan membayar RM500 sebulan kepada setiap guru, jika Putrajaya beralih tangan dalam PRU13 akan datang.
Pun begitu, ramai kalangan guru yang masih duduk bawah sedar, ramai yang masih menjadi penyokong dan pendokong tegar Umno Upnco, kerana takut dan digulagilakan dengan ancama terhakis kuasa Melayu jika bukan Umno yang memerintah.
Kepuangan Umno terhadap minda guru-guru yang 'malas' memerdekakan diri menjadi momokan blog-blog Pakatan. Kemarahan mereka ada asas dan tidak juga keterlaluan.
Justeru, sampai bila guru mahu bersikap sedemikian. Dan terlalu banyak guru-guru dipermain-mainkan khasnya dalam isu pertukaran mereka ke kawasan atau daerah yang dihajati.
Seringkali jabatan berkaitan berjanji manis dan muluk-muluk dan permainan mereka banyak menyakitkan hati guru-guru. Di mana guru-guru kecewa ini semakin tawar dan tidak berminat dengan permainan sebegini.
Sementelahan pula, isu 9 jam pada 2012 yang bakal guru dibebani dengan masa tugas. Disamping projeksi-projeksi semasa ke semasa bagi mencapai wawasan tranformasi PM bawah NKRA nya.
No comments:
Post a Comment