Sunday, November 06, 2011

Khaled Nordin: Ngape gabra sangat ni

Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin terpanggil dan marah sangat nampaknya terhadap prof Aziz Bari...Itu cuma seorang sahaja Prof di IPTA yang nampak macam tidak mengikut dan tidak sehaluan dengan kerajaan Khaled.
ekal
Beliau terus mencabar Aziz agar jangan bercakap bernada pembangkang. Maka dicabarnya prof tersebut masuk dan ceburi pentas politik.

Bagi kita, jika Aziz Bari menceburi politik takut tempat Khaled nanti terancam pula. Khaled macam yakin sangat Umno nampak macam nak kekal buat selama-lamanya.

Maka jarang ada kerajaan yang kekal lama seperti Umno iaitu 60 tahun lamanya memegang kuasa di negara ini. Rasanya talian hayat terlalu banyak dibuat bagi mengekalkan Umno.

macam-macam tipu daya, terbaru Umno sanggup anugerah kad pengenalan kepada penduduk luar.

Kita minta para pegawai yang bersubahat di jabatan-jabatan itu minta berhenti dan insaf. tuan-tuan ada saham sama dalam hal ini.

Berbalik kepada Khaled Nordin, kenapa marah sangat . Bukankah ramai lagi prof yang ramai mengampu dan duduk bawah dagu Umno spt Prof Zainal Kling, Atory, Mohd Shah, Nordin Kardy, Ramlah Adam dan ramai lagi

Tak kan seorang prof berbunyi sahaja sudah menteri gelabah, buatlah macam saifuddin Abdullah lebih matang dan cool sahaja.

Berhenti Jadi Pensyarah Jika Mahu Berpolitik - Khaled

JOHOR BAHRU: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr Abdul Aziz Bari dinasihatkan meletakkan jawatan jika mahu bercakap atas pentas politik tanpa perlu menunggu keputusan universiti.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berkata universiti adalahidak sehaluan institusi yang mengutamakan bidang akademik.

Beliau yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar Mingguan Malaysia, matlamat menjayakan bidang pendidikan memerlukan pencapaian akademik dan keneutralan sebagai keutamaan.

"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi.

"Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya.

Mohamed Khaled yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang juga sedar Abdul Aziz telah memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana, Johor, pada Jumaat malam tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.

No comments: