Thursday, September 29, 2011

Terima Kasih media Malaysia, sindiran mu yang tersurat ?

Media massa selalu membandingkan apa-apa sahaja dengan 'orang' luar. Soal kemiskinan Malaysia bandingkan kedudukan rakyat negara ini dengan Somalia, gaji Malaysia akan bandingkan dengan Timur Laste, Indonesia dan bermacam-macam cerita pak pandir yang kematian anak tuurut dijadikan analogi cerita. Itulah Malaysia..

Kali ini, media Malaysia memberitakan tentang Yingluck PM Thailand yang baru. Dilaporkan adik perempuan Tahksin ini ada harta RM55.07 juta , katanya lebih sikit daripada abangnya.

Apa kata pula media kata dengan pemimpin dalam negara ini, mungkin inilah laporan tersirat yang cuba menyindir pemimpin-pemimpin dalam kerajaan malaysia ?




Yingluck miliki harta bernilai RM55.07 juta


2011/09/29

Yingluck Shinawatra
Yingluck Shinawatra
Pengisytiharan dibuat bendung amalan rasuah

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bernilai 541 juta baht (RM55.07 juta) jauh lebih sedikit berbanding kekayaan yang dimiliki abangnya Thaksin yang kini tinggal dalam buangan selepas digulingkan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand melaporkan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun pula memiliki kekayaan berjumlah 4.4 juta baht (RM448,731) manakala suami beliau mengisytiharkan harta berjumlah 76.8 juta baht (RM7.83 juta) selain hutang sebanyak 369.7 (RM37.72 juta).
Yingluck dan menteri kabinetnya, diarah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam tempoh sebulan selepas menyandang jawatan dalam usaha negara itu membendung amalan rasuah.
Mereka juga dikehendaki melakukan perkara sama, ketika meninggalkan atau meletakkan jawatan.

Difahamkan, sesiapa yang didapati mengemukakan maklumat palsu akan dilarang daripada menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan untuk tempoh hingga lima tahun.

Bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva yang tewas pada pilihan raya Jun lalu melaporkan peningkatan hartanya sebanyak 3 juta baht (RM306,351) ketika menyandang jawatan selama lebih dua tahun, menjadikan keseluruhan kekayaan beliau 54 juta baht (RM5.5 juta).
Yingluck yang memiliki aset dalam hartanah dan pelaburan, bagaimanapun bukanlah pemimpin paling kaya dalam kabinetnya, sebaliknya Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi adalah ahli politik terkaya dengan harta bernilai 963 juta baht (RM98.2 juta).

Sebelum dilantik sebagai perdana menteri, Yingluck adalah presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan sebelum itu menyandang beberapa jawatan di dalam empayar perniagaan milik abangnya.
Pada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas harta Thaksin berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.93 bilion), iaitu lebih separuh harta kekayaannya, kerana menyalahgunakan kuasa.
Thaksin, bekas jutawan telekom yang tinggal dalam buangan, terus menjadi tokoh yang mempunyai pengaruh besar di Thailand, walaupun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan rasuah tanpa hadir pada 2008.
Kumpulan Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau, mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok tahun lalu, sehingga menyebabkan keganasan terburuk dan mengakibatkan lebih 90 orang terbunuh. – AFP

Tuesday, September 27, 2011

Kartun Hudud UM: Penghinaan Melampau & Terlampau ni..

Sikit masa dahulu kita begitu marahkan sebuah akhbar Denmark kerana melakarkan karikatur yang menghina islam.

Kita juga marahkan Taslima seorang penulis wanita beragama islam yang turut menghina saw.

Kini, Utusan Malaysia yang ada dalam negara kita. Tidak jauh di luar negara tetapi dalam negara depan mata kita sendiri, bertindak biadab dan kurang ajar menghina Hukum Hudud.

Sendaannya melakarkan seorang berserban mendengar lagu-lagu lama yang berbunyi seperti larakan kartun dalam gambar yang dipaparkan.

Inilah satu lagi bentuk penghinaan oleh orang islam terhadap agama islam sendiri. Kita tahu akhbar ini semua pekerja adalah beragama islam.



Monday, September 26, 2011

Hudud: Kita tetap bersama PAS

Apa pun yang berlaku kita tetap bersama PAS. Hudud ikut mana sekalipun tetap akan dijalankan. Ini adalah antara kemuncak dan asas perlembagaan PAS.

Persoalannya, PAS tetap PAS dan kerjasama selagi ada ruang kita tetap bekerjasama. Kita berjuang bukannya mencari redho manusia tetapi adalah redho ALlah.

PAS biasa keseorangan, dan PAS akhirnya tetap akan keseorangan. islam datang dagang dan kembali dagang.


Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan



KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Saturday, September 24, 2011

TPM antara takut Allah dan takutkan Chua Soi Lek ?

Dalam usaha menakutkan usaha Kelantan mahu melaksanakan Hukum Hudud. Umno apco memacu isu ini seadanya bagiu menenggelamkan dan mengelabahkan PAS. Perangkapnya cuba dijerangkap dengan pendirian Tuan Guru MB Kelantan yang kekal mahu melaksanakan hudud dan minta PM memberi keizinannya.

Isu ini, disambut oleh mantan PM Dr M yang terus mencabar Nik Aziz agar laksanakan Hudud kerana beliau bukan lagi PM. Ini katanya hudud Kelantan gagal dilaksanakan kerana salahnya beliau, kerana beliau PM pada waktu itu.

Dalam kekalutan dan balas membalas kenyataan, media menerobos mendapatkan pandangan TPM Muhyiddin Yassin. Belaiu secara jujurnya (kerana asas ayahanda beliau orang agama) maka menyetujui bahawa Umno pun mahu laksanakan hudud juga.

Maka sebingkas kilat Presiden MCA Dr Chua memberi kata dua kepada Umno dan TPM. Bahawa beliau bertegas akan membawa MCA keluar daripada pakatan BN jika hudud mahu Umno laksanakan.

Maka terkedulah TPM, untung yang mahu dicari rugi berkarung-karung dengan isu Hudud dan serangan terhadap Nik Aziz...



Wednesday, September 21, 2011

Kes M sabu: Mahkamah Macam Berkuasa, tetapi tiada kuasa lah

Itulah kuasa dan kekuasaan, mahkamah hari ini membebaskan Mohammad Sabu dengan ikat jamin sebanyak RM15,000. Gara-gara tidak bersetuju dengan mengkritik pengkisahan filem Bukit Kepong The Movie yang mengangkat polis Melayu British sebagai pejuang mempertahankan negara iaitu Tanah Melayu (sebelum merdeka).

Laporan polis dibuat sejumlah 554 (setakat ini) dan pendakwaan caj kesalahan menuduh polis sebagai komunis dibuat di mahkamah Pulau Pinang, tidak di WP, tidak di Selangor, tidak negeri-negeri lain.

Pendekata ketua Polis P Pinang cukup proaktif dan mungkin kes besar ini peguam negara akan turun menjadi pendakwa raya kerana kes ini adalah kes besar.

Maka ramailah nanti pakar-pakar sejarah akan menjadi saksi bagi pihak pendakwa tentunya adalah Prof Zainal Kling dan Prof ramlah Adam dan mungkin juga Prof Khoo Kay Kim.

Inilah pertama kali dalam sejarah perundangan dan kehakiman Malaysia selepas merdeka kes seumpama ini berlaku.

Maknanya Malaysia sekarang menuju ke sebuah negara maju, tetapi malang sejarawan tidak memperakru bahawa kita 'dijajah' tetapi hanya dinaungi atau nampak macam dijajah tetapi tidak dijajah.

Justeru, payahlah kita mahu memahamkan anak-anak kita nanti. Dia nampak macam pandai tetapi dia tidak pandai. Maka statusnya adalah seakan-akan iaitu Mohammad Sabu nampak macam bersalah tetapi tidak bersalah.







Tuesday, September 20, 2011

ISA: Sokong Pandangan Dr Zul, Umno semakin Nazak

Setuju dengan pandangan Dr Zulkafley Ahmad, ISA Najib tunjukkan dirinya Bos sebenar. Ini adalah cerminan dan gambaran kepada 'penyerang' dan 'penggodammnya' bahawa beliau masih bertaring dan berkuasa lagi.

Tindakan terdesak dan kurang popular di kalangan pemimpin2 Umno termasuk kataki Perkasa. Beliau akan membuat dua lagi undang-undang ala ISA. Tetapi undang-undang baru ini cukup banyak kelemahan, sebagaimana lemah dan SSB dan SSM bagi kakitangan awam

Di mana kesemua undang-undang yang dibuat adalah undang-undang terakhir bagi Umno, sebelum Umno menjadi pembangkang. Inilah namanya jerat yang dibuat najib kerana pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.

Umno selalu ingat dia akan kekal berkuasa selama-lama sehingga kiamat. Tetapi kini, Umno sudah nampak semakin nazak ...

SA: Najib mahu tunjukkan dia bos| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Datuk Seri Najib Razak dipercayai cuba menunjukkan kepada Umno dan Kabinet Malaysia bahawa dia adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Ini kerana, reaksi dari pihak Umno dan Kabinet mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbincangan serta keputusan dibuat oleh beberapa 'inner circle'(kumpulan terdekat).

Demikian analisa yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

"Bagi saya, dia membuat pengumuman ini atas keputusan dirinya sendiri dan para penasihatnya sahaja bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, Tan Sri Muhyidin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir," kata beliau.


Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos," kata beliau kepada Harakahdaily.


Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein mengakui, Umno terpaksa memberikan penerangan kepada semua ahli-ahlinya bagi menerangkan pemansuhan ini.

Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari Umno dan juga sayap kanannya, Perkasa.

Bagi Dr Dzulkefly, apa yang dibuat oleh Najib adalah cubaan untuk pergi 'ke tengah' bagi mendapat kembali sokongan Cina dan India selepas kajian menunjukkan sokongan terhadap beliau merudum teruk dari 72 peratus kepada 59 peratus baru-baru ini.

Namun, kata beliau, dia dihalang dan tidak dipersetujui oleh timbalan beliau sendiri, Muhyidin dan 'warlords' dalam Umno.

"Ketika Najib lancarkan 1 Malaysia, Muhyidin kata, dia Melayu dahulu baru Malaysia.

"Ketika dia mahu mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk digantikan dengan dasar yang lebih liberal dan tender terbuka, dia dimarahi lagi oleh Muhyidin dan juga bekas PM, Tun Dr Mahathir...sejak itu Model Ekonomi Baru (NEM) tenggelam dan NEAC pun dah dibubarkan.


"Ketika Najib memberikan kebenaran kepada Bersih 2.0 untuk berhimpun di Stadium, ia dibantah oleh Hishamudin sendiri dan akhirnya beliau dilihat sebagai pemimpin yang flip flop.

"Semua ini menunjukkan apa yang dibuat Najib tidak disepakati dalam Umno dan Kabinet tetapi dinasihatkan oleh penasihat beliau sahaja," kata Dr Dzulkefly (gambar) yang juga AJK PAS Pusat.

Sejak kebelakangan ini, kesangsian ini semakin ketara ekoran peranan yang terlalu besar yang dimainkan oleh para penasihat dan konsultan Najib melalui Pemandu.

Pemandu pula dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Dr Koh Tsu Koon di samping nasihat dari penasihat luar termasuk Apco.

Di bawah mereka dan pegawai Tingkat 4, Jabatan Perdana Menterilah terletaknya para penasihat Oxbridge ini yang tidak sensitif dengan perjuangan Melayu yang dikepalai oleh Muhyidin dan di sokong kuat oleh Mahathir dan Perkasa.

Mereka telah mengenepikan peranan pegawai kanan kerajaan yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu yang berperanan besar selama ini melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Perancangan dan Koordinasi (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya yakin, merekalah yang terlibat dalam perancangan untuk memansuhkan ISA kononnya untuk bergerak ke tengah dan menyebabkan Najib mengenepikan peranan rakan-rakannya dalam Umno dan Kabinet," Dr Dzulkefly memberikan analisanya.

Akibat dari pertentangan ini, kata beliau, akan ada gangguan yang jelas dari segi pelaksanaan pemansuhan ini nanti dan jika tidak terkawal akta ganti yang bakal digubal nanti akan lebih zalim dari ISA.

"Dalam hal ini, Najib nampaknya nekad. Hishamudin sebelum itu berkata, ISA tidak akan dimansuh tetapi pinda sahaja. Muhyidin pula kata, ia tindakan yang betul selepas dua hari pengumuman. Mahathir pula kata, ISA tidaklah kejam sangat.

"Semacam kabinet pun tak tahu apa yang Najib umumkan itu," kata beliau.

Kini selepas pengumuman itu dibuat, Najib pula semacam tidak bersedia untuk menjadi negarawan apabila berkata, ia bukan kejayaan desakan rakyat tetapi kebaikan Barisan Nasional (BN) memahami rakyat sahaja.

"Beliau sebenarnya hanya mengambil kira kepentingan politik ketika membuat pengumuman ini bukannya mahu mengembangkan minda rakyat.

"Kalau dia pentingkan perkembangan minda rakyat, dia akan utamakan pemansuhan-pindaan ke atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan kolej (AUKU), di samping ISA" kata Dr Dzulkefly lagi.

Beliau juga turut berkongsi kebimbangan dengan seorang pensyarah undang-undang bahawa pengumuman ini memberikan implikasi besar kepada pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Apa pun cadangan ini mesti melepasi perbahasan di peringkat Dewan Rakyat dan Negara.

Yang penting kata beliau lagi, Najib telah mendapat habuan politik sebelum PRU ke-13.

Tidak ada jaminan bahawa dia tak akan flip-flop lagi walaupun dia berjaya membuktikan bahawa dialah bos hari ini, tegas beliau.

Kerajaan UmnoApco: Lagi cerita Pak Pandir ?

Cerita-cerita rakyat masyarakat Melayu tidak lekang dan lapuk dek panas. Banyak unsur-unsur didikan yang dapat diambil, dalam masyarakat moden kini. Cerita-cerita rakyat tetap mendapat perhatian, sebagai contoh cerita Mat jenin, Pak pandir, pak Kadook dan sebagainya.

Kini, cerita Pak Pandir kembali mendapat perhatian dan tempat, kes terbaru hari ini adalah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang mendakwa kadar pengangguran siswazah negara kita adalah yang terendah di dunia berbanding dengan negara-negara jiran terdekat.

Kita bukannya marah dengan Menteri Pengajian Tinggi ini, tetapi kita amat terkilan sikap 'lepas tangan' seumpama ini adalah hanya mahu melepaskan tanggungjawab dan amanah.

Rakyat memilih kerajaan yang ada bagi memikirkan bagaimana kerajaan yang ada mampu membantu dan menolong rakyat dengan usaha dan ikhtiar yang ada. Oleh itu menjadi tanggungjawab kerajaan memikirkan dengan sedaya mungkin, mencari ikhtiar, mencari juruperunding ekonomi bagaimana kita boleh mengatasi masalah siswazah yang tiada pekerjaan ini.

Bukannya hanya melepaskan tanggungjawab , bukan negara kita sahaja ada pengangguran siswazah negara lain pun sama.

Kita persetankan dengan negara lain, kerana kita mahu apa yang terbaik di negara kita. Jangan jadikan perbandingan pak Pandir yang menyatakan bukan sahaja anaknya sahaja yang mati, anak orang lain pun mati juga.





Mohamed Khaled Nordin

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran di kalangan siswazah Malaysia adalah kecil iaitu sekitar tiga hingga empat peratus dari 2001 hingga tahun lalu berbanding Australia, Jepun dan Indonesia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun lalu, kira-kira 50.4 peratus atau 87,908 siswazah berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

"Berlaku peningkatan ketara dalam bilangan siswazah yang mendapat pekerjaan pada tahun lalu berbanding hanya 49.1 peratus dalam jangka masa enam bulan pada 2009," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sijil kepada peserta program MyCareer MyFuture di sini, Selasa.

Mohamed Khaled berkata, daripada 240,000 pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun, 24.6 peratus atau 42,995 siswazah gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan.

Menurut beliau, keadaan itu berpunca daripada sikap memilih pekerjaan, bertukar-tukar pekerjaan dan ada di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Bilangan itu menyumbang kepada kadar pengangguran kecil di negara ini. Sewajarnya, boleh dikatakan kebanyakan siswazah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian," katanya.

Walaupun kadar pengangguran di negara ini masih rendah, Khaled berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berusaha mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Selain MyCareer MyFuture, kita turut mengadakan beberapa program seperti Bridging the Gap, Apprentice, Degree++ dan Finishing School and Internship yang ditawarkan kepada siswazah tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka," ujarnya.

Mohamed Khaled berkata, KPT memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk kira-kira 1,000 siswazah yang terlibat dengan program seumpama itu bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan dan meningkatkan prospek karier pada masa hadapan.

"Kira-kira 2,676 siswazah dilatih sejak program itu diperkenalkan pada 2009 dan 80 peratus daripada mereka berjaya memperoleh pekerjaan," jelasnya.

(Dari kiri ke kanan): Amira, Maihani, Muhammad Syahriza, Shanmugam, Noor Allia dan Liyana bersama trofi yang dimenangi pada majlis penyerahan sijil program MyCareer MyFuture. Foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

Sementara itu, seramai 100 siswazah berjaya menamatkan program MyCareer MyFuture yang diadakan selama enam minggu anjuran KPT bersama My-Partners dan Akademi Scicom pada Selasa.

Program tersebut dibuka kepada siswazah yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 dan ke bawah.

Salah seorang peserta, Liyana Idris, 23, dinobatkan selaku penyampai terbaik bagi kumpulan Asia E University (AeU) Kuala Lumpur sepanjang program itu berlangsung.

"Saya amat bangga dan tidak menduga akan menerima anugerah seperti ini. Jika dahulu saya tidak begitu yakin untuk berucap di khalayak ramai, tapi selepas menyertai program ini saya semakin berani dalam melontarkan idea dan pendapat," kata bekas graduan Ijazah Industri Bioteknologi Universiti Industri Selangor itu.

Liyana berkata, program tersebut banyak membantunya memperbaiki kelemahan diri terutamanya apabila menyentuh soal keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

"Kini perasaan gementar saya sudah tiada. Menerusi kemahiran yang diperoleh sepanjang program itu, saya berharap peluang akan diberikan kepada saya untuk bekerja dengan mana-mana syarikat terkemuka di negara ini," katanya.

Bagi Shanmugam Ganasegaran, 24, yang dipilih sebagai peserta paling dikagumi dalam program MyCareer MyFuture, dia mendedikasikan kejayaan itu kepada mendiang bapanya yang meninggal dunia minggu lalu.

"Jika dulu bapa yang akan bertanggungjawab menguruskan hal keluarga, kini saya akan mengambil alih tugas itu. Saya ingin mengubah nasib keluarga selepas ini," katanya yang semakin yakin bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Bekas graduan Ijazah Pengurusan Teknologi Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menyifatkan program yang dia sertai sebagai batu loncatan kepada mana-mana siswazah menganggur untuk memperkukuhkan kemahiran diri sebelum mengorak langkah lebih jauh ke alam pekerjaan.

"Saya akan mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh tutor sepanjang program itu. Saya dapat memperbaiki cara berkomunikasi, gerak-geri badan dan kaedah berfikir dengan pantas dalam menyelesaikan sesuatu masalah," ujarnya.

Selain Liyana dan Shanmugam, Muhammad Syahriza Shamsudin turut menerima anugerah paling menyerlah bagi kumpulan AeU.

Tiga peserta lain mewakili kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Amira Sariyanti Azmi dinobatkan selaku penyampai terbaik, Noor Allia Jamilah Ahmad (peserta paling dikagumi) dan Maihani Mat A'isa (peserta paling menyerlah).

BERSIH 2.0 - PUISI A SAMAD SAID

Poem/Puisi

Unggun-Bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

- a.samad said

Monday, September 19, 2011

Semuanya jadi Cacamarba Ikut Umno dan kerajaan Umno

Kemarahan pimpinan Umno, kini beralih pula kepada S Manoharan ADUN Kota Shah Alam yang mencadangkan supaya jalur gemilang ditukar. Dan penukaran tersebut dikaitkan langsung dengan perkiraaan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.

Itulah besarnya kedudukan s Manoharan Adun yang bercakap, sudah menjadi keputusan Pakatan Rakyat.

Inilah bentuk-bentuk pembohongan, manipulasi berita dan laporan yang bias yang dilaporkan oleh media.

Medai melayan Pakatan Rakyat dan Adun Pakatan Rakyat macam manusia yang tidak berakal dan berotak dungu.

Cakap-cakap s Manoharan menjadi 'kepercayaan' media. Dan pemimpin Umno Bn pakar sejarah terus menghentam dengan bermacam-macam, antaranya usir beliau, ada yang labelkan kurang ajar dan biadab.

Di Malaysia mana kebebasan menyatakan padnagan dan mengeluarkan pandangan. Maka rugilah kementerian yang membuat dan membentuk kukrikulum KBSR dan KBSM yang mahukan para pelajar berani, kreatif dan inovatif. semuanya tinggal retorik dalam dasar sahaja.

Bila bertembung dengan aplikasi duduk perkara realiti sebenar semuanya bebal. Pembuat dasar sendiri lupa dengan dasar yang mereka buat dan bentuk.

inilah kerajaan caca marba masa ini...

Sunday, September 18, 2011

JANJI: Inilah perangai Menteri Umno

Janji dan pilihanraya semakin dekat. Jika boleh Bn Umno beri gunung maka gunung pun bakal dihadiahkan kepada rakyat.

Selepas kisah nasi lemak menjadi sindrom kepada Menteri Pelajaran, terkini adalah menjanjikan kerajaan Pusat akan mengmabil alih pembayaran elaun kepada semua guru-guru agama seluruh negara.

Kerajaan terlalu banyak berjanji, sehingga terkadang mereka lupa. Jika sebelum sesebuah kementerian berpindah tangan dan menteri berpindah post, maka menteri sebelum sebelum akan menabur janji demi janji dikhayalkan kepada rakyat.

Selepas sepenggal atau 4 tahun maka terlerailah janji berkenaan.


Pusat sedia bayar gaji guru agama
Oleh Fazli Abdullah, Amin Ridzuan Ishak, Pettah Wazzan Iskandar dan Faridzwan Abdul Ghafar

2011/09/18

MUHYIDDIN menyerahkan bantuan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Quran Masjid Banggali,  Seberang Prai Utara, Rezuan Ahmad di Pulau Pinang, semalam.
MUHYIDDIN menyerahkan bantuan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Quran Masjid Banggali, Seberang Prai Utara, Rezuan Ahmad di Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pusat sedia mengambil alih pembayaran gaji guru sekolah agama naungan beberapa kerajaan negeri supaya setaraf jumlah diterima guru di bawah seliaan Kementerian Pelajaran.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya sudah berbincang dengan beberapa kerajaan negeri untuk menjalin kerjasama supaya sistem pendidikan peringkat negeri bukan saja mengikuti kurikulum ditetapkan malah mampu melahirkan warga berkemahiran.
Kerajaan Pusat sedia membantu kerajaan negeri dengan mengambil tanggungjawab membayar gaji guru supaya setanding dengan guru di bawah Kementerian Pelajaran, terserah sama ada kerajaan negeri terbabit sedia membantu dengan cara bekerjasama.
Kementerian Pelajaran terutama Kerajaan Pusat tidak ada niat untuk mengambil alih tanggungjawab (sekolah agama). Tanggungjawab kita adalah menyokong supaya tenaga pengajar dapat menjalankan tugas mereka lebih baik kerana saya sedar sesetengah negeri tidak mampu membayar imbuhan setimpal.
Ramai guru berdepan masalah itu dan sebab itu kerajaan memutuskan kalau ada hasrat kerajaan (negeri) berkenaan untuk dapatkan sokongan, kita pada peringkat Kerajaan Pusat sedia membantu, katanya berucap pada majlis perjumpaan khas dengan guru sekolah agama dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Permatang Pauh, dekat sini, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran enggan menyebut negeri terbabit.

Pada majlis berasingan, Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bulan depan, diharap mampu meringankan beban rakyat.

Beberapa perkara dalam penelitian kerajaan dan Perdana Menteri akan mengumumkan dalam bajet nanti. Mudah-mudahan sesuatu yang membantu rakyat dan mengurangkan beban rakyat, katanya pada majlis Kenduri Rakyat Merdeka Raya anjuran UMNO Bahagian Nibong Tebal, di sini.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menyambut baik tindakan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf dan menarik balik tuduhan kononnya UMNO terbabit dalam kes kebakaran di ibu pejabat DAP negeri, bulan lalu.

UMNO bukan parti tidak bermaruah. Kalau ada sesiapa yang membuat tohmahan di khalayak ramai kononnya UMNO terbabit dalam perbuatan membakar bangunan (pejabat DAP), ini kenyataan buruk sangka dan fitnah, katanya.

Lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri ke Pulau Pinang semalam membawa berita gembira apabila peruntukan dan insentif bernilai RM21.3 juta diluluskan Kerajaan Pusat untuk pelbagai keperluan.
Muhyiddin mengumumkan RM7.1 juta disalurkan kepada 35 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Beliau juga meluluskan peruntukan RM1.4 juta bagi menaik taraf Pasar Awam Tasek Gelugor dan mengecat semula empat blok flet di Taman Retina, Tasek Gelugor. Sebanyak RM2.5 juta pula untuk menaik taraf Masjid Sungai Acheh yang berusia 120 tahun, manakala RM1 juta bagi menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Udang serta RM500,000 disumbang kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Tek, Nibong Tebal.
Muhyiddin juga meluluskan peruntukan tambahan RM1.5 juta bagi pembinaan projek perumahan mangsa banjir di Kampung Manggis, Bukit Mertajam serta RM6.1 juta bagi pembinaan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil B

Hudud: Jika Najib Ikhlas Tunaikan - Nik Aziz

Nik Aziz minta Najib benarkan hudud

KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.


Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.


“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.

Saturday, September 17, 2011

Dapatkah Roh 1Malaysia Masuk ke Dalam Jiwa Anak Muda

Inikah hadiah Hari Malaysia, himpunan para remaja 100 orang lelaki perempuan berampur gaul mengadakan pesta liar atau berpesta kan dadah dan seks bebas.

Semuanya bagi memenuhi tuntutan jiwa remaja dan kemudaan mereka. Dunia ibarat syurga kepada mereka ?

Semua ini adalah salah siapa ? lebih malang dilaporkan ia berlaku dan dilakukan oleh para siswa siswi yang rata-rata berpelajaran dan terpelajar.

Kini, masyarakat kita sudah menuju ke arah kehancuran. Anak-anak muda diuji dan teruji dengan seks bebas.

Sedikit masa dulu, bilamana tsunami melanda negara jiran Acheh dan terbaru timur Jepun.

Puncanya, adalah kerana terlalu banyak unsur-unsur aktiviti skes bebas di Jepun.

Justeru, kita masih merasakan 'hal' ini terlalu jauh dengan kita. Dan kita lebih rasa masih terselamat lagi.

Kebimbangan bala ALlah tidak akan menunggu lama. Ini adalah satu pembongkaran yang cukup menyedihkan. Peristiwa berlaku selepas bulan mulia Ramadhan, di waktu kita sama-sama merayakan Syawal. Iaitu bulan kemenangan kita melawan nafsu, mengekang nafsu.

Mungkin pihak berkuasa akan mendakwa ini hanya 'kes terpencil'. Bagi kita kes ini lebih bahaya daripada kes serbuan JAIS ke gereja di Damansara tempoh hari.

Mana NGO yang terkehadapan, buat desakan laporan polis dan minta masyarakat semua 'buka mata'. Jangan tidur dengan kes-kes seumpama ini.

Jangan kalut dan kecoh dengan merdeka atau negara kita hanya dinaungi penjajah. Negara kita siapa pejuang, siapa pengkhianat. Dn jangan terlalu sibuk berseminar, berforum, berwacana. Masyarakat hancur, generasi muda punah ranah.

Friday, September 16, 2011

Apa maknanya: Mansuh 1 ISA , Ganti 2 ISA

isa-haram-or-halal-copy3Tidak ada maknanya ISA dimansuhkan kelmarin. ISA adalah satu bentuk undang-undang tinggalan pejanjah bagi mengekalkan kekuasaan pemerintah pada waktu itu. Di bawah undang-undang ini sesiapa sahaja boleh ditahan tanpa dibicarakan dalam masa 24 jam, yang dicaj sebagai mengancam keselamatan negara.

Tafsiran longgar ini memberi ruang kepada pihak berkuasa memperalatkan undang-undang ini. dan kini perjuangan tahanan ISA dibawah Syed Noh yang mengerakkan Pemansuhan ISA telah berjaya.

Kegembiraan rakyat hanyalah seketika, sebaliknya tangan kanan yang menghulurkan salam, tangan kiri kerajaan kembali akan menyentap rakyat.

Kini janji mansuh ISA, dimansuhkan daripada sudut istilah dan bahasa. namun kerajaan kini akan mewujudkan 2 ISA yang baru bagi menggantikan ISA.




ISA Dimansuh & Diganti Dengan 2 Undang-Undang Baru Berkaitan Keselamatan - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan TV3, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," katanya.

Najib ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif. Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan turut memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

"Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan," katanya.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.

Senat Universiti Tarik balik penganugerahan prof Zainal Kling & Ramlah Adam

Implikasi penafian Malaysia dijajah, Malaysia bakal kehilangan Sabah. Seorang rakyat Sabah Jefrey Katingan sejarah telah menipu rakyat Sabah.

Justeru pakar-pakar sejarah yang tulen tanpa bias seperti Zainal Kling & Ramlah Adam yang menulis sejarah Malaysia perlu ditarik balik kajian dan penyelidikan mereka. Dan mohon pihak Senat Universiti yang memberi penanugerahan segulung ijizah agar menarikbalik dengan segera.

Satu jawatankuasa Senat Universiti perlu bersidang khas tentang hal ini. Kita mahu tahu universiti Malaya telah pun menganugerahkan gelaran prof kepada Zainal Kling dan Ramlah Adam. Dan kerajaan boleh menarik balik gaji granuati dan lain-lain yang berkaitan.

Begitu juga dengan fakta-fakta buku sejarah perlu dikumpulkan 1Malaysia untuk dihapuskan maklumat berkenaan dan dicetak semula.

Kita jangan negara pembohong yang membohong rakyat dan generasi kini dengan fakta maklumat karut marut.



GEMPAR !!! : BHF AKAN HERET KERAJAAN BN KE MAHKAMAH

Oleh : MUTALIB M.D

PENGERUSI Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjelaskan pihaknya sedang dalam peringkat terakhir dokumentasi untuk mengheret Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional ke Mahkamah bagi mendesak satu ‘Deklarasi’ bahawa Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London adalah TIDAK SAH dan BATAL.

“Kita telah diperdaya selama 48 tahun termasuk menukarkan status Sabah daripada Negara kepada sebuah Negeri dan menafikan 20 Perkara,” kata Dr Jeffrey dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net di Kota Kinabalu, kelmarin.

Sehubungan itu kata Dr Jeffrey, BHF akan mengambil langkah pro-aktif untuk mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa Perjanjian Malaysia dan sebahagian kandungan di dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung Sabah adalah Vex, Jeopardi, putar belit dan bercanggah dengan undang-undang.

Walaupun ramai pihak mempertikai bahawa 20 Perkara bukanlah ‘sebuah Perjanjian’ mengikut konteks Akta Kontrak dan Perlembagaan, namun kata Dr Jeffrey ia menjadi asas utama Penggubalan Perjanjian Malaysia dan Pembentukan Perlembagaan Malaysia.

“Kenapa Kerajaan Persekutuan bertindak menyumbat saya ke dalam tahanan ISA semata-mata kerana menyuarakan hak Sabah dan kedudukan Sabah dalam Malaysia? Jika Singapura boleh keluar daripada Malaysia, kenapa Sabah dinafikan hak sedangkan majoriti rakyat Sabah sudah mula bosan dengan tindak tanduk Kerajaan Persekutuan?,” ujar Dr Jeffrey yang menjelaskan masa untuk Kerajaan Persekutuan membohongi rakyat Sabah telah tamat.

Menurut Dr Jeffrey, BHF ditubuhkan sebagai Yayasan Amanah untuk menjaga kepentingan Sabah dan rakyatnya, sehubungan itu beliau akan berjuang mengikut lunas undang-undang setelah Kerajaan Persekutuan menggagalkan perjuangannya melalui saluran politik.

“Sudah tiba masanya rakyat Sabah menyedari bahawa mereka hanya diberi gula-gula seperti kanak-kanak apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan Periktirafan dan cuti umum pada Hari Malaysia yang jatuh lusa, 16 September; sedangkan mereka tidak pernah menganggap Sabah sebagai rakan kongsi yang membentuk sebuah negara Malaysia,” kata Dr Jeffrey yang menegaskan beliau bukan menghasut rakyat Sabah untuk memberontak, sebaliknya berjuang di mahkamah keadilan.

Tegasnya, jika BHF gagal berjuang di Mahkamah Malaysia, pihaknya akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Heague, Belanda bagi mencari keadilan untuk rakyat Sabah yang telah terpedaya dan ditipu oleh Kerajaan Persekutuan terutama berhubung autonomi dan Isu 20 Perkara./ Sabahkini.net

Mansuh ISA vs Kekal Harga Petrol: Kehidupan Rakyat Tetap Sama


Rentatan pemansuhan terus ISA dengan satu kali pengumuman sahaja oleh PM kelamrin. Maka implikasi cukup besar kepada rakyat. Mana-mana mangsa kezaliman akta rimba ini menahan tanpa bicara itu amat terasa perit oleh mereka dan keluarga mereka yang terkena dan dilibatkan dengannya.

Justeru, kerajaan kenalah memberi pampasan terhadap tindakan mereka sebelum ini. Ini adalah sebagai keakuran permohonan maaf. Mana-mana Menteri Dalam Negeri yang terlibat mengendalikan akta ini sebelum pemansuhan kenalah memohon maaf kepada ahli keluarga mereka yang terlibat dan dilibatkan khasnya dan amnya kepada rakyat Malaysia.

Jika kerajaan enggan akur dan tunduk maka satu tindakan undang-undang saman patut dijalankan oleh mereka yang terlibat sehinggalah hari kelmarin.

Mentadbir dan menguruskan negara, bukanlah satu kerja main-main. Mereka yang diberikan amanah kena bertanggungjawab dengan tindakan mereka. Ini adalah penilaian dan keadilan dunia. Proses ini wajar diselesaikan bagi menyelesaikan hutang mereka ke atas di dunia Barat sendiri ICC diwujudkan bagi memberi keadilan kepada mangsa kekejaman perang, pencerobohan perang, jenayah kemanusiaan, jenayah penderaan dan sebagainya.


Pengumuman tergesa-gesa kerajaan ataupun hadiah pembentukan Malaysia, mempunyai motif tertentu. Kedudukan kekuasaan Umno Bn semakin cemas, justeru oleh kerana mahu 'membeli' hati rakyat ISA dimansuhkan. Tetapi rakyat tetap susah tidak ke mana-mana dari segi status hidup dan kehidupan mereka.

Pemansuhan ISA bukanlah penyelesian sebenar. Kenapa hadiah Hari Malaysia tidak diumumkan penurun harga beras, gula dan minyak petrol ?


Perarakan Hari Malaysia: Amal Temerloh dibatalkan saat akhir

Unit Amal sertai perarakan merdeka dibatal| Print |
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 15 Sept: Unit Amal Temerloh kecewa apabila penyertaan mereka dalam perarakan sambutan merdeka di bandar ini esok dibatalkan pada saat akhir walaupun sebelum ini diundang secara rasmi.

Ketuanya, Meor Darul Zakbar Endut, berkata cara pembatalan penyertaan mereka yang hanya disampaikan melalui lisan dan terburu-buru juga dianggap seolah-olah tidak menghormati pihak lain.

“Kami Pemuda Unit Amal sudah biasa menyertai perarakan, jadi apabila PAS kawasan dijemput secara rasmi oleh penganjur sambutan kemerdekaan ke-54 dan mewakilkan kami untuk perarakan itu, kami gembira.

“Semasa rehearsal hari semalam kami masih boleh berarak dengan lain-lain kontinjen. Tetapi pagi ini apabila 30 orang Unit Amal mahu menyertai rehearsal kedua, pegawai polis selaku penyelaras sambutan telah melarang kami untuk berarak dan memita kami tidak lagi terlibat untuk perarakan sebenar besok,” katanya ketika menemui Harakahdaily.

Tambahnya, beliau kesal tidak diberikan sebab mengapa penyertaan Unit Amal dibatalkan sedangkan sebelum ini dijemput.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh Ahmad Zubir Omar, mengesahkan PAS telah dipelawa menyertai perarakan kemerdekaan tersebut melalui surat rasmi yang ditujukan kepadanya.

Bagaimanapun setelah mendapat maklumat Unit Amal PAS dihalang, beliau telah menelefon seorang pegawai polis.

“Pegawai berkenaan hanya memaklumkan mereka menerima arahan dari pihak atasan,” katanya.

Pasukan Unit Amal kawasan pernah mendapat tempat ketiga pada perarakan kemerdekaan pada 2009.

Thursday, September 15, 2011

PRU 13: Nyahkan Umno bermakna Nyahkan Jentera Jengkaut Harta Negara

Silang alihatur posisi kedudukan kerusi Bn cuba diterapkan dalam PRU 13 akan datang. Ini memandangkan prestasi buruk rakan-rakan Umno dalam Bn. Kini Utusan dijadikan 'cubaan' melobi kerusi-kerusi btertentu agar Umno mendapat kerusi berkedudukan bukan majoriti pengundi adalah Melayu sahaja.

Kerusi selamat Umno adalah kerusi yang berkedudukan majoriti pengundi adalah Melayu. Rata-rata kawasan berkedudukan sedemikian memberi advantage kepada Umno. tambahan pula dengan memainkan isu-isu 'kuasa adalah kuasa Melayu, Melayu kekal berkuasa di negara ini, jangan jatuh ke tangan Cina . Ini adalah momokan sejak bertahun-tahun selepas merdeka yang dimainkan dan dipasak dalam minda para pengundi Umno.

Sementelahan pula, para pengundi yang lahir sebelum merdeka tahu dan melalui sendiri pengalaman keperitan sebelum negara merdeka. Dengan ditambahi pengalaman berpemerinatahan Jepun dan Bintang tiga. Di mana pengalaman ini juga berharga dan fakta terpenting Umno mempertahankan kekauasaan mereka. Dengan kekejaman Jepun, pengalaman pahit kehidupan kezaliman, diseksa perasaan emosi serta fizikal yang sukar digambarkan dengan kata-kata oleh generasi zaman itu.

Justeru Umno kekal berbangga dengan undi kosisten generasi ini, dan lemas serta cemas dengan para pengundi pasca merdeka yang lebih banyak kepada meminta. Berbanding pengundi zaman sebelum merdeka mereka banyak memberi daripa meminta.

Pengundi zaman ini, lebih kritis. Begitu juga pemimpin zaman selepas merdeka lebih banyak mengaut dari memberikan khidmat.

Berakhirkah kerusi tradisi komponen BN?

KETIKA berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak berapa lama dahulu, pelbagai desakan dibuat kepada UMNO agar parti itu bertanding di kawasan berkenaan dan bukannya meneruskan tradisi menyerahkannya kepada MIC.

Walaupun ketika itu ada ancaman bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan mendapat undi orang Melayu namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tegas dengan pendirian beliau bahawa calon MIC tetap bertanding di situ.

Hujah Najib pada masa tersebut ialah kalau hendak mengharapkan ada kerusi yang majoriti pengundinya adalah kaum India maka sampai kiamat pun ia tidak berlaku.

Ternyata percaturan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tepat, keharmonian dalam BN berjaya dipelihara dan kejayaan diraih melalui kemenangan calonnya, P.Kamalanathan.

Kini isu kerusi tradisi bergema lagi tetapi dalam perspektif lebih terbuka apabila MCA dan MIC sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu oleh BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ia dengan jelas membuktikan bahawa dilema mempertahankan sesebuah kawasan pilihan raya itu sebagai kerusi tradisi sesebuah parti sudah sampai ke penghujungnya.

Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti BN akan mampu mencapai kemenangan cemerlang tanpa mengira siapa juga calon dan daripada komponen mana ia wakili.

Seperti mana kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apa yang penting ialah ahli parti harus berpegang kepada prinsip bahawa BN perlu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan meletakkan calon yang benar-benar berkaliber.

"Kita perlu pastikan BN ada calon yang boleh menang dan itu tidak perlu datang dari parti mana-mana, kita tidak harus berpaut bahawa ia mesti dari parti kita, kita mesti pergi melangkaui semua, kerana suasana sudah berubah.

"Kita tidak harus mendesak bahawa ini kerusi kita, tradisi kita, kalau kita tidak berubah tidak mungkin kita akan dapat kejayaan," tegas Mohd.Shafie.

Sudah pastilah dengan sikap terbuka yang ditunjukkan oleh MCA dan MIC maka ia akan memudahkan Najib membuat pertimbangan dan perhitungan bagi memastikan BN meletakkan calon-calon yang benar-benar berwibawa bagi membela nasib rakyat.

Semangat yang ditunjukkan oleh MCA dan MIC ini sepatutnya dicontohi oleh semua anggota komponen BN yang lain kerana matlamat utama parti itu dalam pilihan raya umum nanti ialah terus memerintah.

Adalah sesuatu yang malang jika sesebuah parti komponen itu mahu mempertahankan sesuatu kawasan yang ditandinginya biar pun sudah kalah beberapa kali dengan alasan ia kerusi tradisi mereka.

Kekalahan yang dialami kadang kala bukan kerana calon pembangkang itu kuat tetapi disebabkan rakyat merasakan mereka mahu anggota komponen BN lain yang bertanding di situ.

Atas sebab itu, dalam membuat pemilihan bagi meletakkan calon, perkara pokok yang paling utama untuk dipertimbangkan ialah sejauh manakah calon itu boleh mendapat sokongan rakyat dan sekali gus memastikan kemenangan BN.

Dalam soal ini juga, sementara UMNO perlu menghormati anggota-anggota komponen BN lain, parti itu juga harus tegas mengambil semula mana-mana kerusi yang sebelum ini sudah diserahkan kepada orang lain.

Tidak perlu lagi ada sentimen menjaga hati kerana apa yang lebih utama ialah memastikan kemenangan BN. Sejarah sudah membuktikan bagaimana ada kawasan tertentu yang sepatutnya dimenangi oleh BN tetapi akhirnya tewas kerana UMNO menyerahkan kepada orang lain untuk bertanding.

Dalam masa yang sama, UMNO juga perlu ada keterbukaan untuk menyerahkan kerusi miliknya jika sesuatu kawasan itu lebih membuka peluang cerah kepada komponen lain seperti MCA atau MIC untuk memenanginya.

Perkiraan itu perlu dilakukan tanpa menghakis penguasaan UMNO dalam BN kerana ada sesetengah kawasan biar pun majoriti pengundinya adalah Melayu tetapi sokongan kepada UMNO tidak padu.

Kesudahannya apabila undi orang Melayu berpecah, maka ia memberi kelebihan kepada calon bukan Melayu daripada parti pembangkang yang bertanding di kawasan berkenaan mencapai kemenangan.

Oleh itu sentimen kerusi tradisi yang tidak memberi manfaat kepada BN harus diletakkan noktahnya. Apa yang lebih mustahak sekarang ialah untuk memastikan BN tidak terus mengalami nasib malang seperti mana berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Begitu juga dalam soal pemilihan calon, sama ada UMNO mahupun komponen BN lain mereka perlu akur dengan kriteria yang ditetapkan oleh Perdana Menteri iaitu calon boleh menang.

Tiada gunanya jika komponen BN meletakkan seseorang calon hanya disebabkan dia mempunyai jawatan di peringkat bahagian atau dalam parti tetapi kesudahannya tewas.

Biarlah seseorang calon itu tidak popular di dalam parti atau tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat bahagian asalkan ia mampu membawa kemenangan kepada BN.

Kriteria utama yang harus diambil kira bukannya soal popular di kalangan ahli parti tetapi sejauh manakah individu itu diterima oleh rakyat kerana yang akan membuat perhitungan penentu ialah rakyat terutamanya pengundi atas pagar.

Namun begitu ia bukan bermakna semua individu yang ada jawatan di peringkat bahagian atau parti perlu digugurkan, jika individu itu sememangnya popular di kalangan rakyat di kawasannya maka inidvidu itu perlu diberi peluang untuk bertanding.

Lebih penting daripada itu harus ada keberanian di kalangan pemimpin-pemimpin komponen BN terutamanya pengerusi perhubungan negeri untuk menggugurkan mana- mana calon yang sudah ditolak oleh rakyat.

Tetapi penilaian yang dibuat mestilah berasaskan kepada kehendak dan nurani rakyat, bukannya kerana perselisihan politik dalaman.

Ia kerana jika penilaian dibuat melalui cara sedemikian ia sudah pasti akan membangkitkan permusuhan yang boleh mengakibatkan berlaku sabotaj sesama sendiri.

Namun begitu seandainya pemilihan calon itu dilakukan berasaskan kepada populariti dan kemahuan rakyat maka tiada apa yang harus dibimbangkan kerana sejauh mana pun usaha sabotaj hendak dilakukan akhirnya keputusan adalah di tangan rakyat.

Kesimpulannya, Pilihan Raya Umum Ke-13 bukanlah masa untuk bernostalgia dengan kerusi tradisi atau mempertahankan mana- mana individu, sebaliknya ia adalah penentu kepada survival politik BN.

Berdasarkan kepada keadaan itulah pujian harus diberikan kepada MCA dan MIC yang sanggup bersikap terbuka dalam soal ini kerana mereka memahami siapa pun menang, selagi dia adalah calon daripada komponen BN maka tidak akan ada mana-mana kaum dipinggirkan.




Sunday, September 11, 2011

Hentikan Debat Isu Komunis: Pakatan Rugi ?

Penulis tertarik dengan pandangan dan luahan pandangan para sahabat, termasuklah apa yang diperkatakan sendiri oleh YB Mahfoz Omar berhubung isu komunis dan pengkhianat. Ini adalah gara-gara daripada masyarakat disentakkan dengan kenyataan fitnah utusan terhadap Mohd Sabu yang dilabelkan sebagai poenyokong perjuangan komunis (bukan ideologi komunis).

Menurut YB Mahfoz dalam isu ini PAS khasnya tidak mendapat keuntungan terutama dalam meraih simpati masyarakat. Sebenarnya jelas beliau musuh Utama PAS adalah Umno, dan PAS sejak daripada dulu lagi memang menentang Umno dan fahaman keumnoan.

Tetapi kini Umno berjaya dan mencucikan tangan, kini 'jentera' Umno adalah kumpulan para profesor pula, dulu adalah profesor sahaja. Sebelum itu veteran polis dan veteran tentera.

Dalam usaha kita melawan serangan media , Umno berjaya mencipta isu dan kita sokmo mengekori sahaja isu berkenaan. Kini kita berdepan dengan kumpulan musuh baru iaitu kumpulan-kumpulan yang dikatakan tadi.

Dari segi strategi politik kita tidak boleh memperbanyakkan musuh, kita mesti meminimakan musuh. Kerana sistem kita pilih adalah meraih undi. Ini bukan soal kedudukan kalah menang tetapi strategi kita berdepan dengan isu-isu seumpama ini.

Kita patut lama dah memberhentikan isu ini, kita mesti mencipta sesuatu isu yang Umno terpaksa mengekori kita.

Sebelum ini, kita sudah berjaya mencipta isu Buku Jingga yang menimbulkan kelam kabut kalangan pimpinan Umno, tercungap sehinggakan mengundang Debat berlaku terhadap hal yang bersangkutan dengannya.

Begitu juga dengan BERSIH 2.0 kita berjaya lagi mencipta isu dan Umno Apco terpaksa mengekori kita.

Tetapi dalam isu komunis membisukan semua pimpinan Pakatan Rakyat, jem belaka dan mereka tidak mampu mendepaninya. Kita lihat signal ini cukup merosakkan memontum rakyat. Dan kita minta pimpinan sedar segara dan bangkit mencipta isu bagi mengolah semula agar Umno mengekori kita dalam banyak hal.

Dalam negara kita terlalu banyak isu yang boleh diperjelaskan dan dihidangkan kepada rakyat. Bukan isu seumpama ini, masalah pokok rakyat kenaikan harga barang, bebanan hidup dan kehidupan terbuai dengan isu seumpama ini.


Saturday, September 10, 2011

Cukai Prabayar : Lagi Sandiwara PM & Menteri Umno Apco

Semua nya sandiwara, kenapa menteri KPPDNK bermain wayang? ini adalah lakonan mereka. Kerajaan dalam masa yang sama memberi keizinan kepad asyarikat telekomunikasi di negara ini. Kerana mereka adalah kroni bagi projek mengaut keuntungan ke atas rakyat teramai.

Inilah bentuk-bentuk baru dan dasar-dasar persyarikatan dan dasar penswastaan negara. Meninjau kita setiap objektif dan strategi dasar-dasar berkenaan raktar tentu berbangga, bagaimana bijaknya pakar-pakar ekonomi negara kita menyusun agar berlaku tranformasi ekonomi (ETP) kini.

Entah lah satu demi satu bebanan kos sara hidup kita semakin mencekik leher rakyat. Cuma sekarang rakyat tidak dicekik secara fizikalnya sahaja.

Duhai rakyat negara koku bilalakn mahu sedar dan berubah.......

ikirkanlah, banyak pengguna prabayar budak sekolah - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 9 Sept. - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, beliau hairan kerana ketika kerajaan cuba mengurangkan beban rakyat dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, tiba-tiba muncul pula pengumuman caj 'mengejut' itu yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

"Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.

"Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.

"Saya sebagai menteri yang menerima aduan daripada pengguna, amat berharap mereka (syarikat telekomunikasi) lebih peka terhadap masalah pengguna," kata beliau ketika ditemuiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar berkuatkuasa 15 September ini.

Ini bermakna pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.


Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan - Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

''Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.


Friday, September 09, 2011

Malaysia tdak dijajah: Minta buang semua buku teks sejarah di sekolah ?

Sekali air bah sekali pantai berubah. Selepas Mohd Sabu menyatakan Mat Indera pejuang dan bukan komunis. Dan fakta sejarah Bukit Kepong hanya ilham selidik oleh Jins Shamsuddin yang menghasilkan filem tentangnya.

Ramai pihak yang terus membelasah Mohamad Sabu, dan paling ngeri desakan supaya Mohammad Sabu dilucutkan kerakyatan. Begitulah lulucon dan lucu politik Malaysia.

Dan lebih kelakar lagi semua pakar sejarah negara bercakap, kini mereka sepakat termasuk Majlis Profesor Negara (MPN) yg kerajaan tanggung engajian mereka bersepakat Malaysia tidak dijajah, tetapi dilindungi sahaja atau dinaungi British sahaja.

Bila pakar sejarah menyatakan hal seumpama itu, maka kami generasi muda 'ditipu' oleh para profesor yang menyatakan kita adalah negara jajahan British.

Maka kita minta, kerajaan buang semua buku-buku sejarah dan hentikan subjek sejarah yang diajar kepada anak-anak kita. semua nya tidak betul dan tipu belaka.

Memang Malaysia tidak dijajah tetapi Tanah Melayu sahaja dijajah kan. Semua profesor auta.