Thursday, March 31, 2011

Politik Malaysia: Politik Buta Perut

Politik Malaysia memasuki fasa politik buta perut dan buta hati. Ketakutan Team T yang mendedahkan video skes Anwar mendominasi dada akhbar. Dato Shuib misalnya mengadu bahawa dia menerima 'ancama bunuh', pihak polis dikata segera memberi perlindungan dan kawalan terhadap keselamatan.

Kini polis Malaysia boleh dikatogerikankan sebagai polos, kerana mereka bukan melindungi keselamatan rakyat teramai, tetapi melindungi pembuat filem lucah, pengedar filem lucah, penghebah filem lucah yang kini diangkat menjadi 'pengeran' atau hero masyakarat Melayu Moden yang baru.

Umi Hafilada sikit hari lagi akan menjadi 'serikandi dara pingitan' kerana mengumpul, menyimpan, dan bakal mengedarkan 18 video lucah.

Inilah fasa-fasa akhir politik buta perut malaysia alaf ini. Alim ulama dan jawatankuasa fatwa membisu seribu bahasa dengan 'fitnah terbesar' abad ini dalam negara Malaysia. Sebuah negara Islam zaman dr M sahaja kot.

Juak-juak dan ampu sini sana kalangan agama menjadi syaitan bisu, senyap seribu bahasa. Yang dengar dan kedengaran fatwa tarian poco-poco haram di Perak sahaja kelmarin.

Kita sungguh merasa sayu perjuangan memerdeka kan minda , fizikal rakyat sudah dibuat oleh datuk nenek moyang kita. Kita adalah generasi penerus kesinambungan kesejateraan rakyat, tetapi asyik bercerita 'buruk seks' kemaruk seks, kaki lewat.

Dan akhirnya isu pokok dan besar seperti fasa Buku Jingga tawaran PR kepada rakyat dinyahkan daripada minda masyarakat teramai.

Masyarakat yang malas berfikir akan menjadi masyarakat yang mudah dijual beli.Hasilnya kekallah mereka menjadi masyarakat bjumud yang kekal hidup dalam kepompongan mereka sahaja.

Wednesday, March 30, 2011

Sinis dengan Allah , itulah perangai Umno dan Umno

Sinis dan penuh kegetikan adalah gambar yang kita dapat berikan kepada media dan kerajaan Umno dan manusia pro kerajaan Umno terhadap apa yang haram dan jijik larangan agama Islam.

Terkini adalah larangan kerajaan Kelantan dengan 'kegiatan menghisap shisha' yang nampak tidak bermoral den memberi ketidakbaikan kepada manusia yang mana amat berleluasa penularan cara baru menghisap selain daripada rokok.

Seharusnya kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat, dan adalah tidka salah bagi kerajaan lain selain Kelantan untuk hisap sampai mampus shisha dalam negerinya sendiri.

Dengki dan cemburu serta sinis dengan keadaan ini, bukan hanya menempelak kerajaan Kelantan tetapi mula mahu menempelak mana-mana yang 'haram' di sisi islam.




Kelantan Haram Shisha Pula?

KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB)membatalkan lesen dua restoran di Jalan Tok Hakim dan Jalan Long Yunus di sini kerana menyediakan shisha di premis mereka.

Yang Dipertua (MPKB) Nazran Mohamad berkata, kedua-dua premis itu adalah di antara berpuluh kedai makan dan restoran yang diserbu dalam operasi mencegah penjualan shisha di bandar itu sejak dua minggu lepas.

Katanya, keputusan membatalkan lesen perniagaan dua restoran itu dibuat pada mesyuarat MPKB, Selasa.

"Premis itu melakukan kesalahan berulang kali selepas pemiliknya membayar kompaun sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau pelbagai perisa bagi menggantikan rokok atau cerut.

Nazran berkata, penyediaan shisha di restoran adalah dilarang di bawah Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Adakah semua orang boleh bersetuju lagi dengan Umno Bn

Dalam pemeriantahan Umno tiada yang dipelikkan ? Jika Bn bukan boleh setakat merampas 9 DUN dalam Selangor, tetapi semua Dun seluruh Malaysia. Itupan selagi mana disokong oleh sepenuhnya oleh juak-juak upahan dalam beberapa agensi kerajaan. Hasil balasan kerjasama itu juak-juak ini akan dianugerahkan kenaikan pangkat secara luar biasa, tetapi hasil anugerah itu tidak berkat dan tidak diredai oleh manusia sesama yang mengetahuinya.

Ini adalah gara-gara media melaporkan bahawa Umno Bn kononnya nampak 'bekerja keras' untuk merampas kembali semua negeri-negeri yang sudah jatuh ke tangan PR dalam PRU 12 yang lalu.

Tindakan dan uar-uaran berita ini adalah bertujuan untuk mengabui mata rakyat. Tetapi selagi nama Umno Bn ia adalah gabungan penipu besar , pemfitnah besar dan pembohong besar terkini dalam negara kita yang meredeka ini.



BN Boleh Rampas Semula Sekurang-kurangnya 9 DUN Selangor" - TPM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berpeluang sekurang-kurangnya merampas semula sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun BN mungkin menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang, namun jika ada usaha gigih dan kerjasama daripada semua, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

"BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN untuk membolehkan kita memerintah semula Selangor. Sekarang kita kekurangan sembilan sahaja kerusi. Strategi sudah mula diatur untuk menebus kembali sembilan kawasan DUN berkenaan untuk memastikan kita mendapat semula Selangor.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang di sini hari ini, beliau turut menasihatkan rakan-rakan BN di Selangor supaya bekerja keras bermula dari sekarang bagi memastikan kemenangan parti.

Majlis berkenaan dihadiri pemimpin dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, Rukun Tetangga, anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor, yang diadakan sempena lawatan sehari timbalan perdana menteri ke Selangor hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai.

Mengulas mengenai lawatannya itu, Muhyiddin berkata, aktiviti turun padang ke kawasan bandar dan luar bandar di sekitar Selangor adalah antara langkah untuk melihat keadaan dan menilai tahap penerimaan rakyat kepada BN dan barisan kepimpinan parti itu.

"Langkah turun ke bawah ini sememangnya disusun supaya kita dapat melihat sendiri suasana semasa. Dengan cara ini, saya yakin kita dapat lihat perubahan sikap dan peningkatan sokongan untuk tebus semula kekalahan lalu," katanya.

Berdasarkan sambutan dan interaksi yang diterima sepanjang lawatan itu, Muhyiddin yakin rakyat Selangor mula memberikan penilaian positif terhadap kerajaan. "Mungkin kerana mereka faham pendekatan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berkaitan Gagasan 1Malaysia menyebabkan mereka lebih yakin," katanya.

Muhyiddin juga berkata, walaupun keyakinan itu tidak dizahirkan melalui kata-kata tetapi ia dapat dilihat menerusi bahasa badan apabila mereka keluar beramai-ramai dengan mesra dan sukarela yang disifatkannya sebagai petanda baik kepada kepimpinan parti

Monday, March 28, 2011

Video Seks: Malang dan melampau lagi ada 18 video

Malu dan mengaibkan dengan permainan politik rakus dan tanpa akhlak serta etika politik. Pendedahan video seks lucah yang melampau dan keterlaluan menjadi agenda utama. lebih malang ia melibatkan tokoh-tokoh ternama dalam negara yang menjadi 'dalang' dan 'pembikin utama. Yakni sama taraf dengan pengarh filem lucah di Barat dan asia yang kuat memperjuangankan akta baru lulus iaitu Akta Pemerdagngan Orang yang parlimen Malaysia baru luluskan.

Membaca tulisan Dr Asri, yang menempelek kelaku dan kerja buat orang politik yang 'memperbodohkan' semua orang termasuk orang-orang agama. Adalah satu daripada tindakan politik yang cukup memualkan dan luarbiasa anehnya di negara kita.

Di sekolah kita para guru berjuang habis-habisan memerangi gejala itu dan ini, Kerajaan dalam masa yang sama memperkasakan itu dan ini bagi membina jati diri anak bangsa kita. Orang politik terus mempersetankan semua itu, tanpa pertimbangan akal dengan menggunakan hati budi mereka.

Pendedahan demi pendedahan, kini menyusul bukan 1 tetapi 18 lagi video seks mahu didedahkan. Semuanya kerana wang dan kerana politik nafsu serakah.

Sebenarnya melalui politik kita dapat berbuat apa sahaja bagi memperbaiki dan mengusahakan , tetapi tindakan orang politik dalam berpolitik adalah satu tindakan yang cukup luar biasa dalam isu ini.

Malang bagi negara kita, yang berketuakan ketua orang politik sebegini.

Sunday, March 27, 2011

MUFLIS: ANTARA BUKU JINGGA & BELANJA UMNOBN

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion

Saya adalah seorang penganalisa ekonomi yang sekarang ini bekerja di sebuah firma perbankan yang terkemuka di Malaysia . Saya bertanggung jawab untuk menguruskan dana yang berjumlah RM45.2 juta untuk tujuan pelaburan dalam dan luar negeri. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan saya mengenai pengurusan ekonomi di Malaysia .

Sebagaimana yang kita tahu, kegiatan ekonomi yang lancar merupakan tunggak kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, banyak dasar dan keputusan ekonomi negara tidak dibuat dengan teratur serta banyak melibatkan kepentingan kroni. Akibatnya, harga barangan asas terus menaik yang menjejaskan majoriti rakyat.

Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.

Laporan Buku Tahunan The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia ke tempat 69 dari segi bebanan hutang, tempat 54 dari segi kadar inflasi, prestasi bank, ke 33.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidakkecapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.


Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000 - 2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampong-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Saturday, March 26, 2011

DUN Sarawak : PR tetap ada harapan, tetapi Bn optimis

Kenyataan Ku Li Bn bakal menyapu bersih semua kerusi di Sarawak menjelang 16 April ini masih boleh dipertikaikan. Namun bagi Ku Li dan sesiapa sahaja sebelah kerajaan keyakinan mereka bahawa Bn akan kekal sekali lagi memerintah Sarawak ada asas.

Kerana di Sarawak gelombong rakyat mencabar kepimpinan negeri belum lagi pernah tercetus dan dicetuskan. Cuba lewat 1970an cabaran antara Abd Rahman Yakub dan Taib Mahmud dikira sebagai perlawanan antara bapa dan anak saudara sahaja dalam mewarni kepimpinan politik Bumi kenyalang ini.

Namun harapan pembangkang tetap ada, kerana 'fenomena' di Semenanjung dan momentum PR dengan DAP boleh memberi cabaran kepada kerajaan Sarawak tetap ada. malah peningkatan kerusi bandar kepada DAP pembangkang cukup kuat dan memberi kesan.

BN Boleh Menang Di Sarawak:Razaleigh

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Kerajaan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu 16 April depan.

Bagaimanapun, kata beliau, hanya untuk mendapat majoriti besar mungkin sukar berikutan penduduk kawasan bandar itu kurang memberi sokongan kepada B Ndisebabkan terpengaruh dengan isu pembangkang.

"BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar negeri itu kerana masih memerlukan banyak pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Lebir di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh berkata, pandangan awal mengenai kedudukan pilihan raya negeri Sarawak itu diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pergi ke sana menjelang hari penamaan calon 6 April ini. "Saya juga mungkin akan pergi ke sana bagi membantu jentera pilihan raya negeri berkenaan dan ingin melihat sendiri kedudukan sebenar kekuatan BN," kata Ketua UMNO bahagian Gua Musang itu.

Sebelum itu, ketika berucap, beliau berkata, kerajaan BN mampu melakukan apa sahaja untuk kemajuan rakyat di seluruh negara termasuk di Kelantan untuk membawa kesenangan.

Katanya, kedudukan kampung luar bandar juga seperti Gua Musang turut diberi tumpuan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan kemudahan asas yang lain.- BERNAMA


Panik Mufti kita ?


Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini memohon Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan pendirian dan nyatakan hukum syarak yang patut dikenakan ke atas kelakuan tiga orang bergelar diri “Dato T” yang menunjukkan filem lucah dikhalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan airmuka orang lain.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Setiausaha Negeri DAP Perak berkata, Tan Sri Harussani sebagai tokoh agama yang beriman tinggi seharusnya mengeluarkan kenyataan tentang hukum syarak yang harus diambil supaya muslim dalam Negara ini tidak mengikuti jejak langkah dan tingkah laku golongan sesat yang tergamak sehingga memperalatkan adegan lucah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Beliau berkata, perbuatan merakam filem secara haram dan pertunjukkan filem lucah secara terbuka terbukti kini ada pemimpin UMNO yang berada dalam keadaan cemas dan risau sehingga hilang akalnya.

Nga Kor Ming berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Senator UMNO, Shuiz Ibrahim dan Bekas counselor, Eskay Abdullah tiga orang telah mengaku secara terbuka bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab penuh untuk menayangkan Filem Lucah kepada mass media yang dipelawa di Carcosa Seri Negara pada Isnin minggu ini.

Mereka juga mengaku bahawa filem lucah tersebut bertujuan untuk memaksa Ketua umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden parti PKR untuk meletak jawatan.

Nga berkata pada sidang media hari ini, bahawa adalah jelas mengikut Seskyen 292 Kanun Jenayah(Penal Code), mana-mana pihak yang mempamer, menunjuk atau mengedar bahan lucah jika disabit akan dihukum penjara selama 3 bulan, denda atau kedua-duanya. Kini Tan Sri Rahim Tamby Chik dan puaknya telah megaku mereka adalah pihak yang melakukan perbuatan sedemikian, maka adalah tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan segera supaya imej pasukan polis dijaga dan kedaulatan undang-undang Negara dibela.

Beliau berkata, sebagai seorang bukan muslim, beliau ingin memohon tunjuk ajar dan nasihat dari mufti Negeri apakah hukum syarak dan fatwa yang harus dikeluarkan terhadap pihak muslim yang melakukan usaha licik dan perbuatan yang memalukan tersebut supaya kesucian agama Islam dapat dijaga dan tidak tercemar.

“Tan Sri Harussani adalah seorang mufti yang sering lantang bersuara atas isu-isu agama termasuk soal politik, maka saya ingin pohon pedoman dan nasihat dari beliau.” Nga berkata dengan ikhlas dan rendah hati.

Turut hadir siding media hari ini adalah ADUN Menglembu, Lim Pek Har, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam dan setiausaha Organisasi DAP Perak, Teh Hock Ke.

Friday, March 25, 2011

Video Seks : Keji dan jijik

Apabila sistem dilanggar oleh pimpinan. Memiliki video seks dan mengedar serta menonton video seks adalah satu kesalahan. Bawah Akta Polis barang sesiapa sahaja yang memiliki, menonton dan mengedarnya boleh didakwa atas kesalahan berkenaan. Sementelahan pula video seks ini dipertontonkan.

Inilah ala-ala Malaysia, udang atau undang Malaysia. Yang pelik yang mengedar video adalah mereka yang berstatus tinggi dalam masyarakat. Darjat dan kurniaan duniawi mereka adalah cukup tinggi dan dipandang tinggi dalam masyarakat kita.

Adalah pelik dan paling menghairankan apabila halal video seks menjadi satu kebanggaan kepada Tan Sri, Dato, Tun, Tan Sri dalam pendedahan video berkenaan.

Kita rasa sungguh rasa malu kepada anak-anak kita, apabila pendedahan , pemberitaan yang tidak bermoral ini dijadikan 'santapan berita' pada setiap hari.




Thursday, March 24, 2011

Video Seks : Semua sudah punah

Dalam permainan politik moden. Kita kena bersikap kejam bagi melenyapkan saingan atau halangan. Maka sehari dua ini politik moden Malaysia menyaksikan kejutan terhadap mantan Pm dan ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim.

Beliau dituduh oleh pesaing politiknya bahawa, beliau adalah pelaku seks. dan pendedahan video seks ini bukan didedah oleh orang kebanyakan, tetapi bertaraf dan berkedudukan dalam masyarakat, mereka yang mendedahkan video itu bukan pelajar2 tingkatan 2 dan 5 sekolah di bandar KL tetapi adalah Tun, tan Sri Dato seri Dato dan lain-lain yang berjawatan dalam masyarakat kita.

inilah namanya politik, kenapa dan mengapa, terlalu banyak jawapan. dan jawapannya boleh didapati dalam banyak blog-blog politik yang bersepah-sepah.

bagi penulis inlah gambaran 'kehancuran' kepada sistem. Kita bukan membela kepada siapa yang harus kita bela, tetapi lihat keboborokan dalam masyarakat. bila mana pelaku hak di atas.

kita amat bersimpati dengan Dato sri Anwar, cubaan dan dugaannya sepanjang menjadi pemimpin, inilah harga yang harus di bayar. apa pun kebenaran akhir akan terserlah dan diserlahkan.

orang yang ada fikiran sendiri boleh memikirkan bagaimana keaiban dan diaibkan dalam masyarakat. Fitnah dan bahaya fitnah cukup berbahaya.

kini di Malaysia orang politik sudah melampau dan terlampau. jika mahu bersaing , maka bersainglah dengan cara sihat

Saturday, March 19, 2011

Dun Sarawak bila bubar ?

Semua pihak tertunggu-tunggu dengan penuh debaran bilakah Dun Sarawak akan dibubarkan. Khas bagi orang yang minat dan celik politik serta tahu kepentingannya. Walaupun politik bukan segala, tetapi segala-gala adalah mesti politik juga.

Kita dan semua orang tahu Sarawak adalah deposit chek kepada kerajaan Bn.Bererti kemenangan besar Bn di Sarawak bakal mencerahkan harapan Najib duduk kekal di Putrajaya bukan Petrajaya.

Bn akan berusaha sedaya upaya, melalui cawangannya yang ampuh SPR akan mempergunakan apa cara sekalipun supaya Bn kekal dan dikekalkan. Desakan tempoh kempen daripada 7hari kepada 3 minggu oleh PR disangkal mentah-mentah hanya melalui media sahaja.

Walhal SPR lari daripada tugas asal sebagai badan bebas bagi mengendali kerja-kerja pilihanraya, bukannya menjalankan kerja-kerja 'hantu raya', kerana tabiat hantu raya dia tidak akan cukup dan tidak puias dengan apa yang ada dan memang kerjanya pun mengharuk manusia dan rakan sewaktu dengannya.







Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Rakyat terkeliru : PR perlu agresif

PAS Ganti Umno slogan yang semakin menjejaskan Umno. Dalam diam Umno semakin kalut cuba memenangi hati rakyat. Isu PAS diperkudakan DAP, perpaduan Melayu, kerjasama Umno PAS, kini soal judi dikitar semula. Persoalan-persoalan mudah ini dibuai dan menjadi persoalan payah kepada pembangkang khsusnya PAS dalam mendepani isu ini.

Buaian isu-isu naif sebegini, jika dibuaikan hari-hari dikokokkan maka rakyat Melayu rata-rata kawasan luarbandar dan kampungan termakan. Minda mereka dijuruskan pada setiap hari, didoktrinkan bahawa 'kuasa Melayu' , kuasa Melayu akan hilang dan sebagainya. Akhirnya menjadi ketakutan rakyat.

Umno semakin liberal dengan kebebasan sosial, anjuran pesta maksiat yang dihalalkan, penajaan program itu ini, peranan agama dan PAS digambarkan sebagai golongan agam semi 60an yang wajar membicarakan soal kawin, mati suraui masjid masih lagi menghantui minda pengundi kampungan dan kejiranan-kejiranan yang jauh dengan maklumat.

Tsunami 2008 tidak lagi memihak kepada PR. Umno berjaya menelanjang kelemahan PR dan menutupi kelemahan mereka yang cukup parah dan membarah. Hatta isu DNA pun berjaya mencorakkan 'kebodohan' sesetengah mereka yang sanggup dilembukan dengan isu remeh temeh yang mememehkan minda bangsa kita.

PR perlu menggandakan penerjahaan maklumat, hubungan baik dengan semua segmen diserlahkan. Bukan tidak ada tetap[i massa tidak dapat merasai akan kehadiran kita sebagai ganti Umno itu.

Namun Umno terasa kita semakin mahu menggantikan mereka, tetapi rakyat terbanyak belum lagi dapat merasainya.

Apa pun kita semua harus banyak memanjat doa

Friday, March 18, 2011

PAS Gelabah Umno Cemas

Membaca tulisan Zul Bakar dalam rencana UM hari in di bawah PAS Semakin Gelabah tidak ada pandangan baru dan idea baru yang konkrit. tulisan berlandaskan 4 PRK Galas, tenang, Merlimau dan Kerdau. Kemenangan mutlak dan bergaya Umno ke atas, memberi kekuatan dan keyakinan baru bahawa umno mulai diterima kembali.

Ukuran dan kayu ukur undi sokongan kepada Umno 'pulih' adalah masih kabur dan jelas, kerana banyak laporan manipulasi Umno Bn 'memperalat dan memperguakan' apa cara , jalan, kaedah bagi merealisasikan kemenangan. Yang penting dalam kitab Umno adalah 'memang'. Itulah sanjungan dunia asuhan didikan umno kepada rakyat Malaysia.

Walaupun daripada segi etika, moral dan akhlak berpilihanraya Umno 'jauh' menyasar membawa wataknya sebagai pemerintah atau penguasa yang 'adil'. Hanya keadilan berdasarkan kaca matra mereka.

Sememang diakui dari segi angka, jelas-jelas Umno menang bergaya. Undi semua kaum 'diraih' kencang, jentera Umno dan menteri umno tersenyum kagum. Aku menang berbisik dalam hati mereka.

Jika Umno kuat mengapa 'kerja-kerja ' mengelabah Umno. Kes manipulasi MyKad yang menjerumuskan negara ke kancah kehinaan. Gadai negara dengan pemberian My Kad secara wewenang. bantahan demi bantahan, pendedahan demi pendeahan gagal membuka mat hati Umno bn yang tuli dan pekak. Kerana tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang cukup bahaya dan tidak bermoral. Bantahan PAS Selangor pendedahan 'berani dalam Harakahdaily' gagl juga membuka mata Umno.

Ada dia kisah...Itulah umno


Namun mereka yang terlibat hatta 'tersenyum kambing' Umno akhir akan jatuh dengan perbuatan nya sendiri juga. Hanya masa sahaja akan tiba menghukumnya. Nantikan saat - saat kejatuhan Umno


Pas semakin gelabah?


KEKALAHAN Pas kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau, baru-baru ini adalah mesej daripada rakyat. - utusan/Mahathir Ali


SELEPAS tewas empat kali berturut-turut di dalam pilihan raya kecil yang diadakan, Pas kini boleh dikatakan berada dalam keadaan cacing kepanasan. Kepimpinan parti itu semakin memahami bahawa populariti yang mereka kecapi terutamanya ketika Pilihan Raya Umum 2008 semakin merudum.

Gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan kemudiannya kecundang di Tenang, Merlimau dan Kerdau sudah cukup memberi tamparan kepada kepimpinan Pas. Walaupun ia sudah jelas membuktikan bahawa pengundi terutamanya orang Melayu semakin ramai tidak menyebelahi parti itu namun Pas masih lagi tidak mahu mengaku kelemahan mereka.

Sebaliknya, kepimpinan Pas termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencari ruang bagi mengelakkan mereka dipersalahkan. Terbaru, Abdul Hadi ketika berbahas di Dewan Rakyat, Isnin lalu mempersoalkan kenapakah Barisan Nasional (BN) memerintah terlalu lama sehingga didakwanya mewujudkan pelbagai masalah di dalam negara termasuk perpecahan.

Kalau beliau bertanya kenapa BN boleh perintah terlalu lama bagaimana pula kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Redang sejak 1986, tidakkah kedudukan begitu lama itu juga atas kehendak rakyat seperti mereka memilih BN kekal memerintah negara ini?

Oleh itu, apa yang dihujahkan oleh Abdul Hadi hanyalah pandangan seseorang yang boleh dianggap tertekan dengan situasi yang melanda partinya sekarang. Apa yang lebih penting untuk dibicarakan ialah mengenai nasib Pas selepas ini terutamanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketika berbual-bual dengan beberapa penyokong tegar Pas, mereka mengakui populariti Pas merudum sejak parti itu mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mereka berhujah pada mulanya segalanya nampak elok memandangkan ketiga-tiga parti itu mempunyai matlamat yang sama dalam Pilihan Raya Umum 2008 iaitu menumbangkan BN.

''Tetapi apabila kuasa sudah dimiliki, maka parti-parti PKR dan DAP mulalah tunjuk belang, Pas seolah-olah dipinggirkan dan diperalatkan ketika pilihan raya sahaja,'' kata seorang penyokong Pas dari Kedah kepada penulis.

Sebenarnya, sama ada hendak diakui atau tidak tindakan bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan Pas dilihat tidak konsisten dalam perjuangannya.

Ia kerana parti itu dilihat sanggup menggadaikan prinsip perjuangannya demi meraih kuasa bersama-sama dengan PKR dan DAP. Apa yang ditentang oleh parti-parti itu terhadap sesetengah dasar Pas, sekarang seolah-olah dipatuhi oleh Pas.

''Segalanya kerana hendak menjadi hati kawan dan tindakan ini tidak menguntungkan Pas, sebaliknya orang semakin keliru apa sebenarnya yang hendak Pas perjuangkan. ''Sebagai pemimpin Pas di peringkat akar umbi, susah juga kami hendak menjawab apabila soalan ini ditanya oleh rakyat,'' kata seorang pemimpin Pas di peringkat cawangan.

Selain kerjasama dengan PKR dan DAP yang dikatakan mengelirukan rakyat terutamanya orang Melayu, turut menjadi persoalan ialah pendirian Pas mengenai perjuangan berkaitan kaum Melayu. Persoalan ini wujud kerana ketika mula-mula bekerjasama dengan PKR dan DAP, Pas dilihat begitu takut untuk bercakap soal perjuangan Melayu.

Malahan segala usaha bagi memungkinkan mereka berunding dengan UMNO berhubung perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam menemui jalan buntu. Keadaan itu wujud kerana Pas menguar-uarkan, mereka berjuang untuk semua kaum sehingga bersedia menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dikhaskan untuk bukan Melayu.

Tetapi secara tiba-tiba dalam tempoh sebulan lalu, Pas mula bercakap soal pentingnya menjaga kepentingan Melayu dan tanpa segan silu menegaskan hak-hak istimewa Melayu perlu dimartabatkan. Dan dalam usaha memberikan gambaran terhadap pendirian Pas itu, Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga mendakwa hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' UMNO.

Presiden Pas itu mendakwa, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan Perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartian berlaku. Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong UMNO, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu.

Itulah dakwaan Abdul Hadi, tetapi apa yang tidak mahu dilihat oleh Pas ialah sejauh manakah perjuangan Melayu yang dibawa oleh UMNO melalui BN telah memungkinkan orang Melayu sekarang sudah mampu 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.'' Malahan berikutan ketegasan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayulah, ia memungkinkan semua orang Melayu termasuk di kalangan penyokong Pas sendiri merasai nikmatnya.

Tetapi demi politik, kepimpinan Pas cuba menafikannya dan lidah rasmi mereka menguar-uarkan kenyataan pemimpin-pemimpin parti itu agar orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya menyokong Pas sebagai parti induk Melayu. Apa yang anehnya, sebelum ini Pas cuba mengelak soalan untuk orang Melayu. Apa yang sering mereka tegaskan ialah perjuangan untuk semua kaum sehingga ada pemimpin mereka yang sanggup menyatakan tidak bangga menjadi Melayu.

Oleh itu, apabila Pas sejak kebelakangan ini mula bercakap soal perjuangan Melayu, maka ia sudah tentu menimbulkan persoalan apakah ia benar-benar ikhlas atau sekadar meraih kembali undi yang semakin hilang di dalam genggaman. Pas amat memahami PKR dan DAP tidak akan memberikan mereka bertanding di kawasan selamat, sebaliknya mahu tidak mahu Pas perlu bertahan di kawasan yang pernah ditandingi dan ini tentulah melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Tetapi disebabkan sikap tidak konsisten mereka dalam perjuangan orang Melayu, maka bahaya yang menanti ialah mereka akan kehilangan sokongan kelompok berkenaan. Ia sudah berlaku di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah undi yang diperoleh calon Pas sudah jelas membuktikan bahawa parti berkenaan mampu mengekalkan sokongan di kalangan penyokong tegar mereka sahaja tetapi pengundi Melayu atas pagar sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

Lihat sahaja di Galas, jika pada tahun 2008 mereka mendapat 4,339 undi tetapi dalam pilihan raya kecil itu Pas hanya mendapat 4,134 undi. Begitu juga di Tenang, undi Pas merosot daripada 3,875 undi pada tahun 2008 kepada 2,992. Trend yang sama berlaku di Merlimau apabila Pas meraih 2,319 undi berbanding 2,877 undi pada tahun 2008, manakala di Kerdau pula, jika pada tahun 2008 mereka memperoleh 2,520 undi tetapi dalam pilihan raya kecil lalu turun kepada 2,336.

Fakta-fakta inilah sebenarnya merimaskan kepimpinan Pas sehingga mereka cemas dalam mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tetapi Pas tidak akan mendapat apa-apa jika mereka tidak mahu bermuhasabah sebaliknya semakin gelabah menyalahkan UMNO dan BN terhadap kemerosotan sokongan yang dialami.


Thursday, March 17, 2011

Bila pemimpin dan pimpinan organisasi tidak ikut sistem

Tertarik dan menarik membaca tulisan Ketua Editor Sinar Harian. Pertama dalam menguruskan organisasi Sinar Harian yang mahukan berita sampai setiap hari tepat jam 6 pagi pembaca sudah menatap berita pada setiap hari. Ini katanya semua staff bawahannya memahami serta pihak pengurusan juga menjiwa sistem dalam pengurusan organisasi berita.

Justeru peranannya sebagai pemimpin organisasi adalah memastikan semua ahli dalam oragnisasi memahami dan mematuhi sisitem yang sedia ada. Katanya jika ia dipatuhi maka selamatlah oraganisasi berkenaan.

berbalik juga dalam menghormati sistem yang ada terutama dalam bernegara dalam negara kita. Sistem sudah cantik, tetapi ramai dan rata-rata pemimpin dan pimpinan organisasi 'enggan' mematuhi apa-apa yang adalam sistem. peraturannya begini tetapi oleh kerana mereka orang 'besar' dalam organisasi keengganan dengan keangkuhan itulah yang memamah sesebuah organisasi.

Teringat kita bagaimana PM semasa berucap di Pekan, ingat dan bangkitkan jangan kita isu kan soal air dalam negara kita. Isu berbangkit bilamana kita gagal mematuhi sistem yang ada, itulah sebabnya orang pertikaikan.

Sebagai contoh bagaimana seorang siswazah lepasan IPTA yang duduk di Kuala Medang Lipis . Baru tamat pengajian, datang dari keluarga yang susah dan miskin, dapat menerima gaji CEO Syabas (Syarikat Air Di Selnagor dengan gaji bulanan melebihi RM400,000 sebulan.

Jika macam ini, orang gila kerja atau pun kerja-kerja gila yang organisasi itu buat. Lu fikirlah sendiri..

Monday, March 14, 2011

Batalkan hasrat membina loji nukelar di Malaysia

Ketakutan kehabisan sumber tenaga dan alternatif kepada tenaga nuklear kini menjadi pilihan negara kita sikit masa dahulu. Perbincangan hangat telah di adakan dari semasa ke semasa. Pro dan kontra masih lagi hangat diperdebatkan dan kini semakin lesu dan layu.

Tiba-tiba tsunami melanda Jepun dalam masa terdekat yang membawa korban tragedi yang cukup besar iaitu 10,000 orang dan kemusnahan harta benda mencecah billion yen.

Kini , selepas bencana tsunami Jepun tertekan dengan bencana nuklear. Kelmarin loi nukelar di Jepun bocor, rsisko rakyatnya terkena radiasi yang mengancam nyawa dan keselamatan sejagat. Dan pakar nuklear Jepun kini bergelut dengan risiko yang tidak terjangka, walaupun mereka mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang cukup hebat.

Berbanding dengan Malaysia, cita-cita untuk memperkenalkan tenaga nuklear dan mahu membuka dan membina loji nukelar kian hebat.

Justeru itu, kini pakar nuklear negara kena memikirkan kembali terhadap usaha murni mereka. Kini desakan suara pihak-pihak yang mahukan negara memikirkan kembali hasrat membina loji nuklear hangat kembali.

Bagi kita, jangan mengambil risiko yang berisiko tetangnya, fikirkan keselamatan


Kerajaan Diminta Batal Bina Loji Nuklear

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan. BERNAMA

Berdemo hanya kerana DNA Anwar ?

Apakah gilanya rakyat Malaysia, membuat demontrasi mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA. Kenapa perginya polis, pendakwaraya (peguam negara) iaitu kalangan orang yang terlibat langsung pendakwaaan dakwa liwat II ke atas beliau. Siri demontrasi rakyat mendesak Anwar serah DNA. Apa kesannya dengan kehidupan rakyat. Jika Anwar terhukum apa faedah kehidupan rakyat ?

Kenapa rakyat mendesak dan marah Anwar hanya enggan serahkan DNA? Beliau siapa hanya seorang ketua pembangkang yang digantung. Bukan siapa-siapa ? Kenapa takut sangat ? Mengapa rakyat terbanyak mahukan DNA diserahkan apa faedahnya kepada mereka. Himpunan dibuat serantak di seluruh negara. Boleh dikatakan semua bandar seluruh Malaysia membuat demontrasi berkenaan. Hanya di Sabah dan Sarawak sahaja yang tidak membuat demontrasi agaknya.

Situasi ini , mudah difahami jika rakyat luar negara berdemo menuntut hal-hal sejagat kehidupan manusiawi, seperti menuntut pengembalian keadilan dalam pemerintahan sesebuah negara, isu kemiskinan, tiada peluang pekerjaan, harga barang naik melampau, rasuah dan ketirisan dalam kerajaan, kekayaan luarbiasa dan boros pemimpin. Sebaliknya di Malaysia , rakyat 'bermati-matian' berdemo jalanan mendesak Anwar serahkan DNA segera.

Inilah Malaysia, walaupun sudah merdeka kalangan rakyat ada yang 'gagal' berfikir dan menggunakan fikiran yang waras kenapa dan mengapa berdemo hanya tentang DNA. Nampak jelas fikiran mereka 'terjajah' dan 'tindakan mereka di arah' . Ibarat bagai lembui yang dicucuk hidungnya. Inilah gaya 'permainan mak yong' yang digerakkan oleh tukang karutnya. Rakyat yang berdemo itu mengikut 'rentak dan tari' orang yang memegang tali di belakang mereka.

Betapa mereka tidak rasa diperbodohkan dengan tindakan yang menampakkan kebodohan mereka. Usahlah kita bercakap lestari itu ini, minda kelas pertama atau berbagai istilah lunak-lunak.

Negara semacam sudah pergi ke arah 'masyarakat kacang parpu' . Makin tidak keruan. sistem yang dibentuk semakin pincang, semua gejala semakin parah.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun: Gambaran Kekuasaan Allah





Gempa bumi kuat di perairan timur Honshu, Jepun
12/03/2011 11:15am

KUALA LUMPUR 12 Mac - Satu gempa bumi kuar berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada pukul 9.47 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan. - Bernama

gan skala 10 Rithcer

Friday, March 11, 2011

Umno Bukannya Kuat Sangat

Benarkan kerajaan Umno Bn kuat ? Jawapannya kerajaan Umno Bn tidaklah sekuatmana tetapi pada zahirnya sahaja nampak kerajaan Bn macam kuat. Ego kekuatan kerajaan Bn diukur dan dinilai melalui kejayaan berganda mereka meraih dua kemenangan dalam dua PRK Kerdau Merlimau yang diadakan serentak pada 6 Mac yang lalu.


Kekuatan Umno Bn hanya diukur melalui peti undi dengan sokongan serta perbandingan jumlah undi yang diraih. Kebetulan keputusannya undi memihak kepada Umno Bn, malah meningkat daripada sebelumnya. Di Kerdau undi Bn naik mendadak daripada 1,600 kepada 2,724 undi. Di Merlimau pula menjadi 3,655 undi daripada 2,456 undi sebelumnya.


Menurut pengarah PRK Kerdau Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, pertambahan undi kepada Umno kerana peratusan keluar undi meningkat daripada sebelumnya menjadi 83.24%. Kedua, pertambahan pengundi baru kepada 8,999 orang daripada sebelumnya. Ketiga penggunaan jentera kerajaan secara maksimum.

Kekuatan Umno Bn hanya dibantu dan ditolongi sepenuhnya oleh jentera kerajaan. Kerahan jabatan-jabatan kerajaan spt JKR, PDRM, Tentera, JKM, JHEOA, Perkeso, JPN, Jabatan Pendaftaran Negara, Bomba & Penyelamat dan sebagainya. Rata-rata menurunkan pegawai-pegawai kanan 'atas arahan bertugas' bagi membantu Umno secara 'halal' atas nama kerajaan.

Dalam hal ini isteri penulis yang bekerja dengan salah sebuah jabatan di atas mempunyai pengalaman tersendiri mengatur lawatan menteri berkenaan khas dalam misi di Kerdau. Dakwaan Dato Tuan Ibrahim tidak dapat dinafi dan disangkal. Kebenarannya tetap ada.

Kemasukan undi luar biasa melalui pertambahan undi menjadi jumlahnya kepada 8999 juga merupakan satu kejuatan. Justeru, tungkus lumus jentera PAS dengan dibantu oleh DAP dan PKR gagal menyaingi keseluruhan 'kerahan' jentera kerajaan.

Jentera Umno, hanya sebagai kosmetik, mereka lebih kepadaa pelengkap dan menjadi pelancong pilihanraya dengan hanya mengaya dan memperaga fesyen dan cara pemakaian. Penulis hanya terserempak beberapa kali jentera puteri dan wanita Umno bergerak rumah ke rumah, dan kami sempat menyapa mereka. Dengan jentera wanita Umno malu dan tersipu-sipu bila berselisih dan ditegur sapa oleh calon PAS waktu itu.











Wednesday, March 09, 2011

Cedik Pandai Yang Dibeli atau Terbeli

Dua professor universiti tempatan kelmarin menjadi tamu RTM rancangan bualbicara Isu Khas berkenaan pilihanraya Kerdau dan Merlimau. Kedua-dua tamu undangan terus memberi pandangan mengikut kaca mata RTM dan kerajaan, itulah tujuan pun mereka diundang.Pandangan mereka adalah pandangan sehala.

Dalam negara kita, kita lemas dan malas bercakap soal kebebasan berfikir dan memberikan pandangan yang bertentangan dan berlawanan dengan pandangan arus perdana. Kerana di negara kita akan dicop sebagai sesuatu yang tidak sihat.

Ironisnya, apa yang ingin diketengahkan bayangkan bagaimana dua cerdik pandai yang diundang pun boleh berfikiran sedemikian. Pemikiran sehala, malah mereka ini pula tergolong juga sebagai orang yang hebat intelektualnya pun gagal memikir dan membuat rumusan pertimbangan yang secara rasional. Usahlah diharapkan sesuatu yang luarbiasa daripada masyarakat orang kampung bagi membuat keputusan.






Monday, March 07, 2011

Kerdau : Analisa kemenangan Bn


KERDAU: Tahniah bn atas kejayaan luar biasa dalam dua PRK serentak di Malaysia. Kejayaan luarbiasa ini setidak-tidak dapat dirasai bersama oleh 8999 pengundi di Kerdau dan jumlah lebih untuk Dun Merlimau.

Kemenangan Bn sudah dijangkakan, dengan tindakan-tindakan dan kerja-kerja luar biasa yang mereka lakukan bermula sebelum penamaan calon lagi.

Cuma sesetengah pihak, melihat betapa Bn sungguh tidak beretika dan mengodam sungguh peluang dan ruang yang ada bagi mereka mengekalkan kuasa mereka.

Ketidakfahaman rakyat dengan kerajaan dan parti menguasai kerajaan perlu disedarkan. Jika rakyat sudah celik politik dan tahu permainan politik Umno Bn tidak akan kekal menang selesa walaupun dalam kepayahan di kedua-dua Dun ini.

Kerakusan dan keghairahan Umno Bn memperkosa dan memperalatkan semua jentara kerajaan dalam PRU Kerdau dan Merlimau adalah sungguh keterlaluan dan melampau. Tindakan dan mempergunakan jentera kerajaan secara terang-terangan akhirnya akan membuka mata rakyat.

Itu sebab bilamana ceramah-ceramah PAS dan PR yang sering mendapatkan sambutan menakutkan umno Bn

Sunday, March 06, 2011

TERKINI: KERDAU

KERDAU:

Jam 7.27 mlm

PAS 2002 BN 4074
MAJORITI - 2072

Jam 7.39 mlm

PAS - 2161
Bn - 4486
majoriti - 2325 undi

Jam 7.41 mlm

PAS - 2204 undi
Bn - 4793 undi
majoriti - 2589 undi

TERKINI: KERDAU

KERDAU:

JAM 7.27 MLM

PAS 2002 BN 4074
MAJORITI - 2072

Kerdau: lihat sendiri akhlak siapa dia ni


KERDAU: anda dapat bayangkan bagaiamana mereka bercakap soal etika dan akhlak.

Demi undi , Bn boleh dan halalkan apa sahaja. Tanpa rasa sekan dan malu, tetapi amat berbangga bagaimana sendu dan terkedunya kita perlakuan pimpinan kita.


Terkini: Kerdau

KERDAU: Keputusan terkini Bn masih mendahului

PAS - 1776 undi
Bn - 3, 777
Majoriti - 2001 undi.

TERKINI: KEPUTUSAN PRK KERDAU

Setakat jam 6.39 petang;_

Undi PAS - 956 undi
Undi Bn - 2021 undi
Jumlah pengundi 3051 orang

Lintas langsung PRK Kerdau

KERDAU: keputusan terkini PRK Kerdau sehingga jam 6.34 petang.
Undi PAS perolehi adalah 956 , Bn 2021 majoriti 1065 undi. Sehingga kini ada 8 peti undi telah pun siap dari segi penjumlahan undi di peringkat peti undi masing-masing.

Keputusan rasmi akan dijangka akan diketahui sepenuhnya jam 8 malam

Kerdau: Kelancaran Proses Pengundian Paling Lemah daripada 15 PRK



KERDAU: Kelancaran proses pengundian PRK Kerdau oleh SPR kali ini adalah paling teruk berbanding sepanjangn dengan siri-siri PRK yang lalu. Pasukan penguatkuasa seperti Polis dan petugas SPR yang duduk dibarisan hadapan sebagai badan pelaksana gagal melnyempurnakan kawalan secara kemas dan kelam kabut terhadap proses pengundian di Kerdau.

Tindakan tidak bermaya , lembik memberi muka dan kecenderungan sentiasa memberi muka kepada Umno dan Bn menyebabkan perjalanan di luar kawasan pengundian menjadi 'kecoh' di Jengka 23, Kuala Tekal , Desa Murni .

Ketidaklancaran itu ketara kelam kabut bilamana arahan berbeda-beda antara pegawai PDRM yang bertugas dan lebih mendengar aduan lisan jentera Umno menjadikan keputusan berbeda-beda dalam masa beberapa minit.

Tindakan sengaja pihak Umno bagi melakukan serangan psaikologi kepada jentera Pakatan Rakyat menjadikan keadaan kawasan berkenaan tegang. Dan inilah yang dikehendakki sangat oleh pasukan cantas yang bergerak pada hari terakhir di Kerdau.

Rata-rata para pemerhati melahirkan rasa terkilan dan penuh kekesalan, dengan bandingan jumlah anggota yang dikerahkan ke Kerdau tidak sepadan dengan tugas mereka.


Kemungkinan juga kerana rasa 'marah' anggota keselamatan mahu diterjemahkan kepada pihak atasan kerana gagal memberikan khidmat prasarana baik bagi kemudahan anggota keselamatan. Prasarana kali ini adalah paling 'teruk', sehinggakan situasi kerja-kerja penyempurnaan masih lagi di buat oleh pihak kontraktor walaupun esok katanya adalah hari terakhir pengundian.

Ini diakui oleh anggota keselamatan yang penulis temui yang enggan namanya disiarkan.

Pihak kontraktor terpaksa juga membekalkan kemudahan kerana peruntukan dan tender bagi Kerdau telahpun dikeluarkan dan wajib dihabiskan juga. Itulah malaysia... tanah air ku

KERDAU: Tindakan Dato ismail said memalukan

KERDAU: Tindakan keterlaluan Ahli Parlimen Dato Ismail Said yang gagal mengawal perasaan adalah sungguh memalukan sebentar tadi.

Kejadian 'kemarahan' Ismail Said terhadap sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat berlaku di Peti Undi Desa Murni.

Dato Ismail adalah anak jati kampung berkenaan, beliau rasa tercabar dan kalah terhadap psaikologi penyokong

Ramai pemerhati melahirkan rasa kesal dengan tindakan Dato Ismail.


Kerdau: Umno membuat provokasi di jengka 23




KERDAU: Pemuda Umno membuat provokasi secara melampau secara berdepan terhadap para penyokong PAS di sekolah kebangsaan jengka 23. Provokasi itu, dilakukan dihadapan petugas dan anggota polis.


Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang pegawai Polis yang bertindak cepat bagi meleraikan provokasi berkenaan. Gelagat itu dilakukan oleh 'tentera upahan' yang memakai baju t berwarna hitam dan diketuai oleh seorang 'berbadan sasa' yang pelik

Sehubungan itu, kita sebagai pemerhati merakamkan ucapan terimakasih kepada YDP Bera yang berjaya mengawal para penyokong PAS dari bertindak lebih agresif.


Saturday, March 05, 2011

Kerdau: Umno memang kerjanya adalah membeli orang

KERDAU: UMNO sememangnya sesak dan sakit hati serta mengelabah, bilamana pengasas Umno jengka 25 yang mengisytiharkan diri bersama 12 rakan yang lain untuk keluar meninggalkan perjuangan Umno.

Pendekata Umno tertolak di hati pengasasnya selama ini di Jengka. Berita ini adalah satu pukulan yang cukup hebat dan usaha 'memujuk, membeli dan memenangi' hati kembali Muzammil giat dan rancak dibuat. Dan akhirnya dengan taktik serangan Umno bertali aru terhadap Muzammil dan rakan-rakannya memaksa beliau kembali menerima Umno, tetapi dia tidak redho. Kes sama berlaku macam mana Adun Belanja Perak yang isytihar keluar Umno dan masuk PKR tetapi selang 24 jam


Tiga Hari Sertai PAS, Muzammil Kembali Kepada Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK TEMERLOH: Selepas tiga hari menyertai PAS, Muzammil Muallif, 51, pada Sabtu mengumumkan pendirian untuk kembali ke pangkuan Umno.

Bekas Ketua Umno Cawangan Jengka 25 itu berkata, tindakannya menyertai PAS merupakan satu kesilapan besar apabila menyedari bahawa tidak ada mana-mana parti selain Barisan Nasional (BN) dan Umno yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakannya kembali kepada Umno adalah pertimbangan peribadi tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Setelah difikir dengan semasak-masaknya, tanpa dipaksa, ditekan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka dengan ini saya mengisytiharkan untuk kembali kepada Umno.

"Melihat kepada hasil perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat di negara ini termasuk pembukaan Felda dan Felcra, saya tidak yakin mana-mana parti terutama PAS dan Pakatan Rakyat mampu menandingi sumbangan BN," katanya pada sidang media di sini.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia turut menafikan membawa bersama 11 orang ahli Umno dari Jengka 25 menyertai PAS bersamanya seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak membawa mana-mana ahli Umno Jengka 25 semasa saya keluar (Umno) tempoh hari.

"Berkemungkinan 11 orang yang diuar-uarkan oleh PAS itu terdiri daripada penyokong PAS sendiri," katanya.

Rabu lalu Muzammil dilaporkan bersama 11 yang lain menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan itu disifatkan PAS sebagai tekanan kepada terhadap Umno.


Kenyataan Media Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

KENYATAAN AKHBAR


Edaran Media 5 Mac 2011



Pada hari terakhir tempoh berkempen di N28 DUN Kerdau ini, PAS dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan dalam mendukungi persaingan sihat di PRK ini, merkamkan betapa harapan untuk menyaksikan demokrasi yang adil, telus dan berintegriti telah musnah dek kerana pencabulan dan salahlaku yang dibuat oleh lawannya yakni Barisan Nasional.

Kami, pada hari ini akan membariskan segala pelanggaran Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya, 1954 bagi menguatkan hujjah kami bahawa bukan sahaja perilaku ini dibuat oleh Barisan Nasional akan tetapib lebih malang lagi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak yang sepatutnya menjamin proses pilihanraya berjalan dengan bebas, adil dan bersih.

Laporan-laporan kami kepada pihak berkuasa yakni SPR, PDRM dan SPRM pada 1 hb Mac dan 5 hb Mac, tidak langsung diberikan perhatian dan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa tersebut.
Antara kesalahan dan pelanggaran Akta Pilihanraya 1954 yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah seperti berikut:

i. Penggunaan secara berleluasa dan sewenang-wenang kemudahan premis awam seperti:
a. padang awam Teluk Sentang,
b. Masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar,
c. Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23,
d. Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25
e. Balai Raya Kuala Tekal
f. pejabat-pejabat Felda di Kerdau ini.

Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam.
ii. Pemberian secara terbuka dibuat oleh YAB Perdana Menteri bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal dengan secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampongif Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu adalah amat dikesali dan bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

iii. PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka. Peruntukan berjumlah RM10.4 juta telah dibuat sendiri oleh PerdanaMenteri.

iv. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan “Mengakhiri Zaman Miskin”.

v. Paling mutakhir adalah bayaran wang SES RISDA Felda Jengka 22 sebanyak RM13,000 seorang peneroka atau berjumlah sebanyak RM3,367,558.00 yang bakal dibuat penyeraan cek pada Isnin 7 Mac 2011. Begitu juga bayaran SITS MPOB Felda jengka 23 kepada peneroka sebanyak RM4,00 seorang. Rasuah atau tidak akan tergantung secara kritikal kepada siapa yang mendapatnya.

vi. Kalau ia disasarkan hanya kepada peneroka dalam DUN N28 maka, bayaran ini, yang sebenarnya hak peneroka yang tidak dibayar sekian lamanya, adalah jelas rasuah. Tetapi kalau semua peneroka getah dan kebun sawit dapat tanpa mengira samada mereka tinggal dalam N28 Kerdau atau tidak, maka itu adalah polisi bayaran yang dibuat secara menyeluruh tanpa berpilih-pilih atau selektif. Ternyata bahawa bayaran ini adalah selektif dan berpilih, maka jelas dan tegasnya bahawa ia adalah satu tindakan mempengaruhi pengundi dan bertentangan dengan Akta Pilihanraya.

Bedasarkan realiti dan kenyataan di atas serta ketidakadilan dalam perjalanan PRK N28 Kerdau hari ini, maka kami melihat insiden ini sebagai kegagalan SPR menjamin perjalanan PRK bersih dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan ke atas pengundi.

Ketidakadilan ini mestilah ditentang oleh rakyat khususnya para pengundi di DUN Kerdau dengan menterjemahkan bantahan mereka dengan memberi undi protes terhadap pencabulan peraturan perunutkan Akta Kesalahan Pilhanraya 1954.

Kami merayu dan menyeru para pengundi N28 Kerdau supaya mengambil iktibar di atas kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional melaksanakan amanah membangunkan Kerdau yang jelas telah terpnggir selama lebih 50 tahun. Hal diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri.


Saya selaku Pengarah Jentera Induk PAS di PRK Kerdau, ingin menyeru seluruh pengundi dan para penyokong supaya mengekalkan keharmonian sepanjang tempoh pengundian berjalan.




______________________________
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,
Naib Presiden PAS merangkap Pengarah PRK N28 Kerdau.

Friday, March 04, 2011

Bomba Penyelamat Untuk Selamat Siapa di Kerdau

KERDAU: Umno dan kerajaan Umno rakus dan terus memperkosa demokrasi berpilihanraya khususnya dalam pilihanraya kecil Dun Kerdau, Pahang. Hari ini sahaja memperalatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat dengan mengerahkan semua para pegawai seluruh Pahang supaya hadir ke Pekan Kerdau hari ini.

Hasrat murni Umno dan kerajaan untuk mempertingkatkan tahap kesukarelawan di kalangan masyarakat Cina adalah disanjungi dan dihargai. Namun niat suci dan murni itu ternyata melanggar 'etika' dan "akta Pilihanraya 1956 yang disanjungi sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Malang dan kesal undang-undang ini terpakai hanya kepada parti pembangkang sahaja, tidak Umno dan kerajaan. Undang-Undang sarang labah-labah ini hanya terpakai untuk parti yang tiada kuasa sahaja.

Dan dalam masa yang sama mereka bercakap mereka adalah penyelamat, bapa pembenar kerana mahu selamatkan Malaysia daripada pembohongan. Inilah wajah-wajah hodoh Umno disebalik hidden images yang rakyat Kerdau dapat celikkan minda mereka


Kerdau: Nizar dan Calon PAS Santuni Pengundi Cina Kerdau

KERDAU: Menteri Besar Perak yang sah Nizar Jamaluddin mengingatkan pengundi Cina Kerdau bahawa pilihanraya kecil ini menangkan calon PAS sebagai tanda sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Minta rakyat di Kerdau berjanji pada 6 Mac ini pilihlah calon PAS sebagai wakil mereka nanti.

Tuan-tuan tidak rugi memilih calon PAS, kerana jika menang calon PAS pun MB Pahang dan kuasa kerajaan masih lagi ditangan Umno Bn juga, katanya. Tunjukkan isyarat bahawa mereka tidak boleh selama-lamanya menzalimi kita sebagai rakyat.

“Di Perak kita memerintah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR menjadi kerajaan, semua dalam keadaan harmoni dan baik, tetapi Najib Razak melalui Polis, SPRM, SPR dan Undang-Undang merampasnya secara tidak demokratik, merampas secara haram ujar beliau dengan disambut tepukan gemuruh oleh para hadirin yang terdiri daripada masyarakat Cina di sini.

“Umno Bn katanya adalah parti pembohongan mereka berbohong kepada rakyat, mereka adalah kumpulan pemerintah yang baik, tetapi mereka adalah pengkhianat

Di bawah slogan Angin perubahan dan ubah sekarang adalah fenomena yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil N28 Kerdau.

Hadir sama di majlis makan malam anjuran DAP adalah calon PAS Sdr Hassanuddin Salim dan isteri, Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Sing Giew, persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sdr Zulkefy Ahmad, ahlijawatankuasa MT PKR Dr Muhammad Nur Manuty dan rakan-rakan pengundi Cina seramai 500 orang.

Kerdau: Umno Hina Pengundi Melayu Islam bawa Umi

KERDAU: Umno dan Bn ketandusan modal dan penceramah. Kelmarin Umi Hafilda diheret oleh Umno menjelajah Kerdau mendedahkan 'pekung' PR kepada para pengundi Kerdau.

Adalah malang Umno yang masih lagi menyambut sambutan Maulidur Rasul tanpa rasa bersalah dan malu membawa Umi sebagai umpan kepada masyarakat Kerdau yang rata-ratanya iaitu 89 peratus adalah pengundi Melayu Islam.

Bagi Umno tiada masalah kerana parti dan perlakuan individu adalah dua perkara berbeda dan tidak bercampur. Agama suku dan politik suku, kerja buat politik tiada kaitan dengan kehidupan dan kesan kepada kehidupan mereka.

Inilah satu bentuk penghinaan Umno kepada orang Kerdau, membawa seorang penzina, kaki botol dan sebagainya kepada mereka. Dan Umi boleh bercakap mengajak pengundi mengundi Umno dalam suasana dirinya itu sendiri tidak terurus dengan akhlak yang baik.

Jika Umi dan Umno benar bagaimana Anwar masih gagal dibuktikan secara ilmiah dengan pertuduhan liwat fasa 1.

Oleh itu, pengundi Kerdau harus sedar dan tolak Umno. Dan katakan tidak kepada Umno itu sendiri.

Lagi Lama Umno Semakin Gila

Sejak bila Umno dan kerajaan BELA Melayu. Sejak bila Umo mahu jaga dan kawal kampung Melayu, sejak bila Umno jaga sangat gambar pemimpinnya.


Ini adalah bentuk dakwaan risalah Umno terhadap Pembangkang di Kerdau.

Siew Fook Hina Sultan Perak ...
Tiada lagi kampung Melayu..
Roboh kedai Melayu..
Tony Pua cadang hapuskan diskaun bumiputera..
Pijak pemimpin gambar Melayu...
Guan Eng hina pemimpin Melayu...
Siew Fook hina Redhuan Tee...
Teresa Kok Hina Tulisan Jawi..
Karpal Singah Tolak Negara islam..
Tiada lagi azan..
Ganti nama YDPA dengan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah Jumaat
Tiada lagi tilawah Quran
Tiada lagi Maulidur Rasul..
YB DAP beri takzirah di surau...
Lim Guan Eng mahu jadi Umar Abd Aziz
Tiada lagi Bazzar Ramadhan..
Hina Zakat..
Baca Ayat Al Quran..
tuduh JIM ekstream

Thursday, March 03, 2011

Kerdau: calon Bn Umno BN bersandiwara lagi

KERDAU: Penduduk Kerdau tidak mahu LCCT atau MRT, tetapi mereka hanya mahukan kebajikan mereka dijaga, itulah kata-kata yang terhambur daripada mulut calon Bn Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad semasa diinterbiu oleh sebuah stesen tv semalam. ianya disiarkan ke seluruh negara.

Sekaligus ucapan tersebut jelaslah Syed Ibrahim sendiri tidak bersetuju dan menempelek secara sinis tindakan kerajaan pusat membuat projek MRT di Lembah Klang. Projek ini menelan kos berbillion bagi menampung manfaat 1.5 juta penggunaa pengangkitan awam di Lembah klang. Projek ini akan siap menjelang 2013 akan datang.


Umno di Kerdau nampak menjuarai projek rakyat hanya semasa pilihanraya kecil sahaja. Ini adalah salah satu lagi bentuk sandiwara Umno Bn bagi mengabui mata rakyat mereka adalah pembela sebenar rakyat. Hakikatnya adalah berpura-pura belaka.


Justeru pengundi di Kerdau diminta menolak Umno pada kali ini. Tujuan untuk menyatakan sikap terhadap ketidaktelusan, ketidak jujuran dan sandiwara lakonan membela rakyat yang hanya menjadi tatapan agenda media, bukan agenda perjuangan teras mereka bagi membela rakyat.