Tuesday, July 20, 2010

Ponteng Dewan dan Ponteng Sekolah , apa bedanya ?

Isu pelajar sekolah ponteng sering menjadi fokus media dan perhatian masyarakat. Ini kerana nilai pelajar itu sendiri mereka adalah aset negara dan mereka juga adalah harta bakal pemimpin masa depan yang mesti dititipan sesempurna mungkin.

Masyarakat benar kerana memberi fokus kepada isu pelajar yang memonteng sekolah kerana mereka adalah bakalan pemimpin masa depan dan merekalah yang mewarni kepimpinan dan maju mundur negara masa hadapan.

Kita sering terlupa ada lagi kes seumpama pelajar-pelajar tadi memonteng sekolah. Rupanya perlakuan para pelajar ini tidak bersendirian, rupanya ponteng tidak berhenti setakat itu.

Rupanya bapa para pelajar ini juga kuat memonteng, khususnya yang kini menjawat jawatan-jawatan penting dalam institusi masyarakat. Jelas hari ini perkara yang sama dibangkitkan di satu tempat yang tertinggi dan termulia dalam negara kita.

Ini kerana ketertinggian Dewan Rakyat adalah merupakan badan tertinggi perundangan dalam negara kita yang tidak disedari dan dihayati petugas nya mereka yang berada di sana mengabaikannya.

jujurnya kerana mereka juga mengikut apa yang memimpin mereka, ibarat kata Bapa Borek Anak Rintik.

Abu Zahar tegur wakil kementerian tidak ada dalam dewan ketika sesi bahas

KUALA LUMPUR - Kekosongan kerusi yang sepatutnya dipenuhi wakil dari kementerian di Dewan Negara hari ini mendapat perhatian Yang Dipertua Dewan Tan Sri Abu Zahar Ujang yang mahu wakil kerajaan berada di dalam dewan itu ketika mesyuarat berlangsung.

"Saya sudah suruh wakil dari kementerian untuk duduk di dalam dewan. Tapi ini apa? Saya mahu ini direkodkan. Dewan ini adalah dewan yang mulia. Tadi menteri cakap, sekurang-kurangnya timbalan menteri perlu ada dan pegawai-pegawainya perlu ada. Sekarang ini kita bercakap dengan siapa?.

"Kita sedang membahaskan isu yang penting. Kalau menteri tidak hadir, timbalan Menteri diminta hadir. Saya hendak tentukan perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

Sebelum itu, Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 meminta supaya kementerian berkaitan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dikemukakannya.

Bagaimanapun selepas menyedari bahagian tempat duduk yang diperuntukkan untuk pegawai dari kementerian kosong, Abu Zahar mencelah dan bertanya di mana wakil kementerian terbabit berada.

Jawapan Rizuan bahawa mereka mungkin berada di luar menyebabkan Abu Zahar menegaskan kesemua wakil kementerian harus berada di dalam dewan ketika persidangan berlangsung.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir turut bangun mencelah dan memaklumkan kepada persidangan bahawa beliau mendapati cuma seorang timbalan menteri sahaja yang berada di dalam dewan itu.

"Saya sokong Yang DiPertua dan saya hanya nampak seorang sahaja Timbalan Menteri yang ada," katanya.

Teguran Abu Zahar menyaksikan beberapa wakil kementerian memasuki dewan tersebut selang beberapa minit kemudian.



No comments: