Sunday, July 11, 2010

Anwar: Agenn CIA hebatnya !!!

Tuduhan terbaru terhadap Anwar memasuki fasa baru, selepas liwat fasa II dengan pembantunya yang muda belia, sebelumnya Anwar adalah pengkhianat negara. Kini Anwar adalah agen perisikan CIA pula.

Hebatnya Anwar beliau dapat melepasi kelayakan dan saringan seusia beliau untuk menjadi agen perisikan CIA. Inilah hebat Anwar setaraf dengan James Bond. Berusia tua tetapi hebat.

Kita rakyat Malaysia seharusnya bangga kerana mungkin pertama kali dalam sejarah AS melatih seorang rakyat kita menjadi agen CIA. Kelayakan sebagai agen CIA adalah berlainan kedudukan dan posisi sebagai talibarut AS.

Tentulah mahal bayaran yang Anwar terima sebagai agen perisikan terkemuka di dunia itu.

Taraf menteri Malaysia menilai berita adalah dengan satu dakwaan dalam blog di AS bahawa Anwar. Dan sumber berita adalah daripada Bernama bukannya daripada AFP atau Reuter, hanya Bernama sahaja.

Jelaslah kepada kita faktor Anwar adalah menjadi libaliti ketakutan teramat sangat. Watak Anwar dalam politik Malaysia mesti ditiada . Kebimbangan ancaman Anwar menghantui setiap gerak geri dan gerakan kepolitikan Umno Bn.

Ini mudah kerana sepak terajang Umno Bn dapat dibaca dengan mudah. Kepercayaan rakyat terhadap Umno semakin terhakis, Anwar dari sehari ke sehari menghakis kepercayaan tinggalan Umno.

Kini kekuatan kerajaan hanyalah bergantung sepenuhnya dengan kerajaan dan kerajaan Umno hanya menunggu masa yang sesuai sahaj untuk rakyat taklinkan.

Semua institusi berjalan dengan penuh kepincangan, kahzanah wang negara dirompak dan diagihkan dengan rakus tanpa belas kasihan. Rakyat ditipu dan dibohongi berkali-kali. Emosi rakyat dibuai bagi meningkatkan sokongan kepada rakyat.

Namun kini bukanlah masa yang sesuai lagi untuk terus menipu rakyat.



Anwar akan kena tindakan jika benar jadi alat CIA

11/07/2010 3:05pm

KUANTAN 11 Julai -Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan

Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Hishammuddin berkata, beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu

ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata. - Bernama



No comments: