Tuesday, June 08, 2010

Oh Isreal, Woi... Liga Arab

Bahang dan api kemarahan masyarakat dunia 'kembali' memuncak dengan peristiwa Flotila Misi Kemanusiaan Gaza bilamana 9 daripada 500 aktivitis yang mewakili 30 buah negara dunia ke Palestina tempoh hari.

Misi kemanusiaan ini membawa bertan-tan bahan binaan, makanan, ubat-ubatan serta bahan keperluaan lain bagi membantu terus masyarakat Palestin. Israel melalui tindakan komando 'hebat'nya menyerbu mengepung dan menembak mati 9 aktivis kemanusiaan 7 adalah rakyat Turki. Gara-gara kerana dapat maklumat 'pengganas' bersama di dalam misi berkenaan.

Tindakan gila Isreal ini adalah merupakan siri-siri kekejaman, ketidakpedulian, serta kebongkakannya bagi mempertahankan 'hak'nya.

Semua tindakan ini, tidak sukar untuk kita fahami kerana Israel adalah negara dan bangsa yang terlindung dan dilindungi oleh sebuah kuasa besar dunia. Semua nya menjadi halal dan tidak membimbangkannya.

Di negara kita Malaysia, turut memberi reaksi yang sama. Pertama kali dalam sejarah bilamana rakyat kita seramai 12 orang terlibat sama dengan konvoi masa Gaza ini. Maka Parlimen Malaysia semalam telah membuat usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Isreal dan dalam masa yang sama mahukan PBB bertindak ke atas Isreal.

Cuma kita di pihak rakyat mahukan negara-negara jiran Isreal seperti Mesir , Jordan dan sekutu yang lain dapat membuka mata. Maka kan hingga ke saat ini kita masih tertunggu-tunggu apakah resolusi Liga Arab dalam isu ini. Inilah nasib negara umat Islam yang pimpinan sekular dan terlalu kebaratan.

No comments: