Muktamar ke 56 selesai berlangsung. Sebanyak 6 usul diluluskan dan ada bersifat ke dalam dan ke luar parti PAS. Para pemerhati dan penganalisa serta rakan-rakan tertunggu-tunggu apakah bentuk tuntutan dan desakan radikal para perwakilan PAS kepada pimpinan dan khasnya kepada Pakatan Rakyat.
Namun, semuanya kecewa dan meleset kerana agenda berani dan panas tiada. Maka kecewalah sesetengah orang yang mahukan sesuatu yang panas dan kontroversi bagi memanaskan muktamar berkenaan.
Persidangan kali ini perwakilan negeri adalag gabungan generasi tua dan muda. Dan dengan pindaan perlembagaan baru ini, kita dapat saksikan kepimpinan daripada akar umbi kawasan hadir.
Para pembahas yang mewakili negeri juga pun adalah rata-rata anak muda pelapis. Paling menarik adalah wakil daripada Sarawak yang cukup menarik perhatian dan amat bersahaja serta berjaya mencuri tumpuan persidangan. Senda sinis dan gurauan yang cukup bermakna dan amat menyentuh perasaan para perwakilan.
Sesetengah media melaporkan persidangan kali ini adalah hambar. Nilaiannya pada hari pertama adalah memang wajar, tetapi hari kedua sahaja ucapan daripada wakil DHPP membuka mata semua pihak di dalam dan di luar terhadap kemampuan Dewan Himpunan ini.
No comments:
Post a Comment