Saturday, May 15, 2010

Pemikiran pelik dan songsang UMNO

Dari segi politiknya Nik Aziz Nik Mat adalah lebih bijak dan lebih maju pemikirannya. Usul dan fiqh Tuan Guru memang bisa, rasional hujahnya tidak terjawab dek musuh yang mahu menyerangnya tentang isu kalimah ALlah yang diserang dari semua sudut.

Dan memang kerja UMNO dan kerja-kerja UMNO adalah suka menyibuk serta menyesatkan pemikiran orang kerana mereka sendiri sudah sesat. Dulu sibuk mereka dan ulama mereka menyerang KM P Pinang kerana mengahalang perarakan Maulid Rasul. dan hari ini ini pula kalimah Allah yang mahu dijaga sangat.

malah hukum-hukum lain mereka tidak sibuk sangat. Judi di Genting Highlands, arak di P Jaya adalah satu dua contoh yang merupakan maksiat besar dan kumpulan dosa besar. Tutp urat bagi perempuan Islam yang baligh bagaimana ? Kenapa benda dan perkara asasn dan feudmental ini tidak dikecohkan, patutlah mereka insafi hal ini dulu.

Kerana mereka selalu berhujah nak buat sesuatu kena bagi rakyat dan orang faham dulu. Inilah pelik dan songsang pemikiran UMNO












DAP Boleh Guna Kalimah Allah Untuk Berpolitik - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)... tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di sini hari ini. -BERNAMA

No comments: