Thursday, May 27, 2010

Kerajaan dulu memikirkan hal rakyat, sebelum rakyat memikirkan masalah kerajaan ?

hajat besar mahu puteri Gunung Ledang, tapi modalnya tidak mahu dikeluarkan. Analoginya kiat mahu memerintah tapi tak mahu gunakan wang. Atau berangan-angan dan kira mengiranya begini. Mahukan menguruskan sesuatu tetapi menguruskan dengannya tanpa wang sahaja lagaknya. Ini sememangnya lah baik. Berjimat dan bercermat serta berhemah.

Tetapi bila sudah terlalu lama dinyanyikan dan dilagukan serta didendangkan kepada rakyat. Orang semakin menyampah dan meluat.Nyanyinya mudah soal subsidi. Jika kerajaan tidak beri subsidi duit kita ada banyak ini. macamlah juga kalau aku tidak makan aku dapat simpan banyak ini.

Adalah elok sifir dan wiridnya jika aku tidak hisap rokok aku boleh simpan sebanyak ini. Adalah tidak elok jika aku luluskan lesen judi aku boleh dapatkan wang sebanyak ini.

Juga adalah elok jika hutan rimba bukit bukau disimpan untuk anak cucu. Dan adalah tidak elok jika setiap tahun aku boleh dapatkan kutipan tol dan cukai pendapatan sebanyak ini, jika orang yang menggunakan sejumlah ini pada suatu-suatu masa.


Begitulah juga dengan keluhan, macamlah dia hebat sangat mencaturkan itu ini. Jika perancangannya hebat, buktikan dengan belanja subsidi berkenaan ia berjaya membuat sesuatu jumpaan dan dapatan bagi menyelesaikan subsidi berkenaan. inilah yang rakyat mahu tunggu dan dengarkan. Dengan pmotongan subsidi ini ganjaran kemudahan dan pakej kebaikan yang tersedia. maka sekadar menyatakan jimatnya begini jika tidak berbelanja begitu. Bukanlah penyelesai masalah rakyat. dan menjadi tanggungjawab kerajaan adalah memikirkan hal rakyat. dan bukanlah menjadi tanggungjawab rakyat pula memikirkan bagi pihak kerajaan kepadanya.



Bukannya jika atau kalau tiada subsidi kita dapat jimat jumlah begitu begini. Jika macam itu, kita pun boleh berangan-angan begini. Kalau aku dulu di Bangi 30 tahun, kalau aku belilah tanah kat Putrajaya kawasan sawit hari tu huh aku untung berapa la ni. Bangunan apa aku boleh buat ?



Malaysia Jimat RM103 bilion Jika Subsidi Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengurangkan subdidi kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya langkah untuk mengurangkan subsidi tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut Malaysia akan muflis menjelang tahun 2020 kerana negara menanggung defisit sebanyak RM1,158 bilion.


No comments: