Berita gembira bagi Pakatan Rakyat adalah menang PRK Sibu semalam. Bagi UMNO APCO dan UBN adalah kekalahan di Parlimen Sibu ini. Katanya jumlah undi BN dikalahkan sebanyak 398 undi , iaitu dilaporkan media sebagai kekalahan tipis UBN atau kemenangan tipis pembangkang. Hasilnya ikut manapun UBN kalah.
Keputusan semalam yang sepatutnya diumumkan jam 9 mlm ditunda ke jam 10.00 malam dan dilenggahkan sehingga jam 11.00 malam. Antaranya adalah masalah tong undi POS dan jumlah undi POS. macam biasa undi POS dan tong undi POS adalah senjata akhir UMNO.
Kali ini SPR patut dipersalahkan kerana mereka tidak menjalankan kerja-kerja mereka macam biasa. Sifirnya mudah kerana mereka yakin Sibu milik UBN. Dan mereka tidak jangkakan dan dapatan mereka dan risikan mereka adalah salah dan tidak tepat. Kemenangan mudah yang dijangkakan bertukar kepada mimpi ngeri siang hari bagi UBN pada kali ini. Kini 7-2 PRK memihak kepada pembangkang.
Moral ceritanya daripada PRK yang lalu adalah gambaran rakyat semakin hari semakin menolak cara dan kelakuan UBN UMNO APCO. Ini adalah petanda Projek 16 September iaitu laluan ke Putrajaya akan diperolehi dengan cara bermaruah.
Benarlah kata Mukhriz bukanlah caranya UMNO Kedah mahu dapatkan Kedah dengan cara tidak bermaruah. Nah, inilah realisasinya kerajaan Pakatan Rakyat akan perolehinya dan kita akan lihat Islam akan kembali berdaulat dan memerintah dan menguasai dunia dalam beberapa dekad ini, petanda bahawa kemenangan islam dan keamanan dunia dan dunia semakin tua dan uzur, insaf-insaflah mereka yang berkelakuan rakus dan sayangkan dunia kerana rata-rata hidup kita di dunia adalah sementara. Buatlah dan kejarlah amal kita seolah-olah mahu mati esok hari.
No comments:
Post a Comment