Monday, December 14, 2009

Amanah itu didahulukan dalam urusan daripada rakyat

Kelmarin Friday : 11 December 2009 Lidah Rasmi PAS secara ienteraktif Sidang Online melaporkan bahawa , 'Kuantan bakal tenggelam!'. Hari ini cuba dijelaskan dan dijawab oleh agensi berkenaan kepada rakyat secara umum tentang peranan agensi ini. Sikap berselindung dan melindungi sesuatu perkara yang memudaratkan ummmah secara umum adalah satu sikap yang dikesali.
Soalnya kejelasan sikap dengan kejujuran dalam melaksanakan amanah adalah satu-satunya tuntutan yang wajib dituntut. Selagi amanah tanggungjawab itu tidak dijelmakan maka selagi itulah apa juga benda yang diagensikan oleh kerajaan UMNO BN. Itu sebab BTN dicuragai, Tonggak 12 di, sebab itu timbul sama masa dulu lagu kebangsaan negara kita menjagi NegaraKuKu oleh Wee seorang penuntut Cina Malaysia yang menjadi isu negara satu ketika dahulu.
Maka berbalik dengan pendedahan MP Kuantan YB Fauziah Salleh yang membuat pendedahan bagaimana EIA dikesampingkan dengan melepaskan syarat melalui tatacara kaedah yang melepasi peraturan EIA sedia ada terhadap hutan negara khasnya di Pahang.
LIHAT KOMEN & ULASAN SIDANG [PAS PAHANG] ONLINE

Jika anda seorang penghuni di ibu negeri Pahang ini diberitahu bahawa bandar ini boleh ditenggelami air atau banjir lumpur pada bila-bila masa, apakah perasaan anda?

Sudah tentulah timbul rasa cemas, terkejut dan kecewa yang amat sangat kerana selama ini anda menyangka tinggal di kawasan selamat namun sebaliknya pula boleh berlaku.

Perkara ini bukan gurauan bahkan ia didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Parlimen baru-baru ini. Gejala yang disebutkan tadi boleh berlaku kerana seluas 42 ribu ekar atau 16,800 ribu hektar Hutan Simpan Berkelah dan Hutan Simpan Remen Chereh telah diluluskan penebangan balak dalam mesyuarat exco negeri Pahang.
Dengan keluasan sebanyak empat kali ganda bandar Kuantan, tindakan tidak bertanggungjawab itu akan mengakibatkan hutan simpan kekal yang selama ini menjadi pasak bumi dan sepatutnya menjadi tempat tadahan air menjadi gondol sehingga menyebabkan mudah berlaku kejadian banjir lumpur dan banjir kilat.
Bagaimana perkara sebesar itu risikonya boleh diluluskan oleh mesyuarat Exco Negeri Pahang? Menurut Fuziah ada kemungkinan mereka terlepas pandang kerana kawasan yang diluluskan secara berperingkat-ringkat, sedikit-sedikit dan berasingan.
“Apabila kita petakan atau dicantumkan kawasan tersebut ia menjadi seperti jigsaw puzzle. Saya nak tunjukkan peta, ini adalah kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dalam tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 iaitu kira-kira setahun setengah di Pahang yang melibatkan dua hutan simpan ini”.
“Kawasan seluas 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar itu dipecahkan kepada kompartmen-kompartmen yang diluluskan kurang daripada 500 hektar maksudnya tidak perlu EIA. Menurut Akta Pemuliharaan Hutan setiap kawasan seluas 500 perlukan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)”.

“Jadi kawasan itu diluluskan di bawah 500 ekar dan dikecualikan EIA sehingga kesemua 78 itu tidak ada satu EIA. Kawasan ini diserahkan kepada Mentiga Corporation dan Aspa. Sekarang siapa yang dapat balak dan siapa yang dapat bala?” soal Fuziah yang ditemui baru-baru ini.

Ujar Fuziah, meskipun kerajaan negeri menafikan tindakan mereka itu namun beliau berani mendedahkan ini kerana memperoleh salinan surat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Pahang, mesyuarat exco dan lain-lain sebagai bukti keterlibatan kerajaan negeri meluluskan kompartmen-kompartmen tersebut.

Akibat sikap tidak bertanggungjawab dan kerakusan tersebut, hutan yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air menjadi gondol dan menyebabkan bandar Kuantan terdedah kepada kejadian banjir lumpur dan banjir kilat.
Malah menurut Fuziah, sekiranya tiada kawalan yang sewajarnya dilakukan, bandar Kuantan yang kecil berbanding dengan kawasan pembalakan tersebut mungkin akan tenggelam akibat bencana alam yang tidak dijangka seperti tsuinami dan gempa bumi.
“Saya tahu, negeri Pahang memang ada masalah dari segi penguatkuasaan dan inilah masalahnya yang akan menimpa negeri ini. Saya sudah bercakap di parlimen dan menteri berkata kelulusan terletak kepada negeri”.
“Saya sudah bercakap dengan menteri besar dan setakat ini kerajaan negeri memberitahu saya ianya tidak mungkin akan berlaku,” katanya.
Menurut Fuziah, walaupun perkara ini sudah terlepas pandang, namun demi rakyat terbanyak yang diwakilinya, belum terlambat bagi pihak kerajaan negeri memperbetulkan keadaan dan mencari puncanya.
“Saya beritahu Menteri Besar, jika anda banteras perkara ini saya akan bersama anda, namun jika anda tidak bertindak apa-apa saya akan lawan anda!”
..............................
LIHAT REAKSI EIA HARI INI [ISNIN 14.12.2009]
Laporan Khas: 23 syarat EIA ditetapkan Jabatan Alam Sekitar sentiasa dipatuhi

Dr Azuhan Mohamed
KETUA Pengurusan Air Bahagian Tenaga dan Utiliti, Dr Azuhan Mohamed, berkata Sime Darby sentiasa mematuhi 23 syarat EIA ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang antaranya merangkumi aspek kawalan dan pengawasan paras air bawah tanah serta kawalan dan pengawasan pemendapan tanah. Katanya, untuk fasa pertama, kandungan EIA itu hanya memberi kebenaran untuk menjalankan eksplorasi, bukannya bagi tujuan komersial dan bagi fasa kedua, pihaknya perlu mendapatkan laporan EIA baru bagi mendapat kebenaran mengekstrak air bawah tanah. "Kita diarah supaya mewujudkan sistem khusus bagi mengawasi paras air bawah tanah, pemendapan tanah, kualiti air dan kesan terhadap alam sekitar dan semua itu sentiasa menjadi keutamaan SDB.
"Sebenarnya, kita sudah merangka kaedah pengurusan mapan bagi projek ini dengan mengambil kira kadar simpanan air bawah tanah dan kesannya terhadap alam sekitar, malah paling penting operasi mengepam air ini bukan dilakukan 24 jam sehari secara berterusan. "Paling penting, projek air bawah tanah ini dilakukan secara terkawal dengan penguatkuasaan ketat," katanya. Mengulas 23 syarat yang dikenakan JAS kepada Sime Darby, beliau berkata, tiada ada sebab untuk pihaknya merahsiakan perkara itu dan sedia mendedahkannya untuk pengetahuan umum.

Katanya, syarat itu antara lain memerlukan Sime Darby mewujudkan rangkaian pemantauan air bawah tanah, mengukur paras air bawah tanah setiap hari, ekstrak air bawah tanah dihentikan jika paras air di bahagian atas akuifer berkurangan, pengawasan pemendapan tanah setiap bulan. JAS atau agensi berkaitan juga perlu dimaklumkan secara bertulis sebelum membina struktur fizikal untuk pemindahan dan penyimpanan air, kawasan sensitif perlu dielak atau perlu mendapatkan kelulusan JAS sebelum melakukan kerja, laporan paras air dan pengawasan pemendapan perlu dibuat kepada Jabatan Mineral dan Geosains serta JAS, laporan akhir projek itu perlu dihantar kepada JAS apabila siap nanti dan simulasi air bawah tanah perlu dihantar kepada JAS. Sementara itu, Pengarah Urusan, Sime Darby Tenaga dan Utiliti, Datuk Mohd Shukri Baharom, berkata pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk memutuskan negeri yang bakal menerima bekalan air bawah tanah yang diusahakan syarikat terbabit, selain menentukan tarif harga air berkenaan yang perlu dibayar pengguna nanti. Projek mengekstrak air bawah tanah yang dijalankan sejak dua tahun lalu, dijangka siap sepenuhnya pada 2013 selepas Sime Darby melaksanakan fasa kedua pembangunan projek itu membabitkan kajian EIA, kelulusan Kerajaan Pusat untuk mengkomersialkannya, membina loji rawatan dan paip bagi menyalurkan air berkenaan ke negeri yang terbabit.

Katanya, berdasarkan lokasi daerah Batang Padang di Perak yang berdekatan dengan Selangor, projek menyalurkan bekalan air ke negeri berkenaan dan kawasan Putrajaya adalah paling sesuai tetapi keputusan muktamad mengenainya akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat. "Pada peringkat ini, kita sedang dalam proses untuk melantik perunding bagi merekabentuk projek fasa kedua itu. Apa yang kita lakukan ialah sebagai persediaan menyediakan bekalan air terutama jika berlaku kecemasan kekurangan bekalan terutama bagi negeri yang berdepan risiko itu. "Sebagai contoh, di Putrajaya, tidak ada kawasan hutan yang boleh ditebang untuk mendapatkan bekalan air bagi membina empangan tetapi penduduk semakin meningkat dan permintaan semakin tinggi, malah Selangor juga bakal menghadapi krisis itu jika tiada usaha dilakukan bermula sekarang. "Disebabkan air adalah sumber milik kerajaan negeri, Sime Darby perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri Perak," katanya.

No comments: