Thursday, November 05, 2009

Petronas teruskan kedegilan , macam degilnya UMNO ?

Kenapakah Petronas akan terus taja F1. Apa untungnya Petronas masih mahu kekal degil menaja F1. Apakah alasan lain Petronas masih terus harap menaja F1 ini kepada negara?

Rakyat tiada maklumat ? Apakah sumbangan Petronas kepada rakyat. Berpuashatikah kakitangan kerajaan mendapat 'bonus' RM500 melalui Bajet 2010. Oleh Najib yang dikatakan PM paling berkelayakan zaman ini bagi menggantikan Pak Lah yang lembik dan lemah.

Maka dimana hebatnya Najib ? Hebatnya Najib kerana beliau 'bijak' memanfaatkan Petronas. Itu sahaja ?

.............

Petronas berkata ia akan terus menjadi penaja jenama Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia, yang sudah terbukti menjadi platform berkesan dalam memprompsikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, perbadanan minyak nasional itu berkata penyertaan dan pelaburannya dalam F1 – dan dalam acara sukan lain – sentiasa berasaskan dan berpandukan usaha sama yang memberi sokongan langsung terhadap peluasan perniagaan dan pada masa yang sama, melengkapkan usaha penjenamaan antarabangsa.

“Ia memerlukan Petronas supaya sentiasa mengkaji semula, menilai dan meneroka kedudukan dan pembabitannya dalam sukan permotoran antarabangsa,” katanya.

“Perlumbaan akhir musim F1 2009 di Abu Dhabi merupakan detik perubahan penting pembabitan Petronas dalam Formula One. Usaha sama Petronas dengan Pasukan F1 BMW Sauber, kini berakhir berikutan keputusan BMW untuk tidak menyertai Formula One akhir musim ini.” Petronas juga berkata ia sedang menilai pilihan masa depannya berasaskan pertimbangan komersil yang sama, dengan keputusan akhir berkisar kepada keupayaan usaha sama baharu dalam memudahkan dan menjana pertumbuhan perniagaan berkekalan untuk Petronas, terutama dalam operasi globalnya.

“Penyertaan lepas dan semasa Petronas dalam sukan pemotoran antarabangsa bukan sahaja membangunkan jenama globalnya, malah telah menyumbang secara ketara terhadap pertumbuhan perniagaan, terutama perniagaan bendalir dan minyak pelincir dalam beberapa pasaran utama di Asia dan Eropah.” Ia turut mengorak langkah untuk penguasaan teknologi dalam industri minyak dan gas, kata Petronas.

— BERNAMA

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Petronas mempunyai alasan yg baik untuk terus menaja F1. Saya setuju dengan pandangan jauh pihak Petronas dalam hal ini. Tak salah kalau Petronas melabur dahulu untuk mendapat pulangan kemudian.

Lagi pun duit dia, apa kamu susah. Kalau tidak kerana pihak dia yg bersusah payah menggali minyak siang dan malam, maka apa kita dapat. Kenapa kamu tidak komplen masa Petronas nak mula gali minyak dulu. Kamu tahu atau tidak untuk menjumpai satu telaga minyak berapa juta pelaburannya? Kalau kamu tahu kenapa kamu tak komplen? Kalau dah pas tu, maka tetaplah dengan banggang dan bodohnya lagi cakap banyak yg membusukkan mulutnya.