Tuesday, November 17, 2009

Pahang diperintah 'selesa' bawah Dato Nan ?

Hebat Najib sebagai PM. TKPI Najib dengan keretapi bagaimana KPI Najib dengan kerajaan negeri-negeri, apa teguran yang wajar dibuat dan mahu dibuatnya. Ini kerana negeri asal tumpah darahnya iaitu Pahang Darul Makmur yang sentiasa disebutnya makmur , kelmarin membentangkan Belanjawan 2010 yang defisit bukan kali pertama tetapi kali ke 12.


Jika kerajaan pembangkang dah lama Najib suruh media 'buka'kan. Tetapi Pahang tutup serapat-rapatnya. Najib memang hebat, lihat sahaja bagaimana kes PKFZ ditutup, kes Kartika tutup, kes video Lingam tutup kes. Kesimpulannya semua kes-kes besar DITUTUP Najib.Tetapi bila pimpinan PR buat 'kesalahan' dan ada peluang semuanya dibuka, maka berkejar-kejarlah SPRM yang sepatut bertanggungjawab terus kepada YDPA, tetapi nampak ikut telunjuk kerajaan. Terbaru kes tajaan ke Meca oleh TGNA yang dikatakan bernilai RM65,000. Terbaru Azmin Ali dikhabarkan miliki saham RM8.1 juta.


Malang bagi rakyat Pahang, SPRM asyik jalankan kerja siasatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat, sebaliknya namun negeri Pahang yang makmur ini gagal dimanfaatkan kemakmuran nya. Jelas pimpinan negeri Pahang, pimpinan negeri khasnya gagal dan tidak kreatif dalam menjana ekonomi negeri. SPRM tidak diajak bagi mempersoalkan apa pimpinan UMNO BN lakukan. Saman RM63 juta tertanggung dek kerajaan negeri, gara-gara Dato Nan dan UMNO dengan kes balak, dikatakan bakalan menyusul kes saman RM100j yang semua bakal membebankan rakyat.


Bandingkan kesejahteraan rakyat Kedah bawah PAS yang diterajui Ust Azizan , hanya seorang ustaz 'cemerlang' dalam pentadbirannya. Bukti adalah Ketua Audit Negara memuji kerajaan Kedah dalam laporan dan teguran auditnya tempoh hari.


Inilah jika sesebuah kerajaan terlalu amat lama memerintah, banyak 'penyelewengan' dan sikap ambil mudah memerintah ditambahi dengan sikap 'kurang cakna' dan 'tak pa' rakyat kita khasnya orang Pahang, menjadikan Dato Nan serta rakan-rakan 'selesa' dan langusng tidak rasa bersalah kekal memerintah Pahang dengan aman dan damai. maka jadilah pimpinan kerajaan bawah ketua UMNO terus gah dan berlagak seumpama merak.

1 comment:

Redz da Tsar said...

Bila terlalu senang memerintah, dan takde cabaran dari pembangkang, bila rakyat marhaen taat dan setia kepada BN, maka tak hairanlah kerajaan negeri elakukan penyelewengan... Bagi tentangan, baru diorang insaf... 52 tahun memerintah, slogan tetap sama, 'membasmi kemiskinan'... Nak PRu, sogok rakyat kampung dengan jalan dan air... Hutang bertambah, kes saman tak selesai lagi... Ape laa...