Monday, November 30, 2009

DOA TGNA : Kenapa mesti gelabah ?

Cuti dan santai bersama keluarga di awal Aidul Adha dikejutkan dengan berita laporan media minta TGNA mohon maaf atas doanya. Doa TGNA gara-gara 'kemarahan'nya kepada Kerajaan Pusat yang dipohon secara baik dan menjadi hak negeri , diluluskan oleh Kerajaan Pusat tetapi dibayar melalui JPP dengan Peruntukan Wang Ihsan.
Justeru melihat kelakar dan gelagat kerajaan Pusat yang pada satu masa mahu wujudkan Kerajaan Perpaduan melayan Kelantan sedemikian rupa. Maka keluarlah Doa Keramat ini yang 'mengerunkan' Najib dan UMNO. Pada mulanya Najib tidak 'gerunkan' dan kisahkan Doa TGNA. Tetapi oleh kerana media yangdendangkan dan UMNO boleh meraih faedah diawal Aidul Adha dan konsep korban itulah unjuran Kumpulan Pemikir UMNO. media terus dan terus memainkan Doa TGNA ini.
Sebaliknya PAS dan TGNA buat macam lembu kenyang dan tidak melayan telatah dan gelagat UMNO. Justeru menarilah UMNO dengan Doa ini. Dan hari ini media dan UMNO masih mahu mainkan agar mainan ini bersambut oleh PAS.
Oleh itu, kita ingatkan pimpinan PAS buat diam dan dak sahaja. Biarlah para blogger sahaja yang mencetus dan meletuskan.

Wednesday, November 25, 2009

Dun Seputeh : Petaka lagi, Malaysia suram ?

Malaysia memasuki zaman kesuraman. Semalam salah satu bidang teras iaitu bidang kehakiman telah membuat sesuatu keputusan yang luarbiasa dan begitu juga institusi serta agensi pelaksana proses keadilan juga terikut dan turut berbuat demikian. Sebabnya bidang kehakiman sama juga iaitu pihak mahkamah rayuan menerima atas kes rayuan supaya keptusana awal mahkamah tinggi kekosongan DUN Kota Seputeh yang diputuskan kosong. sebaliknya tidak kosong.
Awalnya, DUN berkenan kosong kerana wakil rakyatnya yang mewakili UMNO BN enggan hadir. Ikut Undang Undang Tubuh Kedah Perkara 51 , mana-mana wakil rakyat selepas persidangan DUN sebanyak 2 penggal, gagal hadir maka kelayakannya sebagai wakil rakyat boleh digugurkan.
Sementelahan pula wakil rakyat UMNO BN tersebut enggan memaklumkan kepada speaker DUN di atas ketidakhadirannya itu. Ini ada kes ADUN UMNO BN yang tidak hadir sidang tetapi memaklumkan kepada pihak speaker DUN. Itulah pun cara dan kaedahnya, bukannya susah sangat.
Justeru pihak DUN melalui speaker DUN menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) atas kekosongan tersebut. Maka SPR dengan cekap pula bertindak menolak 'tugas' speaker dengan memberi pelbagai alasan dan hujah membatal dan menidakkan apa yang dilakukan oleh speaker DUN Kedah itu salah. Dan merumus serta menyimpulkan dengan membuat keputusan tiada pilihanraya kecil di DUN berkenaan.
Atas rasa ketidakadilan tindakan SPR itu, speaker DUN menfailkan kes berkenaan kepada mahkamah Tinggi akan kes berkenaan, akhirnya fail tersebut berjaya dan diterima tindakan speaker dan mahkamah tinggi putuskan tepat dan benar apa yang telah dilakukan oleh speaker tersebut.
Maka belumpun cukup tempoh writ, SPR bertindak dulu mendahului batang tubuh ADUN Kota Seputeh menfailkan rayuan ke mahkamah rayuan. Maka macam biasa bila mana kes atau apa-apa kes masuk ke mahkamah rayuan, yang dulu itu hasilnya akan jadi yang awal. Begitulah sebaliknya. Justeru kita melihat bagaimana penafsiran undang-undang hakim antara kedua mahkamah gunapakai ?
Hasilnya dengan rasa megah dilaporkan SPR dengan BANGGA nya mengumumkan bahawa mereka berjaya merayu ke mahkamah agar kerusi kerusi N03 DUN Kota Seputeh Kedah ditiadakan pilihanraya kecil.
Moralnya jelaslah tindakan SPR yang berbuat begitu telah menyuramkan satu lagi institusi negara khasnya batang tubuhnya sendiri SPR, bidang kehakiman, proses kehakiman mengundang imej buruk kepada dunia amnya, apa yang berlaku di Malaysia sudah punah sistem keadilannya dan proses keadilan tersebut. Ramai rakyat yang kecewa.
Kini rakyat masih mempunyai tahap kesabaran, tetapi berapa lama ?


Tuesday, November 24, 2009

Pas terima baik tindakan Tok Guru

Pas terima baik tindakan Tok Guru

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Ir Mohd Ariffahmi Abd Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Pas Pusat sebelum ini telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu tersebut dan menyatakan pendirian bahawa Ariffahmi perlu meletak jawatan.

"Sememangnya itu pendirian Pas Pusat dalam beberapa siri pertemuan dengan Nik Aziz yang diketuai oleh Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri.

"Nik Aziz sendiri bersetuju dengan gesaan dan pendapat yang diberikan kepadanya dan beliau telah pun mengeluarkan arahan kepada Ariffahmi untuk meletak jawatan dan menantunya itu telah menyatakan persetujuan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Ketika ditanya adakah isu itu berkait rapat dengan laporan sebuah akhbar bahawa Exco Kanan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meletak jawatan, beliau berkata, ia langsung tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Nik Aziz arah menantu letak jawatan

Nik Aziz arah menantu letak jawatan

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah menerima pandangan Pas Pusat.

Keputusan yang diambil Nik Abdul Aziz itu, yang juga Mursyidul Am Pas dilihat sebagai usaha meleraikan salah satu kemelut yang melanda Pas Kelantan sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, arahan peletakan jawatan itu dibuat demi menjaga nama baik Islam dan kepimpinan Pas.

Katanya, arahan itu dikeluarkan setelah mengadakan perbincangan selama lebih kurang satu jam bersama pimpinan Pas Pusat di kediaman rasminya, semalam.

Antara kepimpinan Pas yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub dan Bendahari, Dr Hatta Ramli.

“Semuanya nasihat saya untuk menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya Pas. Nasihat kepada saya supaya menantu saya mengundur diri. Dulu masa saya lantik beliau, ada Penasihat Undang-undang. Beliau tidak komen apa.

“Jadi saya lantik. Nanti untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu, semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh sebenar peletakan jawatan itu terserah kepada Abdul Ariffahmi untuk menetapkannya.

“Dia (Ariffahmi) akan meletak jawatan, tarikh terserah kepada dia,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan struktur di PMBK akan dirombak, Nik Aziz berkata, itu adalah soal kedua kerana masalah utama ialah Ariffahmi menjadi sasaran kecaman dan fitnah daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

“Terlalu banyak (fitnah dan surat layang). Surat layang tak ada nama. Tapi benda (fitnah) ini manusia sekarang ini baca dalam Internet seluruh dunia,” katanya.

- Dapatkan reaksi Ir Abdul Ariffahmi tentang arahan MB dalam Sinar Harian hari ini.

Gagal juga SPR akhirnya

SPR gagal tangguh kosong kerusi DUN

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini, semalam menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan pengisytiharan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong, minggu lalu.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan, tiada sebab penangguhan tersebut setelah bersetuju dengan pandangan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail bahawa SPR gagal menunjukkan keadaan khas/ istimewa untuk membolehkan penangguhan itu dibenarkan.

Alizatul berkata, faktor kewangan yang dihujahkan wakil SPR, Peguam Kanan Datuk Kamaluddin Md Said bukanlah suatu keadaan yang istimewa mahupun luar biasa kerana sememangnya SPR bertanggungjawab menguruskan pilihan raya.

Pada 16 November lalu, beliau mengisytiharkan kerusi di DUN itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hasan Sarif hilang kelayakan sebagai DUN dan bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan setelah tidak hadir sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

- Dapatkan berita penuh di Sinar Harian hari ini.

Monday, November 23, 2009

Bukannya menghina ?


Dr. Jamaludin Jarjis memakai baju Melayu, bersamping dan
bertanjak bergambar bersama Barack Obama selepas menyerahkan
watikah pelantikannya sebagai duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat
di White House pada 4 November lepas.Turut serta isteri Jamaluddin,
Datin Sri Dr. Kalsom Ismail (dua dari kiri) dan anak-anak beliau
Nur Anis dan Nurul Alia. – BERNAMA


Bukannya kita mahu 'menghina' pakaian tradisi kita, bukannya apa. Lihatlah bagaimana duta kita ke AS mengadap Barak Obama dengan berpakaian begitu dan anak-anaknya berpakaian sebegitu. Maknanya dalam fikiran Barak Obama , Islam yang diamalkan di AS dengan Islam Liberal dan berbanding dengan cara berpakaian dan pakaian duta dan anak-anak duta 'tidaklah jauh dan jahat sangatlah orang AS, jelasnya terkadang orang-orang AS lebih baik dan lebih tinggi etika dan nilai moral dalam masyarakat mereka daripada kita.

Dan bandingkan gaya pakaian sama Barak Obama dengan Duta kita ke AS dalam media arus perdana yang lain. dan tuan puan akan dapat bayangkan keadaan dan duduknya.




















Saturday, November 21, 2009

Apa hebat PLUS Expressway untung ?

Kenapa secara tiba-tiba media melaporkan PlusExpressway untung pula dalam tempoh 9 bulan. Adakah media pelik dengan keuntungan Plus bawah RM2juta bagi tempoh berkenaan berbanding dengan tahun sebelumnya.

Atau adakah media ada agenda tertentu yang diarahkan oleh tangan-tangan ghaib. Jika dilihat keuntungan Plus Expressway hanya untung RM2 juta tidaklah boleh dibanggakan, tetapi boleh pula jadi bangga bilamana Plus Expressway ini sudah 'tenat' dan selepas diambil alih maka ia mulai pulih. Dan lebih dibanggakan lagi orang yang memulihkan Plus itu adalah orang yang berprofail tinggi dalam politik, maka cara beginilah kredit untuknya bagi memberi singnal awal manusia berkenaan berkelayakan dan bakal duduk dalam barisan kabinet negara pada masa akan datang, ataupun mana-mana ruang dan peluang yang bakal diisikan oleh sipemulih PLUS Expressway ini.

Jika berlaku sebaliknya kes ini jadilah ia tidak hebat. Seandainya kes ini berlaku sebegitulah maka jadilah ia kes yang hebat.




PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas asetaset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.

Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas.

"Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.

"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya.

Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya.

Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009. BERNAMA

Friday, November 20, 2009

Lagi Projek Mega Negara ?

Kerajaan kenal pasti tapak seluas 480 hektar untuk dimajukan di Sungkai
Malaysia jadi hab industri pertahanan

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Malaysia bakal menjadi pusat atau hab industri pertahanan bagi pasaran tempatan serta rantau ASEAN apabila kerajaan mengenal pasti tapak seluas 480 hektar di Sungkai, Perak untuk dimajukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, bagi tujuan itu syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi tinggi telah diminta mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar khususnya dari negara ASEAN.

Beliau berkata, antara produk-produk pertahanan yang berpotensi dikeluarkan di hab tersebut adalah peralatan berkaitan komunikasi, automotif, maritim, persenjataan serta barangan guna sama.

''Sudah sampai masanya kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk kita keluarkan barangan dan peralatan di rantau ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembelian dari luar negara.

''Kerjasama ini akan dapat menguntungkan negara ASEAN dan pada masa sama pemain industri pertahanan negara dapat mempelajari teknologi luar dan dapat mengeluarkan produk barangan untuk kegunaan tempatan dan negara anggota," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang menyelar tindakan kerajaan kerana tidak menggunakan jaket kalis peluru yang dihasilkan oleh syarikat tempatan sebaliknya menggunakan jaket kalis peluru buatan China.

Ahmad Zahid ketika menjelas isu itu berkata, semua anggota tentera negara ini menggunakan jaket kalis peluru hasil buatan syarikat tempatan.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Saifuddin mengenai langkah diambil kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran kelengkapan pertahanan di rantau ini, Ahmad Zahid berkata, negara berkecimpung dalam industri pertahanan negara sejak 1970-an.

''Dari semasa ke semasa, kita berjaya meningkatkan keupayaan untuk terbabit dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan, penyelenggaraan, baik pulih, fabrikasi dan pemasangan komponen," katanya lagi.

Katanya, selaras dengan hasrat meningkatkan potensi industri pertahanan tempatan ke peringkat global, kementerian juga sentiasa membantu mempromosi dan menggalakkan perkembangan serta pembangunan keupayaan syarikat industri pertahanan negara.

Antara syarikat tempatan yang berpotensi menjayakan matlamat berkenaan termasuklah Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dalam pembuatan komponen komposit, Airod Sdn. Bhd. (penyelenggaraan pesawat), SME Ordnance Sdn. Bhd. (pembuatan senjata dan bahan letupan) dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (pembuatan kenderaan tentera).

memang kerja media ?

Sememangnya kerja utama media adalah menjadi jurulapor. Namun laporan media hari ini selain paparkan berita 'pergolakan' dalaman MCA yang semakin gawat dan menarik. Di paparkan beberapa paparan tentang 'kes' aktiviti kerajaan Pakatan Rakyat.

Terbaru kes minit isu tanah di Pulau Pinang, kes gambar separuh bogel Eli Wong , exco kerajaan negeri Selangor.

Kerana penulis merasakan bahawa, ini adalah cerita yang menarik selain daripada kes bunuh, kes artis dalam akhbar arus perdana kita.

Thursday, November 19, 2009

KUN dilanjutkan khidmat

Tahniah dan syabas kepada Ketua Audit Negara kerana disambungkan tugas lagi sebanyak 2 tahun. Maknanya kerja-kerja cemerlang Ketua Audit Negara amat dihargai oleh negara. Sepadanlah kerjabuat beliau, berbanding dengan khidmat IGP tempoh hari yang juga dilanjutkan tempoh perkhidmatannya walaupun menerima bantahan ramai pihak, kerajaan terus berdegil dan kekalkan lanjutan kontrak berkenaan.

Kerja-kerja Ambrin Buang wajar dihargai. Dan beliau sememanglah seorang cemerlang.



Kontrak Amrin Buang Disambung Dua Tahun Lagi

KUALA LUMPUR: Kontrak Tan Sri Amrin Buang sebagai Ketua Audit Negara akan disambung semula untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Februari 2010.

Konvensyen Blogger PAS 2009

See full size image
Lajnah Penerangan mengorak langkah bijak kerana bertindak berani dan ke depan untuk menghimpunkan para Blogger PAS dan pro PAS pada satu tarikh yang pun telah ditetapkan. Sepatutnya Himpunan Blogger PAS sudah mendahului kederasan tindakan sebaik sahaja PR menguasai 5 buah negeri.

Setidak-tidak Blogger yang bersepah - sepah ini wajar 'diurus' oleh PAS dan memberi persepsi tentang PAS dan membantu PAS membentuk serta membuat persepsi berkenaan PAS dan masa depan perjuangan serta tindakan kerajaan negeri pimpinan PR versi PAS. Setidak-tidak menangkis serangan persepsi UMNO BN.

Apa pun syabas atas usaha berkenaan...

Cukup cukuplah isu PMBK

Bloger Kontroversi Kickdefella@Syed Azidi Dakwa Nik Aziz Arah Menantunya Letak Jawatan

KOTA BHARU: Bloger kontroversi, Kickdefella@Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan menantunya, supaya melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kickdefella membuat dakwaan itu dalam tampalan terbaru di laman blognya hari ini.

Menurut Syed Azidi, arahan tersebut dikeluarkan Nik Aziz semalam (Selasa).

Bagaimanapun, Syed Azidi mendakwa, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman enggan melepaskan jawatannya dan kini berada di Kuala Lumpur. Syed Azidi mendakwa Nik Aziz membuat keputusan tersebut setelah menilai satu laporan yang disedikan oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga pemimpin PAS Negeri dan juga Pusat.

“Saya percaya akhirnya Abdul Ariffahmi, akan bersikap rasional dan menerima nasihat menteri besar," kata Syed Azidi dalam laman blognya itu.

Syed Azidi telah mencetuskan kontroversi selepas Abdul Ariffahmi menamatkan perkhidmatannya di PMBK sebagai pegawai perhubungan korporat pada 10 November lalu.

Sehari selepas beliau dipecat, bloger yang dikenali sebagai penyokong kuat Nik Aziz dan juga PAS itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan pemecatannya dan juga mengancam akan mendedahkan segala penyelewengan dan juga salahguna kuasa di PMBK.

SPR : Jelas Kuli batak UMNO

Hari ini penulis cuba membelek kembali berita akhbar digital Utusan Malaysia(UM), tentang DUN Seputeh Kedah, yang mana pihak mahkamah 'bersetuju' dengan tindakan speakker DUN Kedah yang menghantar surat kepada pihak SPR memaklumkan berlaku kekosongan pada kerusi DUN berkenaan. Adalah sah kena dan menepati tatacara aturan dan peraturan undang-undang DUN dan undang - undang tubuh kerajaan Negeri Kedah.

Semalam SPR lebih mendahului bekas calon UMNO BN Hassan , maknanya antara calon UMNO dan UMNO Kedah yang bersungguh-sungguh bersemangat dan beria-ria mempertahankan kerusi berkenaan adalah SPR, bukan UMNO Kedah dan BN Kedah.

Moral cerita kita fahami jelas agak 'keterlaluan' SPR Malaysia yang sepatutnya bertanggungjawab penuh melicinkan kerja-kerja mengurustadbir pilihanraya bertindak sebaliknya, sekaligus agensi ini mempertikaikan keputusan hakim dan jelaslah berlaku lagi satu penghinaan kepada bidang kehakiman negara ini.

Lainlah jika SPR itu duduk sebelah pihak yang dimangsakan, sekarang pihak yang dijadikan mangsanya bukanlah SPR tetapi ADUN Seputeh. Oleh itu bagi mengelakkan rasa janggal, maka 'dipaksa' ADUN berkenaan menfailkan rayuan ke mahkamah.

Jadi akhir jelan cerita LU FIKIRLAH sendiri !!!!


SPR kemuka rayuan Jumaat

DIKUCHING 17 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat ini supaya penguatkuasaan keputusan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah oleh mahkamah itu semalam, ditangguhkan.

Ia bagi membolehkan SPR membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya mahu meneruskan rayuan terhadap keputusan berkenaan menerusi proses undang-undang sehingga ke peringkat terakhir termasuk di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, menurutnya, ia bergantung kepada keputusan pada Jumaat ini sama ada rayuan untuk menangguhkan penguatkuasaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu akan memihak kepada SPR atau sebaliknya.

‘‘Kita hormati keputusan mahkamah tetapi SPR akan melakukan rayuan berdasarkan proses undang-undang yang dibenarkan.

‘‘Seperti biasa, jika kita sudah mengetahui apakah keputusannya, SPR mempunyai 10 hari daripada tarikh kekosongan sesebuah kerusi DUN itu untuk melakukan pengumuman.

“Tetapi sekarang kita merayu penguatkuasaan keputusan itu ditangguhkan hingga ke peringkat yang akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh seterusnya mengundang satu lagi pilihan raya kecil.

Keputusan dibuat ekoran penyandang kerusi itu, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan Dewan itu secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abdul Aziz berkata, apabila keputusan muktamad sudah diperoleh sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi, maka SPR di bawah peruntukan undang-undang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini SPR akan menunggu proses undang-undang itu tamat terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihaknya tidak akan mengadakan apa-apa mesyuarat pada masa ini.

Permohonan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Abu Hassan fail notis rayuan

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan beliau bukan lagi wakil rakyat kawasan tersebut.

Abu Hassan memfailkan notis rayuan tersebut melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 1.35 petang ini.

Beliau mengesahkan salinan notis akan diserahkan kepada peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dan Jabatan Peguam Negara bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said juga memfailkan permohonan serupa hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh di Kedah kosong setelah Abu Hassan gagal menghadiri dua sidang Dewan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Hakim itu menyatakan, Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) jelas menyatakan berlaku kekosongan kerusi sekiranya Ahli DUN (ADUN) tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Keputusan Hakim Alizatul mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat oleh beliau.

Sejajar dengan pengisytiharan itu, Abu Hassan secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah selama tiga hari yang bermula hari ini.

Hakim Alizatul memutuskan demikian semasa membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Abdul Isa pada 1 Oktober lalu bagi mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Permohonan SPR bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya merupakan pengundi Melayu.

Wednesday, November 18, 2009

SPR: Kota Seputeh Macam Mana ?


Kota Siputeh: Bergantung keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini tetapi bergantung kepada proses mahkamah seterusnya.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini, BN akan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi menimbangkan kembali keputusan tersebut.

Perdana Menteri berkata, BN akan tetap patuh serta menghormati apa sahaja keputusan pihak Mahkamah Rayuan terhadap kes tersebut.

"Ia adalah kes mahkamah, kita hormat keputusan mahkamah dan akan berkerja mengikut sistem yang ada, kalau kita boleh merayu, kita akan buat bermula dari situ.

"Kita akan patuh kepada apa jua keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Bio Malaysia 2009 di sini hari ini.

DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong selepas mahkamah mendapati kegagalan ADUN sebelum ini, Datuk Abu Hassan Sarif menghadiri dua persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah berturut-turut tanpa kebenaran speaker sebagai berasas.

Perlembagaan negeri itu menetapkan mana-mana ADUN yang gagal hadir secara berturut-turut sebanyak dua kali pada persidangan dalam penggal yang sama akan hilang jawatan mereka.

Abu Hassan gagal hadir pada persidangan 19 April dan 9 Ogos lalu.

Permohonan mahkamah dikemukakan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail yang mahu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya mengekalkan Abu Hassan sebelum ini disemak.

Tuesday, November 17, 2009

Perlu di baca: Analisa Masa depan PR ?

Satu analisis: Kemenangan PR Kian Kabur?

Thursday : 12 November 2009 | 1:34 pm | admin

Seandainya Najib membubarkan parlimen keesokannya, mungkin penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang “taksub” sahaja akan mempercayai bahawa PR akan mengambil alih kuasa. 14 bulan lalu, ramai orang yang dingin-politik sebelum ini menjadi peminat pelan “16 September” oleh Anwar Ibrahim.

Sahabat saya yang juga seorang pengamat politik berkata, seandainya PRU diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan datang, maka tugas pendukung demokrasi seperti kami adalah membantu pembangkang untuk mengharungi hari-hari setelah Barisan Nasional memulihkan majoriti dua pertiganya.

Sekiranya PR ingin menghambat kejayaan dengan momentum 8 Mac 2008, maka PR pada dasarnya perlu mengekalkan 40% sokongan Melayu, di samping memacu sokongan bukan Melayu kepada 80%. Momentum sedemikian membolehkan PR untuk memenangi kira-kira 100 kerusi di Semenanjung Malaysia, sebagai asas untuk memerintah di seluruh negara.

Namun, undi kaum Melayu kini kembali ke pangkuan UMNO secara stabil, walaupun sokongan terhadap PR belum jatuh ke bawah paras 40%. Dengan cepat undi kaum India beralih, kini mencecah nisbah 6:4 antara BN dengan PR. Hanya kaum Cina yang masih mengekalkan lebih 70% sokongan terhadap PR.

Namun, seandainya Najib mengumumkan peruntukan elaun kepada pelajar sekolah menengah cina persendirian RM1000 seorang setahun, malah membenarkan Pheng Yin Huah (Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Malaysia) untuk memulihkan satu atau dua buah sekolah menengah persendirian di Pahang, apakah angka ini akan jatuh ke 60%?

Mengapakah angin perubahan beralih arah dalam masa yang singkat? Selain pergelutan kuasa dalaman, masalah pokok PR adalah mereka memilih gelanggang yang salah.

Sebelum dan selepas 8 Mac 2008, pembangkang memiliki kelebihannya dalam tiga perkara yang berikut. Pertamanya, politik berbilang kaum yang sederhana; keduanya, politik kompeten dan integriti; ketiga, pendemokrasian. BN bertentang dengan ketiga-tiganya, tampil sebagai lambang politik ektrem dalam perkauman dan keagamaan, rasuah dan lemah, serta pemerintahan autoritarian yang menekan.

Najib berjaya menarik pengundi atas pagar

Kejayaan yang dikecapi “kerajaan baru Najib”, pada hakikatnya hanya menonjol dalam isu hubungan etnik dan agama. Keangkuhan UMNO, terutamanya selepas kemenangan mendadak pada PRU tahun 2004, merupakan punca kemarahan dan kekecewaan “pengundi atas pagar ” terhadap BN pada PRU tahun 2008.

Sekiranya UMNO-BN sanggup menginsafi kesilapan tersebut, malah tidak terus lagi dengan politik perkauman dan keagamaan, pengundi tersebut sudi memberi peluang kepada UMNO-BN. Seandainya kerajaan dapat menguruskan hubungan kaum dan agama, mereka sebenarnya tidak kisah dengan pemerintahan autoritarian, malah boleh bertoleransi terhadap rasuah pada tahap tertentu. Propaganda “1Malaysia” oleh Najib sebenarnya disasarkan kepada golongan pengundi sebegini. Momentum BN kini semakin melonjak, membuktikan bahawa strategi Najib adalah tepat.

Seandainya kita meneliti mesej dan dasar Najib, tidak sukar untuk kita menemui bayang “politik baru” Anwar dan “PAS untuk semua”. Oleh sebab BN menguasai kerajaan persekutuan, Najib memiliki syarat untuk melaksanakan terlebih dahulu dasar Anwar yang bersifat “inclusif”, lantas menghapuskan rasa permusuhan bukan Melayu terhadap UMNO. Seandainya “tumbangkan UMNO” bukan satu kemestian untuk orang bukan Melayu, maka UMNO akan menang dengan majoriti Melayu pada PRU yang akan datang.

Untuk menangkis serangan Najib secara “lembut” terhadap bukan Melayu, jalan keluar yang dimiliki PR adalah, melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dilakukan oleh Najib, agar bukan Melayu merasai usaha dan keikhlasannya. Namun, PR berdepan dengan dua kesulitan jika berbuat demikian.

Pertamanya, memandangkan PR masih belum memerintah di peringkat persekutuan, maka Najib boleh terus “memplagiat” manifesto PR, menyebabkan usaha PR sekian lama disia-siakan begitu sahaja; keduanya, pemimpin Melayu dalam PR perlu mempunyai keyakinan yang lebih utuh, barulah dasar yang menjurus ke arah kesamarataan etnik dapat diketengahkan, malah tidak takut difitnah UMNO dan lidahnya sebagai pengkhianat bangsa/agama.

Bertitik tolak dari itu, dasar etnik PR yang sedia ada dilihat terlalu “mesra kepada bukan Melayu”, dari kaca mata sesetengah pemimpin PR. Dasar dan hujah kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hasan Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi dan sebagainya, pada hakikatnya menyumbang kepada persepsi bahawa UMNO lebih sesuai untuk memimpin Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pilihan PR: Kompeten dan Integriti

Setelah kehilangan kelebihan dalam isu hubungan etnik-agama, yang paling mudah didominasi, PR kini memiliki satu lagi pilihan, iaitu politik yang memberi penekanan dalam kompeten dan integriti. Dalam isu ini, kerajaan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) Pulau Pinang adalah jawapan terbaiknya. Selangor dan Perak (sebelum dirampas kuasa oleh BN) juga menekankan “good governance” yang mirip kepadanya.

Apa yang terselindung di sebalik wacana ini, boleh menjadi “kesedaran demokrasi”, malah juga boleh menjadi “pemerintahan autoritarian ala-Singapura”. Malangnya, wacana Good Governance yang diketengahkan oleh PR lebih mirip kepada “ala-Singapura”. Malah, sesetengah negeri secara terus-terang mengakui bahawa pembangunan ekonomi adalah matlamat yang paling mustahak, dan reformasi politik boleh dikemudiankan.

Pandangan “Stupid, it’s economy!” yang mesra kepada korporat ini, bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam syak wasangka “terlalu mesra bukan Melayu”, di samping kemungkinan menonjolkan dilema ahli politik PR yang takut untuk menjauhi bidang perniagaan.

Laporan Ketua Audit Negara yang memberi penilaian positif terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Selangor meskipun merupakan kejayaan strategi ini, tetapi, kelebihan dalam pembangunan ekonomi sebenarnya dimiliki kerajaan persekutuan. Penekanan kepada ekonomi secara berlebihan sebenarnya menonjolkan kelebihan musuh PR. Lain kata jikalau rakyat dapat merasai kelebihan PR untuk mentadbir negara, kalau tidak, kerajaan negeri PR yang dibelenggu dengan situasi kini (belum mengambil alih kuasa pemerintahan peringkat persekutuan) akan dihindari pengundi.

Di samping itu, “politik kompeten dan integriti” sebenarnya menonjolkan kepentingan sesebuah kerajaan yang kuat (strong government). Selain Pulau Pinang dan Kelantan, kerajaan negeri PR yang hanya menang tipis dengan majoriti mudah telah berdepan dengan ancaman dan godaan BN untuk menarik ADUN PR. “Politik kompeten dan integriti” ini selalunya menonjolkan kelemahan PR untuk bergelut sesama sendiri.

Sekiranya Najib berani untuk memancung kepala beberapa orang perasuah, untuk menunjukkan tekadnya dalam usaha membanteras rasuah, maka politik yang memberi penekanan terhadap “kompetan dan integriti” ini mungkin juga menjadi kelebihan Najib, seperti hubungan kaum/agama.

Satu-satunya isu yang kelebihannya tidak dimiliki Najib (gambar kiri) ialah “pendemokrasian”. Seandainya Najib berusaha ke arah pendemokrasian, maka “sistem satu parti yang berpilihan raya” oleh UMNO akan ditamatkan. Biarpun BN masih mengekalkan kuasa pemerintahannya, namun dalam satu sistem yang demokrasi, UMNO tidak mungkin melakukan sesuatu sesuatu sewenang-wenangnya. Maka dasar dan Good Governance yang memanfaatkan semua rakyat akan terlaksana. Ini menjelaskan mengapa Najib enggan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), enggan membebaskan media, enggan mereformasikan sistem pilihan raya, enggan menubuhkan IPCMC…

Pendemokrasian dan reformasi sistem adalah satu-satunya isu yang memberi kelebihan mutlak kepada PR. Ini kerana sama ada Najib cuba menyaingi PR (melakukan sesuatu yang lebih daripada PR) atau tidak, PR tetap akan mengecapi keuntungan daripadanya. Namun, ini jugalah bidang yang mana PR paling tidak berusaha dengan sungguh-sungguh. Bukankah ia pelik?

*Artikel ini ditulis dalam bahasa Cina oleh penganalisa politik, Wong Chin Huat. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

DBP rugi sokmo setahun RM24 juta ?

Membaca artikel DBP mesti rugi setiap tahun menyentap semangat penulis. Dengan capaian catatan hutang RM40 juta setahun amat mengejutkan. DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956 seiring dengan hasrat kerajaan bagi memperkasakan BM sebagai bahasa kebangsaan. Dan mahukan rakyat Malaysia kelak menyanjungi dan santuni bahasa dalam semua segmen kehidupan mereka (semua kaum di Malaysia).

DBP juga sepanjang usia tersebut melalu tranformasi pimpinan dan kepimpinannya. Maka zaman era Dr M, semua agensi kerajaan di swastakan, termasuklah juga dengan DBP. Bagi semua agensi yang diswastakan maka tidak semua agensi atau badan berkanun berjaya. Sebaliknya menjadi liabilti kerajaan. Dasar Penswastaan cuma dapat memajukan agensi serta badan berkanun tertentu sahaja, sebagai contoh Telekom, POS sikit berjaya, KTMB dan lain-lain lagi yang gagal menyerlah prestasi selepas diswastakan.

Maka semua keberhutangan DBP itu ditanggung oleh rakyat iaitu kita. Katakan cukup dan hentikan, PRU 13 minta semua ubah segera kepimpinan yang gagal merencana kejayaan mentadbir kerana gagal mengurus negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Pahang diperintah 'selesa' bawah Dato Nan ?

Hebat Najib sebagai PM. TKPI Najib dengan keretapi bagaimana KPI Najib dengan kerajaan negeri-negeri, apa teguran yang wajar dibuat dan mahu dibuatnya. Ini kerana negeri asal tumpah darahnya iaitu Pahang Darul Makmur yang sentiasa disebutnya makmur , kelmarin membentangkan Belanjawan 2010 yang defisit bukan kali pertama tetapi kali ke 12.


Jika kerajaan pembangkang dah lama Najib suruh media 'buka'kan. Tetapi Pahang tutup serapat-rapatnya. Najib memang hebat, lihat sahaja bagaimana kes PKFZ ditutup, kes Kartika tutup, kes video Lingam tutup kes. Kesimpulannya semua kes-kes besar DITUTUP Najib.Tetapi bila pimpinan PR buat 'kesalahan' dan ada peluang semuanya dibuka, maka berkejar-kejarlah SPRM yang sepatut bertanggungjawab terus kepada YDPA, tetapi nampak ikut telunjuk kerajaan. Terbaru kes tajaan ke Meca oleh TGNA yang dikatakan bernilai RM65,000. Terbaru Azmin Ali dikhabarkan miliki saham RM8.1 juta.


Malang bagi rakyat Pahang, SPRM asyik jalankan kerja siasatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat, sebaliknya namun negeri Pahang yang makmur ini gagal dimanfaatkan kemakmuran nya. Jelas pimpinan negeri Pahang, pimpinan negeri khasnya gagal dan tidak kreatif dalam menjana ekonomi negeri. SPRM tidak diajak bagi mempersoalkan apa pimpinan UMNO BN lakukan. Saman RM63 juta tertanggung dek kerajaan negeri, gara-gara Dato Nan dan UMNO dengan kes balak, dikatakan bakalan menyusul kes saman RM100j yang semua bakal membebankan rakyat.


Bandingkan kesejahteraan rakyat Kedah bawah PAS yang diterajui Ust Azizan , hanya seorang ustaz 'cemerlang' dalam pentadbirannya. Bukti adalah Ketua Audit Negara memuji kerajaan Kedah dalam laporan dan teguran auditnya tempoh hari.


Inilah jika sesebuah kerajaan terlalu amat lama memerintah, banyak 'penyelewengan' dan sikap ambil mudah memerintah ditambahi dengan sikap 'kurang cakna' dan 'tak pa' rakyat kita khasnya orang Pahang, menjadikan Dato Nan serta rakan-rakan 'selesa' dan langusng tidak rasa bersalah kekal memerintah Pahang dengan aman dan damai. maka jadilah pimpinan kerajaan bawah ketua UMNO terus gah dan berlagak seumpama merak.

Monday, November 16, 2009

DUN Seputeh Kedah KOSONG ?


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah ekoran kegagalan wakil rakyatnya menghadiri dua persidangan dewan itu berturut-turut.

ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah. – Utusan.

Imej dicalarkan atau imej dipulihkan ?

Isu besar negara adalah isu media 'mengerjakan' TGNA gara-gara beliau ditaja oleh pihak tertentu ke Meca dengan nilai tajaan sejumlah RM65,000. Angka tersebut bagi kita adalah satu angka yang besar, terutama bagi golongan marhein seperti PAS.
Media 'berjaya' memutarkan minda rakyat bila bertemu wang tidak kira siapa sahaja.Hatta orang yang warak dan alim. Dan inilah yang rakyat ditenggapkan atau dipersepsikan oleh media. Bagi media soal benar atau tidak benar itu adalah persoalan kedua.
Kerja 'merosakkan' imej adalah kerja halus yang digerakkan oleh musuh khasnya musuh PAS dengan memberi imej buruk TGNA. Kini UMNo sudah berjaya 'melemahkan' imej TGHH Presiden PAS dengan isu kerajaan muqabalah. Justeru itu sokongan rakyat terhadap TGHH mula dipersoalkan khasnya ahli-ahli rakan Pakatan. Inilah perangkap yang memeranagkap TGHH dan kini imej beliau tercalar dan sukar dipulihkan dalam masa terdekat.
Dalam soal ini kerajaan perpaduan yang ditaja UMNO adalah tidak ikhlas. UMNO kini mahu memulihkan imejnya yang 'suram' selepas PRU12, imej UMNO tidak releven pada massa kini mahu disanggah dan dinyahkan. UMNO mahukan sokongan rakyat dikembalikan. Nampaknya UMNO mulai sudah berjaya.

Pahang Defisit 2010 ?

Negeri Pahang kekal berturut-turut selama 12 tahun tanpa henti membentangkan Bajet Defisit. Semalam DUN Pahang dibentangkan sekali lagi Belanjawan Negeri bagi tahun 2010 dan masuk tahun ke 12.

Apa yang menarik senario Defisit di DUN Pahang kurang mendapat perhatian dan serangan media arus perdana. Malahan momentum rakyat Pahang sendiri tidak teruja dengan apa yang berlaku di Pahang.

Maka jadilah Pahang negeri selamat bagi UMNO BN. Malah sebaliknya MB Pahang lahir sebagai tokoh kontroversi kepada UMNo dengan cadangan dan saranan idea yang sokmo mencanggah arus pucuk pimpinan dan kekal gunakan sajak songsang.





Kerajaan BN Pahang bentang bajet defisit 12 tahun berturut-turut

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.

Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.

Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.

”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.

Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.

Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.

Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.

“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.

Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.

Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.

:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.

:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.

“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya.

Paparan dan dapatan Op Sikap ?

Sudah tahu berbahaya melintas jalan terutama di jalan raya yang sibuk, jangan pula mempertaruhkan nyawa sendiri. Gunakanlah jejantas yang disediakan. Gambar ini dirakamkan di hadapan Kompleks Teruntum, Kuantan. Malah, di situ terpampang tulisan amaran supaya orang ramai menggunakan jejantas bagi mengelak kemalangan.
Seribu 1 tafsiran sikap yang dapat diungkapkan berdasarkan foto yang terpapar. Sampai bilakah jika bengini kempen Ops Sikap akan berjaya ?

Thursday, November 12, 2009

Pimpinan & Kempimpinan: PAS wajar gerakkan jentera memperjelaskan isu ini

Tahun 2008 adalah PRU ke 12, Pakatan pembangkang yang mengelarkan nama mereka dalam 1 Pakatan iaitu Pakatan Rakyat (PR), megah dan gagah menawan 5 buah negeri. Sama ada dirancang, atau terancang atau terduga atau luar dugaan itu adalah kemenangan yang wajar diterima dan diurus, kerana selama hari ini pun itulah matlamat akhir dan kehendak mereka. Maka uruslah mereka. Negeri Kelantan mendahului negeri terawal ditangan PAS lebih 19 tahun mampu bertahan. 4 buah negeri Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor adalah 4 buah negeri yang baru dimenangi melalui PRU ke 12 yang lepas.

Penulis ingin menfokuskan tentang apa yang berlaku sekarang dalam parti PAS, iaitu jemaah yang dicemburui dan diperhatikan dengan penuh minat oleh semua. Parti Alternatif ( walaupun istilah parti alternatif UMNO enggan digunakan oleh rakan penulis. Beliau lebih suka parti pilihan ).

Semalam penulis mengembara untuk menziarah bapa saudara yang bakal menunaikan fardu haji kali ini. Pemilihan jemaah ke Meca kali ini juga satu hal yang menarik juga jika mahu diperbahasakan.

Berbalik dengan isu PAS diperhatikan, penulis berkesempatan bertemu dengan beberapa orang ahli-ahli PAS, malah dalam ramai yang ditemui semua bercakap tentang apa yang berlaku 'kini' dalam PAS. Rata-rata mahukan penjelasan yang sebenar-benar daripada penulis tentang apa yang berlaku kini. Terasa penulis 'megah' diri kerana memperjelaskan tentang apa yang berlaku, tetapi dalam hati apa yang penulis perjelaskan itu adalah daripada persepsi diri penulis, bukan duduk pendirian sikap PAS yang sebenar, malah PAS juga kini bermazhab-mazhab yang mana masing-masing pemimpin tafsir dan berikan pandangan berdasarkan pendirian dan fahaman masing-masing. Itulah sebabnya orang bawahan dan orang awam menerima tafsiran yang pelbagai.

Merujuk semula dengan sikap dan pandangan ahli akar umbi, luahan keluhan dan pandangan yang diberikan oleh beliau kepada penulis, rata-rata penulis dapat simpulkan soal asas iaitu kepimpinan dalam PAS. Justeru hujah yang diberikan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah dalam wacana 7 November 2009 di taman Melewar tempoh hari adalah dapatan yang tepat. Iaitu rakyat yang mendasar melihat kepimpinan PAS itu sebagai liabiliti.

Hatta beliau melihat kemelut kepimpinan dan pemimpin peringkat kawasan yang beliau berada sama seperti dengan apa yang berlaku kini peingkat atasan. Ini semua melemaskan dan mencemaskan beliau. Belaiu mendesak kepada penulis supaya PAS kena agresif bergerak membuat penjelasan kepada ahli-ahli bawahan khasnya dan rakyat amnya tentang situasi kini yang berlaku.





Tuesday, November 10, 2009

1 Malaysia 2 Perak :Tercapai atau mengampai ?

1 Malaysia dan 2Perak. Itulah yang berlaku dalam negara kita. Walaupun Najib menyogok rakyat dengan slogan keramatnya itu. Slogan keramat Najib, banyak memakan belanja dan duit justeru itu banyaklah peruntukan duit rakyat disalurkan ke projek 1 Malaysia. Najib cuba membangkitkan Gelombang 1Malaysia, malah Rosmah juga turut berkempen aktif melaris dan mencanaikan idea 1 Malaysia ini ke seluruh pelusuk negara.

Justeru itu, di termasuklah di sekolah-sekolah di Malaysia. Maka belumpun Projek 1Malaysia meresapi pemikiran rakyat, ALlah turunkan iktibar dan gemparkan penduduk Malaysia dengan perisitiwa 3 murid 1Malaysia di Kampar Perak mati, gara-gara jambatan gantung yang mereka naiki runtuh dan kebetulan air sungai Kuala Dipang Kampar mengalir dengan deras. Maka 3 hari 3 malam bersama penduduk serta semua agensi staf penyelamat 200 orang.

Maka, keghariahan 1 Malaysia berjalan sekarang di seluruh negara. Walaupun cuaca sekarang tidak mengizinkan atau sesuai dengan aktiviti luar khasnya kepada para pelajar sekolah di bawah KPM. Namun semua sekolah seluruh negara 'dipaksa' menjalankan Projek 1Malaysia atas alasan merintis dan membentuk fahaman semua pelajar dicampurkan daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama berpadu tenaga, berganding bahu bawah Slogan Projek 1Malaysia.

Tercapai atau tidak hasrat 1Malaysia rakyat disatukan, atas niat politik atau usaha sungguh-sungguh pemimpinan negara hanya masa sahaja yang menjadi penentu kayu ukurnya. Tetapi tindakan politik Najib bawah 1Malaysia, kontradik bilamana masih tetap degil dan angkuh mahu Perak kekal menjadi 2MB, 2Speakar, 2JKK, dan bermacam-macam lagi menjadi DUA dinegara kita.


Monday, November 09, 2009

Persepsi bai'ah pada masyarakat adakah disendakan?



Kenapa dan mengapakah bai'ah PAS terhadap calon-calonnya yang dipersoalkan dan diperbangkitkan. Bagi masyarakat Melayu islam, bai'ah adalah sesuatu yang suci, walhal yang terlalu amat menjaga bai'ah itupun tidak pernah melaksanakan rukun iman yang lima itu secara lengkap.

Tetapi bila berbahas bab bai'ah dia amat teruja dan marah jika ada 'orang' macam seolah-olah mempermain-mainkan bai'ah itu. Jadi itulah gambaran persepsi awam dan media terhadap bai'ah itu. Berita yang cuba dipapar dan dilontarkan itu, macamlah salah yang termata sangat, jadi ringan soal arak, soal judi-jual nombor ekor jadi ringan dan tidak lah dimarahi rakyat kerana pemerintah telah melarutkan fahaman dan kefahaman itu hari-hari dan dimajliskan bawah Majlis atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerana bai'ah adalah perkara yang jarang-jarang dan tidak terselalu dipraktikkan atau diamalkan, seumpama makan dan minum yang hari-hari dilakukan dan ia menjadi kelaziman manusia dan orang berbanding dengan tutup aurat dan sembahyang. Padangan rakyat umum bai'ah jangan disendakan.


SPRM yang rakyat impikan ?

logo-SPRM

Recently, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) director of investigati

Tindakan proaktif SPRM amatlah dipuji dan dialu-alukan. Kini media melaporkan terdapat 41 fail siasatan akan dibuka, tetapi sejauhmanakah dibuka atau terbuka masih terlalu awal untuk diulas. Apapun kita masih berharap dan mengharapkan Pesuruhjaya SPRM yang diberi penarafan baru taraf perjawatan daripada Badan ke Suruhanjaya dapat terkesan tindakan mereka dihati rakyat.

Maka selepas penarafan baru itu ketuanya yang bertaraf pesuruhjaya memaklumkan SPRM tidak memerlukan publisiti dan akan cuba mengelak untuk memberi perkahabaran terbuka kepada media. Itu janji beliau. Apa pun atas perkara itu kita amat hormati 'ketegasan' tersebut.

Sebaliknya dalam isu ini yang terkini mengikut menteri di JPM yang menjaga KPI Koh Tsu Koon. Penailian mata rakyat atau persepsi terhadap rakyat terlalu menfokuskan kepada 3 sektor yang memerosotkan kerajaan UBN adalah imej PDRM, SPRM dan yang menjadi sebahagian institusi penguatkuasa dalam masyarakat.

Berhubungn antara kebencian rakyat yang utama kepada kerajaan sekarang salah satu adalah soal integriti SPRM. Sewajarnya SPRM yang bertaraf Suruhanjaya yang tertakluk tadbiran terus bawah YDPA haruslah bertindak seperti yang sewajarnya. Hal ini diberi peringatan dalam Dewan Rakyat terdahulu oleh kumpulan barisan pembangkang . Wibawa ,ketegasan keterintegritian BPR waktu 1970-an, 1980-an dan 1990an katanya tidak 'dipersoal atau diperhatikan' oleh rakyat seserius zaman globalisasi ini.

Oleh itu 41 fail yang bakalan dibuka siasatan itu, wajar diteruskan dan dipercepatkan tindakannya, agar imej masyarakat kita (Malaysia) di mata dunia umumnya tidak dipersendakan, seumpama kita menyenda dan mencontohkan cerita-cerita masyarakat India, Bangla.

Laporan Ketua Audit Negara 2008: SPRM buka 41 fail siasatan


Sehingga hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 41 fail siasatan berhubung pendedahan yang dibuat Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau yakin SPRM akan melaksanakan tugasnya dengan profesional dan telus bagi membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada SPRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lancar tanpa sebarang tekanan, katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini. - Utusan

Highland Tower berulang ?

Pemandangan bahagian hakisan dari atas Apartment Lakeview di Bandar Selayang.

Cuaca Malaysia memasuki Fasa Musim Tengkujuh, iaitu musim hujan. Justeru itu banyaklah kawasan tanah tinggi yang digondolkan manusia mengalami hakisan tanah. Dan adakah paparan gambar di atas akan mengulangi perisitiwa Highland Tower

Islam sempurna dengan disempurnakan oleh umatnya

Sabtu adalah hari-hari yang biasa bagi kita. Namun hari Sabtu lepas (7 Mac 2009) adalah Sabtu yang luar biasa dan mendebarkan bagi PAS, terutama oleh pimpinan atasan dan pimpinan pertengahan PAS. Sebabnya 'EGM' PAS yang dicadangkan bagi membincang 'kemelut' kefahaman dalaman PAS akan diuraikan di Seminar Politik 7 Mac Taman Melewar.

Alhamdulliah, Presiden PAS amat 'berani' dan terbuka , membuka ruang dan peluang seluas-luasnya termasuklah juga seluruh media massa dalam dan luar negara bagi melihat sendiri, melaporkan dengan bebas tentang apa yang bakal berlaku pada 7 Mac.

Perbahasan bermula pandangan panas pro kontra dengan panelis Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah memberi pandangan dan input kepada pimpinan / orang PAS tentang PAS di sudut kaca mata mereka, tanpa dipengaruhi oleh apa-apa kepentingan, cuma mereka ada tanggungjawab sosial sahaja.

Alhamdulliah semua berjalan baik, semua perwakilan yang hadir berpuashati. Bagi yang dapat meluahkan hasrat terbuku mereka tercapai.

Apapun semua berjalan baik. Cuma dada bekelapangan dan memikirkan Islam sahaja yang sempurna, usaha menyempurnkan diri serta juga parti adalah sekadar 'usaha' berusahalah dan beramal dengannya , insyallah Islam bakal naik.

Friday, November 06, 2009

Rosmah tu Isteri Najib ?

Tidak ada apa-apa masalah kerabat Arab bersedekeah kepada Rosmah, jika mereka sebelum ini bersedekah ke kelab bolasepak EPL di England. Jika zaman Saidina Omar Al Khatab isteri beliau diminta memulangkan kembali hadiah yang diberikan oleh kerabat Arab ini, walaupun atas alasan kejujuran atau apa aje, sebabnya isteri beliau atas kapisiti isteri amirul mukminin , begitulah juga dengan Rosmah.

Cuba kita bayangkan adakah kerabat Arab ini mahu datang dan sedekahkan kepada Mak Cik Midah di Kg Paya Dalam Temerloh.




Kerabat Arab beri RM7 juta hargai kejujuran Rosmah

Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.

Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek. BERNAMA

Milestone Pilihanraya

PRU12

Mac 2008

Tahun 1

Mac 2009

Tahun 2

Mac 2010

Tahun 3

Mac 2011

Tahun 4

Mac 2012

  • Penggal Ke 12 Matang

  • Persempadanan Baru

Milestone PRU13

Thursday, November 05, 2009

Petronas teruskan kedegilan , macam degilnya UMNO ?

Kenapakah Petronas akan terus taja F1. Apa untungnya Petronas masih mahu kekal degil menaja F1. Apakah alasan lain Petronas masih terus harap menaja F1 ini kepada negara?

Rakyat tiada maklumat ? Apakah sumbangan Petronas kepada rakyat. Berpuashatikah kakitangan kerajaan mendapat 'bonus' RM500 melalui Bajet 2010. Oleh Najib yang dikatakan PM paling berkelayakan zaman ini bagi menggantikan Pak Lah yang lembik dan lemah.

Maka dimana hebatnya Najib ? Hebatnya Najib kerana beliau 'bijak' memanfaatkan Petronas. Itu sahaja ?

.............

Petronas berkata ia akan terus menjadi penaja jenama Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia, yang sudah terbukti menjadi platform berkesan dalam memprompsikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, perbadanan minyak nasional itu berkata penyertaan dan pelaburannya dalam F1 – dan dalam acara sukan lain – sentiasa berasaskan dan berpandukan usaha sama yang memberi sokongan langsung terhadap peluasan perniagaan dan pada masa yang sama, melengkapkan usaha penjenamaan antarabangsa.

“Ia memerlukan Petronas supaya sentiasa mengkaji semula, menilai dan meneroka kedudukan dan pembabitannya dalam sukan permotoran antarabangsa,” katanya.

“Perlumbaan akhir musim F1 2009 di Abu Dhabi merupakan detik perubahan penting pembabitan Petronas dalam Formula One. Usaha sama Petronas dengan Pasukan F1 BMW Sauber, kini berakhir berikutan keputusan BMW untuk tidak menyertai Formula One akhir musim ini.” Petronas juga berkata ia sedang menilai pilihan masa depannya berasaskan pertimbangan komersil yang sama, dengan keputusan akhir berkisar kepada keupayaan usaha sama baharu dalam memudahkan dan menjana pertumbuhan perniagaan berkekalan untuk Petronas, terutama dalam operasi globalnya.

“Penyertaan lepas dan semasa Petronas dalam sukan pemotoran antarabangsa bukan sahaja membangunkan jenama globalnya, malah telah menyumbang secara ketara terhadap pertumbuhan perniagaan, terutama perniagaan bendalir dan minyak pelincir dalam beberapa pasaran utama di Asia dan Eropah.” Ia turut mengorak langkah untuk penguasaan teknologi dalam industri minyak dan gas, kata Petronas.

— BERNAMA

Isu 1Mufti bagi 1Malaysia ?

Cadangan Shahidan adalah satu cadangan yang baik. Bekas MB Perlis itu pada hari ini mencadang hanya satu mufti di Malaysia. Sebenarnya saranan, cadangan, pandangan ini sudah lama disuarakan oleh PAS. Kerajaan UMNO BN menyepikan sahaja pandangan tersebut, kerana ia tiada berkeperluan atas hal sedemikian.

Isu ini berbangkit semula setelah dibangkitkan oleh mantan MB Perlis. Yang mahukan mufti di Malaysia ini hanya seorang sahaja, berbanding sekarang ada terdapat 14 orang mufti yang membawa 14 pandangan dalam sesuatu hal dalam masyarakat jika berlaku sesuatu isu. Persoalan ini susah dan sukar bagi mencari jalan penyelesian sesuatu isu itu.

Namun kini cuma Shahidan sahaja yang membangkitkannya kerana Dr Asri adalah bekas mufti Perlis yang diserbu dan ditangkap oleh JAIS kerana berceramah di Selangor dengan tidak ada tauliah bertulis daripada JAIS Negeri Selangor. Tangkapan JAIS telah memberi imej yang memalukan kepada bekas mufti ini dan di isu kan sebagai satu isu besar dalam negara kita, sehingga menengelamkan isu laporan audit terhadap pelbagai agensi kerajaan di Malaysia.


Inilah wajah sebenar kerajaan UMNO BN. Yang masih lagi dipercayai oleh majoriti rakyat berbangsa Melayu yang memenangkan UMNO disemua DUN seluruh Malaysia. Agama bagi mereka digunakan ikut situasi atau keadaan semasa sahaja. Inilah UMNO ? Walaupun suara itu disarankan oleh Shahidan Kassim tetapi ia memberi gambaran sebenar wajah UMNO. Inilah bentuk dan cara gaya fikir. Pimpinan UMNO akan mula bersuara sesudah mereka sudah 'pencen' daripada kuasa. Visinya mudah samada mahu mencari atau mencuri populariti bagi sesuatu tujuan yang lain dengan mengharapkan habuan yang lain juga. Atau mempunyai agenda-agenda memulihkan imej dan mahu memberi signal kepada umum bahawa tokoh yang sudah ditenggelamkan itu masih berkaki dan berkuku lagi.


----------------


Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.

Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.

Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal al Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.

Sementara itu, Shahidan berkata laporan kepada JAIPs dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.

Pengarah JAIPs Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkata laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat MAIPs termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah JAIPs, Md Sadik Ismail.

Semalam, Shahidan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang diPertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri. BERNAMA

Wang Ehsan Ke Kelantan ?



Kerajaan Malaysia bawah Najib kerana bermurah hati untuk 'menghulurkan' wang ehsan kepada kerajaan Kelantan. Dari persepsi umum Najib dan kerajaan BN berjaya memberi imej baik di mata rakyat berbanding dengan PM-PM yang sebelumnya. Maknanya di kala TGNA dan PAS menolak kerjasama bawah idea UG (unity Goverment).

Media arus perdana mengembar gemburkan bahawa kerajaan Kelantan akan menerima wang ehsan, bukannya royalti. Walhal wang ehsan ini akan disalurkan melalui JPP yang dan hal ini gagal difahami sebahagian rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu khasnya yang masih teruja dengan UMNO lagi.

Kata PM wang ehsan ke Kelantan bukanlah 'bantuan modal' direct kepada Kelantan, tetapi akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan.

Bagi UMNO sumbangan kepada Kelantan itu sebagai 'satu semangat bermurah hati. Walaupun dengan apa cara sekalipun.

Apa pun bagi kita adakah wang ehsan ke Kelantan, akan jadi seperti wang ehsan di negeri Terengganu. Yang mana golongan yang 'gemuk' dijamu adalah sebahagian rakyat sahaja yang terpilih-pilih dan dipilih sahaja. maknanya lagu lama wang ehsan adalah seperti lagu-lagu lama UMNO Bn sahaja.

Wednesday, November 04, 2009

FACEBOOK BIAYAI PERANG DI GAZA PALESTINA




FACEBOOK BIAYAI PERANG DI GAZA, PALESTINA...

(Katanya cinta palestine, tapi knp pd bikin FB?)

Fenomena facebook begitu gempar di Indonesia, sampai-sampai ada facebook dalam bahasa indonesia. Saya heran bukan main, satu per satu sahabat2 ADK saya mendaftar di facebook, eh saya juga ikutan bikin tapi tu juga terpaksa karena saya pengen tau FB tuh kaya gimana sich dan sapa aja yanga da disana. Sebelumnya saya sudah rada tidak sreg dengan Facebook karena di sana banyak kampanye (atau iklan) tentang lesbian, homo, forum forum yang mendeskreditkan Islam Tetapi populasi facebook meningkat tajam di kalangan teman-teman saya (ADK di Tutorial, KAMMI, UKDM) sehingga saya masih saja memelihara akun FB itu. Namun, setelah tabayyun atau cross check ke sumber terkait, sepertinya fakta bahwa FB itu pendonor tersebar pengeboman di Gaza bukan hanya gosip belaka.

Tidak heran kalau di tahun 2008 facebook meraup keuntungan 300 juta dollar amerika karena lebih dari 140 juta user aktif di

Fitnah sepanjang zaman

Fitnah sepanjang zaman. Jenis Pertama: Ajakan Kepada Syirik, Kekufuran, Kesesatan dan Penyebar Aqidah Menyimpang. Jenis Kedua: Ajakan Kepada Maksiat dan Dosa yang Besar Mahupun Kecil.

makna fitnah

Fitnah adalah cubaan dan ujian. Dosa syirik disebut fitnah dan kekufuran juga disebut fitnah. Allah berfirman dalam kitab-Nya:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.” (Al-Baqarah: 193)

Iaitu sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:

“Kalau (Yatsrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, niscaya mereka mengerjakannya.” (Al-Ahzab: 14)

Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan untuk sesuatu berupa bala dan cubaan yang kerap kali memperdaya dan menyimpangkan ramai orang dari jalan yang lurus. Sementara mereka tidak mampu mengatasinya, akhirnya mereka larut bersama bala dan cubaan tersebut. Itulah cubaan dan bala yang menyesatkan yang sangat dikhuwatirkan Rasulullah s.a.w. atas umatnya. Dalam sebuah hadits shahih beliau bersabda:

"Menjelang hari Kiamat nanti akan terjadi fitnah-fitnah seperti potongan malam kelam. Pada saat itu seseorang beriman pada pagi hari dan menjadi kafir pada malam harinya, beriman pada malam hari dan menjadi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya dengan material dunia." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dan selanjutnya sesat serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk, ia menjual agamanya dengan material dunia! Fitnah-fitnah seperti ini telah banyak kita saksikan pada hari ini. Oleh kerana itu yang dapat bertahan dan sabar dalam menghadapinya hanyalah orang-orang yang diteguhkan Allah dan diberi-Nya kurnia ilmu dan pengetahuan.


Alamak 35 Perasuah Yang Besar Bila Lagi ?

35 tuduhan rasuah


GAMBAR ATAS (dari kiri) Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri; Bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun; dan Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri manakala gambar bawah (dari kiri) Pembantu Tadbir Abd Rahman, Rosli Busro, Pembantu Yap, Mohd Firdaus Abu Zarin dan Pegawai Khas Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How.

Buat tuntutan palsu, salah guna kuasa, tipu, pecah amanah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Yap Soo Sun serta dua pembantu mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 30 tuduhan membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan, pegawai peribadi Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.


Abd Rahman, 44, yang juga Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menghadapi lapan tuduhan mengemukakan butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM80,000 ketika menjadi Adun Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan program motivasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta meraikan pelajar cemerlang peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Beliau juga didakwa mengemukakan butiran palsu dalam dua surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga serta Forum Perdana Peringkat Mukim DUN Sungai Air Tawar.

MOHD FIRDAUS (kanan) bersama Rosli (tengah) dan Yap (belakang) dibawa keluar Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

Bagi tuduhan keenam hingga kelapan, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan RM10,000 setiap satu untuk Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi; membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Motivasi UPSR serta membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru Kemas Peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Semua lapan program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Hakim Syafeera Mohd Said memerintahkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan bermula 25 April sehingga 7 Mei 2010.

Pendakwaan dilakukan Ketua Bahagian Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Di mahkamah berasingan, pembantu tadbir Abdul Rahman, Rosli Busro, 41, didakwa bagi lapan tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman untuk membuat tuntutan palsu itu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkannya dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, Yap, 43, menghadapi tujuh tuduhan mengemukakan permohonan peruntukan Adun mengandungi butiran palsu membabitkan RM70,000 untuk program mesra rakyat, sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Hulu Langat pada 19 Januari dan 4 Februari 2008. Semua program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

Mat Ghani menetapkan 3 hingga 7 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes bersama-sama dengan pembantunya, Mohd Firdaus Abu Zarin, 41.

Terdahulu, Mohd Firdaus didakwa di mahkamah berasingan dengan tujuh pertuduhan bersubahat dengan Yap melakukan kesalahan itu.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri, 43, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan menipu membabitkan peruntukan bernilai RM50,000, tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, dia sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1 dan 3 petang, 4 Jun 2008.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen palsu 'Resolusi Pembukaan Akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor' sebagai tulen di Maybank Bandar Sunway.

Dia dijamin RM10,000 dan perbicaraan kesnya ditetapkan 19 hingga 23 April depan.

Di mahkamah sama, Wong, 50, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan dan satu tuduhan pilihan memberikan butiran palsu borang peruntukan Exco, pecah amanah RM5,000 serta menyalahgunakan harta.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa memalsukan borang peruntukan Exco dengan melampirkan invois RM2,500 bagi membekalkan 2,500 bendera dan diserahkan kepada Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Daerah Sepang, K Mohana bagi memperdayakannya.

Tuduhan kedua, Wong didakwa melakukan pecah amanah sekeping cek RM5,000 iaitu wang untuk menganjurkan Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Sungai Pelek manakala pertuduhan pilihan menyalahgunakan cek itu.

Syafeera memerintahkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 29 Mac hingga 2 April dan 12 April hingga 16 April 2010 bagi perbicaraan.

Wong juga didakwa di hadapan Mat Ghani melakukan pecah amanah terhadap sekeping cek CIMB Salak Tinggi bernombor 580438 bertarikh 30 Julai 2008, bernilai RM2,500.

Cek itu adalah wang peruntukan untuk program gotong-royong dan ramah mesra di Kampung Baru Langat, Sungai Pelek.