Inilah hakikat apa yang berlaku di Kedah. Sila para pembaca teliti dan meneliti perkara ini. Bagimana bantuan dan subsidi dipakejkan 'ikut urus cara gaya UMNO' iaitu dengan bersikap sambil lewa dan ikut dan sahaja, dengan menyenarai pendekkan nama-nama individu termasuk mereka yang sudah mati. Inilah cara rakkyat didahulukan, dahulukan bantuan kepada orang yang sudah mati. Walhal semasa hidup entah ia dapat atau tidak subsidi berkenaan, apa pun terima kasihlah saja keluarga si mati kerana cara gaya UMNO menolong orang yang sudah mati adalah dengan menyenaraikan sebagai penerima bantuan dan subsidi daripada kerajaan.
Jika UMNO kekal mungkin hal ini tidak berbangkit di Kedah, tetapi sementelahan kini UMNO sudah dinyahkan oleh rakyat Kedah, UMNO sudah mulai sedar.
ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan terdapat nama golongan berkemampuan yang disenaraikan sebagai penerima kupon subsidi beras.
Selain itu, katanya, nama orang yang telah meninggal dunia juga didapati masih tersenarai untuk menerima bantuan tersebut sehinggakan orang miskin yang benar-benar layak terpinggir.
Sehubungan itu, beliau meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah melakukan pembersihan terhadap senarai nama golongan terbabit yang masih terdapat dalam sistem E-Kasih.
Menurut beliau, pengeluaran kupon itu akan dilakukan berdasarkan senarai nama yang terdapat dalam sistem tersebut namun pihaknya mendapati ada antara data-data itu meragukan.
"JKKKP diminta agar buat bancian dengan pusing keliling kampung bagi mengenal pasti setiap orang miskin supaya nama mereka disenaraikan sebagai golongan yang layak mendapat kupon subsidi beras itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment