Saturday, October 31, 2009

Inikah pimpinan masa depan negara?

Belum pun konsep sekolah 1 aliran diperkenalkan, idea ini disambut dengan pelbagai reaksi yang bercampurbaur. MCA dan MIC bercakap dalam nada berbeda dan pada waktu yang sama perpaduan mahu dipadukan.

Terbaru gelabahnya Samy Velu bilamana bahasa Tamil tidak dimasukan dalam DVD pelancongan negara. Walhal mereka semua tahu Malaysia m ahu diperkenalkan sebagai 1Malaysia sahaja dari semua sudut.

Itulah kedangkalan pimpinan masa depan MIC yang sepatutnya diundurkan oleh kaum India.

Jika pimpinan seumpama ini masih lagi berada dalam kepimpinan 1Malaysia. Idea ini hanya akan tinggal idea sahaja, ia sekadar retorik pimpinan dan Najib hanya mampu berslogan. Natijahnya ia gagal mengerakkan wawasannya. Lihat cerminan diri beliau bagaimana seumpama gagasan idea mentornya direalisasikan iaitu Wawasan 2020.




Samy kesal bahasa Tamil tidak diguna dalam DVD pelancongan negara

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu kesal dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Tamil dalam cakera padat digital (DVD) bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ini.

Menurutnya, beberapa bahasa lain termasuk bahasa kebangsaan, bahasa Cina, bahasa Korea dan bahasa Indonesia dimuatkan dalam DVD itu yang digunakan oleh pelancong asing dari seluruh dunia untuk mengetahui budaya dan tradisi negara ini.

''Malangnya, Yen Yen tidak menghiraukan bahasa Tamil yang merupakan bahasa ibunda kepada kaum minoriti di negara ini.

''MIC memandang serius tindakan yang tidak memberi penghormatan kepada bahasa Tamil,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum menyampaikan cek berjumlah RM1 juta kepada 54 kuil Hindu di seluruh negara di sini hari ini.

Tambah Samy Vellu, Malaysia merupakan destinasi pilihan utama pelancong India dan jumlah mereka semakin meningkat dari setahun ke setahun.

''Sepatutnya Yen Yen memberi keutamaan kepada bahasa Tamil seperti juga beliau memberi perhatian kepada bahasa ibundanya iaitu bahasa Cina,'' katanya.

Dalam pada itu, kata Samy Vellu, MIC tidak setuju dengan sistem persekolahan satu aliran yang disarankan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim baru-baru ini.

Katanya, sekolah pelbagai aliran yang dilaksanakan sekarang sudah memadai untuk memupuk nilai perpaduan di antara pelbagai kaum di negara ini.

''Isu bahasa adalah perkara paling sensitif di dunia ini. Setiap individu mempunyai persepsi tersendiri berhubung isu itu.

''Maka, kerajaan harus meneliti dengan lebih telus sebelum mengambil apa-apa keputusan. Keputusan itu patut tidak memberi impak kepada sesiapa terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah,'' jelasnya.

Katanya, ketika Allahyarham Tun Abdul Razak menerajui negara, setiap orang dari pelbagai kaum menyambut baik kewujudan sekolah pelbagai aliran.

''Ia kerana sistem itu tidak menyebabkan krisis perkauman di negara ini serta membantu memperkukuhkan pembangunan negara dan memperbanyakkan sumber budaya dan bahasa Malaysia,'' katanya.


No comments: