Sunday, August 23, 2009

Pengkhianat Islam pula ?




Warna-warni politik Malaysia atau citra politik Malaysia memasuki fasa baru. Lenggang lenguk tarian UMNO dalam mendominasi persada politik negara kini adalah meniup lagu lama yang diberi nafas baru. Sebelumnya bekas Timbalan PM Anwar Ibrahim dilabelkan dengan gelaran pengkhianat Melayu terulung di abad ini. Terkini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS cuba dilabelkan pula sebagai pengkhianat Islam.


Media milik UMNO mula tiupan label ini , namun gred label tidak dibuat sepenuhnya secara langsung mungkin sedikit cermat dan berhati-hati dalam melabelkan pertuduhan tersebut. Ini mungkin taraf Nik Aziz sebagai agamawan yang disegani pihak kawan dan lawannya. Namun dalam tulisan tersebut media mempersoalkan kenapa dan mengapa Nik Aziz banyak mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng dari agama, hujahnya. Itulah maksud secara kiasannya.


Lontaran idea dalam tulisan media tersebut seolah-olah memberi gambaran sedemikian, katanya Nik Aziz semakin banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar ? Penulis tersebut beranggapan beliau tidak boleh mendiam diri salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam. (catatan: Majlis fatwa ada kenapa mereka diam dan tidak menyanggah dakwaan penyelewengan serius Nik Aziz, sebabnya mudah pemilik /penguasa belum beri signal untuk majlis fatwa masuk ke gelanggang tersebut, itu sebab majlis fatwa senyap sahaja)


Justeru bagi memperkuatkan pengkhianat Nik Aziz terhadap Islam, digambarkan sudut latar cerita kerana dakwa penulis berkenaan tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Penulis kembali sedar dirinya dengan pemahaman dan penghayatan keislamannya dengan melunakkan serangan ke atas Nik Aziz, tambahnya beliau percaya dia Nik Aziz tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan penulis, masaalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam. Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?

Inilah bentuk tulisan yang cuba menyinggung golongan agamawan yang terlibat lagsung dalam politik. Maknanya keanehan diri penulis berkenaan ulama berpolitik tiada, ulama hanya mengikut orang politik dan mengikut golongan politik, politik mesti diasingkan daripada ulama. Politik adalah bukan hak golongan agamawan, mereka sekadar menjadi penonton.


Jelas-jelaslah pandangan penulis ini cuba menjajah kembali fikiran rakyat, maka sewajar kita sudah merdeka fikiran rakyat. Beliau mahu kembali ke era primitif, agama untuk paderi dan pemerintah untuk bangsawan seperti ajaran kristian. Adakah dengan cuba membawa pemahaman ini tidak dikira penulis tersebut bukan sebagai golongan anti Islam. Beliau cuba memundurkan fikiran rakyat, walhal semua sudah mula memerdekakan fikrah bahawa Islam dan kehidupan tidak dijuzukkan. Ia sebahagian daripada hidup dan kehidupan. Inilah satu bentuk penyelewengan dan pengkhianatan yang besar kerana terus menyokong dan membantu.


No comments: